Pages

Saturday, March 26, 2011

Turki tunduk desakan Nato

ANKARA: Parlimen Turki semalam meluluskan usul penghantaran satu pasukan tentera laut ketika kerajaan berasaskan Islam negara itu dengan berat hati menyertai operasi tentera Barat.
Selepas mengecam hebat serangan ke atas Libya, kerajaan meminta Parlimen meluluskan penghantaran pasukan tentera yang terdiri daripada sebuah kapal selam, empat kapal perang dan sebuah kapal bantuan bagi menguatkuasakan sekatan senjata Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu terhadap kerajaan Muammar Gaddafi.


Menurut usul yang diluluskan oleh Parlimen, kerajaan memperoleh kelulusan untuk tempoh setahun sebagai sebahagian daripada sumbangan kepada usaha antarabangsa yang bertujuan mengembalikan kestabilan dan keselamatan di Libya.


Undi itu diadakan secara tertutup dengan mengangkat tangan. Beberapa anggota Dewan turut memberi sokongan kepada kerajaan Parti Keadilan dan Pembangunan pimpinan Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan.


Penganalisis berkata, kerajaan yang dipengaruhi oleh kumpulan yang berasaskan Islam itu tidak selari dengan sekutunya dalam Nato apabila ia menentang tindakan ketenteraan terhadap Libya mesikpun penyertaannya tidak boleh dielakkan.


“Turki keliru dan lewat. Ia tidak boleh mengelak daripada menyertai perang itu.


“Ia tidak sepatutnya bangun untuk menentang sekutu Natonya,” kata pengulas dasar luar, Semih Idiz Turki, satu-satunya negara anggota Nato yang majoriti penduduknya beragama Islam. - AFP

No comments: