Pages

Saturday, June 25, 2011

AS tentang misi masuk Gaza




pix_gal0

Hillary Clinton anggap usaha pro-Palestin provokasi terhadap Israel

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton menegaskan pihaknya menentang misi kemanusiaan aktivis pro-Palestin, termasuk 10 orang dari Malaysia yang akan berlayar menaiki beberapa bot ke tebing Gaza minggu depan, berikutan ia adalah tindakan provokasi terhadap Israel.

“Kami tidak percaya misi kemanusiaan ini perlu atau satu usaha yang berguna dalam membantu penduduk Gaza,” katanya kepada media di sini.
Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Jabatan Negara memberi amaran kepada rakyat AS agar tidak mengambil bahagian dalam misi itu.
Israel yang mengenakan sekatan pelayaran di perairan tebing Gaza, sebelum ini melaporkan akan menghalang kehadiran misi berkenaan.

Seramai 10 sukarelawan Malaysia akan berlepas ke Athens, Ahad ini bagi menyertai misi Flotilla Kemanusiaan Antarabangsa II ke Gaza selama seminggu.
Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) kedua itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.

Kira-kira 600 sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari 20 negara akan menyertai misi kali ini.
“Baru minggu ini, kerajaan Israel meluluskan komitmen yang signifikan untuk (projek) perumahan di Gaza. Bahan-bahan pembinaan akan masuk Gaza kelak,” kata Clinton).

Clinton berkata pihaknya juga merasakan misi kemanusiaan itu akan mencetuskan provokasi ketika bot terbabit memasuki perairan Gaza.

“Ia akan mencetuskan situasi Israel perlu mempertahankan dirinya,” katanya.
Jabatan Negara AS juga berkata mereka yang menyertai misi itu boleh ditahan, didakwa dan dihantar pulang oleh pihak berkuasa Israel, yang menyatakan mereka akan menghalang sesiapa saja yang cuba melanggar larangan perjalanan dikenakan rejim itu sejak satu dekad lalu.

Sekumpulan 36 rakyat Amerika Syarikat akan menyertai misi kemanusiaan itu.
Pada 31 Mei 2010, komando Israel membunuh sembilan aktivis Turki termasuk seorang rakyat Amerika Syarikat, yang menaiki kapal Turki dalam misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.– AFP/AP/Agensi Berita Harian Online | AS tentang misi masuk Gaza

No comments: