Pages

Saturday, March 26, 2011

Sebulan untuk sejukkan loji nuklear





2011/03/26

ANGGOTA keselamatan   menjalankan operasi mencari dan menyelamat   di Soma, Fukushima, semalam.
ANGGOTA keselamatan menjalankan operasi mencari dan menyelamat di Soma, Fukushima, semalam.
OSAKA: Pengendali loji nuklear Fukushima, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) semalam berkata ia mungkin mengambil masa sebulan untuk menyejukkan loji berkenaan berikutan Jepun dilanda krisis sama seperti Chernobyl berdasarkan skala kemalangan atom.

Agensi keselamatan industri dan nuklear (NISA) baru-baru ini meletakkan Fuku-
shima dalam kedudukan 5 daripada 7 menyebabkan bencana terburuk di Jepun, menjadikan ia sama taraf dengan kemalangan Pulau Three Mile pada 1979 di Pennsylvania. TEPCO mengakui bahawa ia mungkin mengambil masa kira-kira sebulan lagi untuk memastikan semua reaktor ditutup, di mana suhu jatuh di bawah takat didih dan ia akan menyejukkan sistem kepada tekanan atmosfera biasa.

“Kami masih lagi dalam proses menilai kerosakan loji, jadi kita tidak boleh meletakkan sebarang tarikh bila operasi penyejukan akan bermula semula. Ia mungkin mengambil masa lebih sebulan, siapa tahu,” kata seorang jurucakap TEPCO.

Suhu di satu daripada reaktor melonjak hingga ke peringkat 400 darjah Celsius minggu ini sebelum stabil semula. Suhu di dalam satu daripada empat reaktor masih lagi di tahap takat didih, kata seorang pegawai agensi keselamatan nuklear.

Sementara itu Angka kematian akibat gempa bumi dahsyat dan tsunami melebihi angka 10,000 orang semalam, manakala ratusan ribu mangsa terselamat masih berkhemah di tempat perlindungan sementara. – AP/AFP 

No comments: