Pages

Saturday, June 25, 2011

Jepun rugi RM639.94 bilion akibat tsunami

TOKYO - Kerosakan bangunan, jalan raya dan pelabuhan akibat gempa bumi kuat dan tsunami pada Mac lalu menyebabkan Jepun mengalami kerugian 16.9 trilion yen (RM639.94 bilion), kata Pejabat Kabinet Jepun semalam.

Kerosakan rumah dan kilang dianggarkan sekitar 10.4 trilion yen (RM393.80 bilion) manakala kerosakan pada sungai, pelabuhan dan jalan raya dijangka mencecah 2.2 trilion yen (RM83.3 bilion).

Kemusnahan tanah ladang dan industri perikanan dianggarkan berjumlah kira-kira 1.9 trilion yen (RM71.9 bilion). Kerosakan infrastruktur untuk utiliti seperti gas dan air dianggarkan sebanyak 1.3 trilion yen (RM49.3 bilion). Kemudahan-kemudahan milik kerajaan mengalami kerosakan yang dianggarkan melibatkan kerugian sebanyak 1.1 trillion yen (RM41.66 bilion). - Reuters

Kosmo! Online - Dunia

No comments: