Pages

Saturday, March 26, 2011

75 korban gempa di Myanmar




PENDUDUK menyelongkar runtuhan rumah yang ranap di Tachilek, semalam.
PENDUDUK menyelongkar runtuhan rumah yang ranap di Tachilek, semalam.


PENDUDUK di Tarlay, wilayah Shan, Myanmar, meninjau keadaan jalan raya selepas gempa bumi, semalam.
PENDUDUK di Tarlay, wilayah Shan, Myanmar, meninjau keadaan jalan raya selepas gempa bumi, semalam.

YANGON: Sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh dan beratus-ratus penduduk hilang tempat tinggal selepas gempa bumi melanda Myanmar lewat kelmarin.
Pekerja bantuan berkata, ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum jumlah kerosakan sebenar dapat diketahui.

Gempa bumi sekuat 6.8 magnitud itu turut dirasakan sehingga ke Bangkok, kira-kira 800 kilometer dari pusat gempa, Hanoi dan sebahagian dari China.

Bangunan berhampiran pusat gempa runtuh sementara penduduk di seluruh wilayah berkenaan yang ketakutan meninggalkan kediaman masing-masing apabila gegaran selepas gempa berterusan semalam.

Stesen televisyen Myanmar mengesahkan seramai 74 orang mati dan 111 cedera.

Hampir 400 rumah di empat kampung dan bandar berhampiran pusat gempa ranap.

Dalam pada itu, sembilan pejabat kerajaan di bandar Tarlay, antara kawasan paling teruk terjejas, rosak teruk.

Beberapa kuil di sekitar kawasan itu juga runtuh.
“Kami berusaha menjejaki kawasan pedalaman,” kata seorang pegawai.

Polis, tentera dan pihak berkuasa tempatan berusaha mencari mereka yang cedera di kawasan terjejas tetapi jalan raya masih ditutup.

Di seberang sempadan, pihak berkuasa Thai berkata, seorang wanita berusia 52 tahun terbunuh di daerah Mae Sai selepas tembok rumahnya runtuh.
Enam belas orang, termasuk tujuh warga Myanmar dan lima rakyat China cedera.
Di Yangon, Pengarah Badan Kebajikan Wawasan Dunia, Chris Herink berkata, jumlah korban terus meningkat.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan memandangkan ia terlalu jauh ke darat untuk menjana gelombang besar di lautan Hindi. - Reuters
-metro

No comments: