Pages

Saturday, June 25, 2011

Bekas diplomat, ketua pramugari ditangkap khalwat

SHAH ALAM 24 Jun - Seorang pegawai kanan di sebuah kementerian ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Seksyen 2 di sini awal pagi ini.

Beliau berusia 39 tahun, sebelum ini pernah menjadi diplomat di sebuah negara di Eropah.

Lelaki itu bersama pasangannya, pramugari sebuah syarikat penerbangan berusia 36 tahun, ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 4.30 pagi, hasil maklumat orang awam.

Difahamkan, pegawai kanan itu sudah berkahwin sementara pasangannya berstatus janda.

Pegawai penguat kuasa JAIS kemudian membawa pasangan berkenaan ke Balai Polis Seksyen 6 di sini untuk membuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat JAIS untuk disoal siasat.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin ketika dihubungi Utusan Malaysia enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

No comments: