Pages

Sunday, June 12, 2011

Pakistan arah siasatan lepas lelaki ditembak renjer


SEBAK: Anggota keluarga Encik Sarfaraz, yang ditembak tidak dapat menahan sebak dalam upacara pengebumiannya di Karachi, kelmarin. -- Foto AP


KARACHI: Pihak berkuasa Pakistan telah mengarahkan satu siasatan dijalankan ke atas peristiwa penembakan seorang lelaki tidak bersenjata oleh kakitangan pasukan separa tenteranya yang dirakam dalam sebuah video, kata para pegawai, kelmarin.Klip video yang disiarkan menerusi sebuah stesen televisyen Pakistan menunjukkan sekumpulan renjer sebuah pasukan separa tentera menembak ke arah lelaki muda berkenaan dari jarak dekat, yang kemudian dikenali sebagai Encik Sarfaraz Shah.Para renjer itu pada mulanya menyifatkan insiden itu sebagai satu pertembungan dengan seorang penjenayah yang bersenjata, kata seorang pegawai polis kepada agensi berta Reuters.Namun, video itu tidak menunjukkan sebarang bukti bahawa lelaki berkenaan mempunyai senjata apabila penembakan itu berlaku.Pada satu ketika, beliau kelihatan bergerak ke arah salah seorang renjer itu seakan-akan untuk merayu tetapi beliau ditolak ke belakang dan ditembak oleh salah seorang daripada renjer tersebut.Encik Sarfaraz kemudian mati akibat kecederaannya.Kelmarin, sekitar 300 orang yang berkabung dengan perasaan marah menghadiri upacara pengebumiannya.'Memandangkan rekod pendakwaan Pakistan yang amat lemah terhadap pembunuhan yang membabitkan para pegawai penguatkuasa undang-undang, adalah penting bagi pihak berkuasa untuk menyiasat kes ini dan memastikan mereka yang bersalah dibawa ke muka pengadilan,' kata kumpulan hak asasi, Amnesty International.Seorang pegawai dari Pejabat Perdana Menteri Pakistan, Encik Yusuf Raza Gilani, menukil beliau sebagai berkata bahawa satu siasatan akan dijalankan dan mereka yang bertanggungjawab akan dihukum. -- Reuters.Cyberita Online Luar Negara

No comments: