Pages

Wednesday, April 6, 2011

Kes jenayah di Mesir naik 200 peratus

KAHERAH: Kadar jenayah membabitkan kes bunuh, curi dan culik di Mesir dilaporkan meningkat hingga 200 peratus, tiga bulan selepas Presiden Hosni Mubarak digulingkan daripada pemerintahan.


Mesir yang mempunyai 80 juta penduduk kini menjadi negara di mana sesiapa saja bebas melakukan jenayah ekoran kedudukan polis yang semakin lemah dan keadaan politik tidak menentu.


Pengarah Keselamatan Awam Kementerian Dalam Negeri, Mejar Jeneral Mohsen Murad, berkata moral polis Mesir ketika ini amat rendah manakala ramai pegawai keselamatan negeri mengalami tekanan psikologi, apabila senjata api mereka dicuri dan balai polis dibakar.
“Polis Mesir dibenci dan ditakuti sebelum kejatuhan Mubarak, kini menjadi ‘malu-malu’ untuk menguatkuasakan peraturan,” katanya.


Murad mengakui ramai ibu bapa tidak menghantar anak ke sekolah berikutan kejadian culik dan rompakan yang semakin meningkat. – AP

No comments: