Pages

Thursday, April 28, 2011

Daraa kian tercengkam dengan serangan tentera korbankan 30 jiwa



DAMSYIK: Askar-askar Syria semalam semakin mengukuhkan cengkamannya ke atas Daraa, sedang masyarakat global semakin cemas terhadap serangan tentera ke atas bandar yang sedang bergolak itu.
Para aktivis hak asasi mendakwa serangan itu mengorbankan nyawa 30 orang.Seorang anggota militan di Daraa, tempat tercetusnya protes prodemokrasi di selatan Syria, berkata pasukan keselamatan menembak mati sekurang-kurangnya enam orang kelmarin, selepas membunuh sekitar 25 orang apabila mereka memasuki bandar itu pada hari sebelumnya.Serangan ke atas Daraa itu dijalankan selang empat hari selepas Presiden Bashar al-Assad membatalkan perintah darurat dan membubarkan mahkamah keselamatan negara itu, sedang beliau semakin ditentang dan digesa melaksanakan pembaharuan.Pihak tentera berkata askar-askar telah masuk ke Daraa 'sebagai sahutan kepada gesaan meminta bantuan' daripada rakyat untuk melindungi mereka daripada kumpulan-kumpulan pengganas berfahaman pelampau di sebalik satu siri kejadian pembunuhan dan sabotaj.Lewat kelmarin, agensi berita rasmi Sana melaporkan bahawa pihak tentera terus mengejar kumpulan-kumpulan bersenjata dan pelampau di Daraa yang menyerang kedudukan tentera, menyekat jalan raya dan memaksa pejalan kaki berhenti agar mereka boleh menyerang mereka.Negara-negera Barat dan kumpulan-kumpulan hak asasi telah memberi amaran tentang serangan itu, manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam tindakan keras yang bertujuan menyuraikan protes-protes yang 'mengejutkan' Damsyik dan pemerintahan autokratik Encik Assad.Setiausaha Agung PBB, Encik Ban Ki-moon, kelmarin berkata beliau sedang mengikuti perkembangan di Syria dengan kebimbangan semakin mendalam selepas memberi taklimat kepada Majlis Keselamatan PBB yang dianggotai 15 negara mengenai krisis di dunia Arab itu.'Saya benar-benar mengutuk keganasan berterusan terhadap para pembantah yang mencintai keamanan, khususnyai penggunaan kereta kebal dan peluru hidup yang telah membunuh dan mencederakan ratusan orang,' tambahnya.Sedang tindakan keras di Daraa diteruskan, negara-negara Majlis Keselamatan PBB membincangkan satu kenyataan yang diusulkan empat kuasa Eropah yang mahu mengutuk keganasan berdarah terhadap pembantah di Syria itu.Bagaimanapun, Amerika Syarikat berkata bahawa buat masa ini, ia akan membataskan respons kepada tindakan keras tersebut kepada usaha dan beberapa sekatan diplomatik. Britain dan Perancis pula menggesa diadakan tindakan keras ke atas tentera-tentera Encik Assad.Bagaimanapun, kenyataan itu akan bergantung kepada pendirian Russia dan China yang biasanya enggan campur tangan dalam ehwal dalaman sesebuah negara. -- AFP.Cyberita

No comments: