Pages

Wednesday, April 6, 2011

Mussa tua, sakit: Saif


SEORANG pemberontak Libya memacakkan bendera kumpulan itu pada pikap penyokong  Gaddafi yang musnah dalam serangan udara Nato di Brega, semalam.
SEORANG pemberontak Libya memacakkan bendera kumpulan itu pada pikap penyokong Gaddafi yang musnah dalam serangan udara Nato di Brega, semalam.


LONDON: Saif al-Islam, anak pemimpin Libya, Muammar Gaddafi semalam menyifatkan Menteri Luar negara itu, Mussa Kussa sebagai ‘lelaki tua dan sakit.’ Menurutnya, beliau tidak merasakan dikhianati oleh tindakan Mussa berpaling tadah ke Britain.
“Beliau (Mussa Kussa) berkata: ‘Saya kini dalam senarai mereka yang dilarang terbang tetapi saya perlu menjalani rawatan setiap tiga bulan di Hospital Cromwell di London. Jika saya boleh dapat kebenaran, saya mahu ke sana.’ “Kami benarkan dia ke Djerba di Tunisia. Tidak ada apa masalah dengan perkara itu,” kata Saif dalam wawancara dengan televisyen BBC.

Apabila ditanya sama ada ketibaan mengejut Mussa di London minggu lalu ketika Libya menjadi sasaran pengeboman tentera bersekutu, satu bentuk pengkhianatan, Saif berkata: “Tidak. Dia sudah sakit dan tua.” Anak pemimpin Libya itu berkata, kempen pengeboman tentera bersekutu untuk menguatkuasakan ketetapan PBB menyebabkan rakyat negara itu berdepan dengan tekanan psikologi.

“Apa yang boleh anda lakukan. Anda perlu menerima hakikat. Ia satu peperangan. Libya sedang berperang,” kata Saif.

Beliau yakin Mussa akan memberitahu pegawai Britain pelbagai ‘cerita lucu’ dalam usaha mendapatkan perlindungan bagi mengelak daripada didakwa.


Pegawai Scotland yang menyiasat pengeboman pesawat di ruang angkasa Lockerbie pada 1988 bercadang menyoal siasat Mussa beberapa hari lagi.

Sebagai pemimpin kanan dalam rejim Gaddafi ketika itu, Mussa disyaki terbabit dalam pengeboman pesawat Pan Am yang menyebabkan 270 penumpang terbunuh. Saif yang tidak kelihatan di tempat awam sejak kempen serangan udara bermula 19 Mac lalu, muncul seketika di sebuah hotel di Tripoli untuk wawancara itu. — AFPmyMetro | Mussa tua, sakit: Saif

No comments: