Pages

Friday, June 24, 2011

Bilionair Filipina bertambah

MANILA: Ledakan pasaran saham turut meningkatkan jumlah bilionair Filipina kepada 11 orang.

Sehubungan itu, jumlah kekayaan yang digabungkan antara 40 orang paling kaya negara itu juga mencecah paras paling tinggi.


Menurut Forbes, pemilik pusat beli-belah, Henry Sy, 86 menyaksikan asetnya meningkat 44 peratus kepada AS$7.2 bilion (RM21.6 bilion) sejak tahun lalu dan kekal sebagai orang paling kaya di Filipina.

Lucio Tan, 77, bilionair tembakau, kekal di tempat kedua dengan aset berjumlah AS$2.8 bilion (RM8.4 bilion) sementara ‘raja’ syarikat penerbangan tambang murah, John Gokongwei, 83, kekal di tempat ketiga dengan harta AS$2.4 bilion (RM7.2 bilion). - AFP.

myMetro | Bilionair Filipina bertambah

No comments: