Pages

Friday, June 24, 2011

Kumpulan gesa Subaru henti operasi di Saudi



SEMAKIN BERANI: Cik Umm Ibrahim adalah antara wanita Saudi yang keluar memandu keretanya sendiri pada Selasa lalu, di sebalik larangan. -- Foto REUTERS



WANITA DILARANG MEMANDU
RIYADH: Satu kumpulan yang berkempen menyokong kaum wanita memandu telah menggesa agar syarikat pengeluar kereta Subaru menghentikan operasinya di kerajaan Arab Saudi sehingga larangan itu dibubarkan.
Syarikat Fuji Heavy Industries Ltd itu merupakan syarikat pertama yang disasarkan dalam kempen yang dipimpin oleh kumpulan 'Saudi Women for Driving' itu.'Adalah menjadi harapan kami tindakan ini akan memberi tekanan ke atas keluarga diraja Saudi dan memberi tumpuan terhadap ketidakadilan di kerajaan kami,' kata kumpulan itu sambil berkata ini merupakan peluang baik bagi Subaru membuat perbezaan dalam kehidupan hampir 13 juta wanita Arab Saudi.Syarikat Fuji Heavy merupakan syarikat pengeluar kereta pertama yang disasarkan oleh kempen itu kerana ia 'progresif' dan telah memasarkan kenderaan kepada kaum wanita, kata kumpulan itu dalam satu petisyen yang disiarkan oleh laman web bagi gerakan aktivis sosial, Change.org.Kempen itu mungkin diluaskan kepada syarikat General Motors Co dan Hyundai Motor Co, kata petisyen itu.Kedua-dua model kereta itu dipandu oleh Cik Manal Al-Sharif, seorang wanita Arab Saudi yang ditahan bulan lalu kerana memandu keretanya sendiri.Jurucakap Fuji Heavy, Encik Kento Matsumoto, berkata:'Kami hanya mempunyai pengedar di Arab Saudi dan tiada kilang. Kadar penjualan tahunan kami terhad kepada antara 300 dengan 400 unit.'Sejauh ini, tiada tangkapan dilaporkan dibuat ke atas lebih 50 wanita yang memandu sejak permulaan gerakan itu pada 17 Jun lalu.Salah seorang daripada mereka, Cik Maha al-Qahtani, berkata beliau diarahkan berhenti oleh pegawai polis pada hari itu.Para pegawai polis kemudian menuntut suaminya, yang menemani beliau, agar menandatangani satu ikrar yang berkata beliau tidak akan membenarkan isterinya memandu lagi.Cik Maha, 37 tahun, berkata beliau turut disaman 100 Riyal ($32) kerana tidak mempunyai lesen memandu yang dikeluarkan di Arab Saudi.Lesen Cik Maha dikeluarkan di Amerika Syarikat.Sementara itu, gerakan itu telah turut mendapat sokongan daripada Kesatuan Eropah (EU).'EU menyokong mereka yang menegakkan hak mereka untuk mendapatkan layanan setara, di mana pun mereka berada,' kata jurucakap EU, Cik Catherine Ashton. -- Bloomberg.Cyberita Online Luar Negara

No comments: