Pages

Thursday, April 28, 2011

AS salur dana RM75 j kepada pemberontak Libya

WASHINGTON 27 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengarahkan bantuan berjumlah AS$25 juta (RM75 juta) disalurkan kepada pemberontak Libya bagi memerangi tentera yang setia kepada pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi.
Geran bantuan kepada Majlis Peralihan Libya itu yang diisyaratkan pada minggu lalu, turut terkandung dalam satu memo daripada Presiden kepada Setiausaha Pertahanan, Robert Gates dan Setiausaha Negara, Hillary Clinton.
Pegawai pada minggu lalu berkata, bantuan tersebut merangkumi kenderaan, trak mengangkut minyak, ambulans, kelengkapan perubatan, jaket kalis peluru, binokular dan radio.
Geran rasmi AS itu diluluskan sehari selepas Setiausaha Pertahanan Britain, Liam Fox di Washington berkata, pemberontak Libya berjaya mendapat momentum di medan tempur ketika rejim Gaffadi semakin lemah.
Sementara itu, Menteri Luar Libya, Abdelati Obeidi semalam berkata, pihaknya telah meminta Kesatuan Afrika (AU) mempengerusikan satu sidang kemuncak luar biasa bagi mencari jalan agar benua itu dapat memerangi 'kuasa luar'.
"Delegasi kami akan mencadangkan penganjuran satu persidangan luar biasa AU untuk mengenal pasti cara yang membolehkan benua ini menggerakkan keupayaan bagi berhadapan kuasa luar yang menceroboh wilayah kami," katanya.
Dalam perkembangan terbaru di Libya hari ini, tentera yang setia kepada Gaddafi membedil pelabuhan Misrata dalam satu serangan tanpa henti yang dilancarkan sejak dua bulan protes berlangsung. - AFP/AP, utusan

No comments: