Pages

Wednesday, February 9, 2011

Sudan selatan pilih untuk merdeka hampir sebulat suara


GEMBIRA AKAN MERDEKA: Penduduk Sudan selatan kegembiraan kelmarin menyambut pengumuman rasmi keputusan pungutan suara di Juba yang mengesahkan wilayah itu akan menjadi sebuah negara merdeka. -- Foto AP


Putusan berpisah daripada utara hasilkan negara baru tapi tambah ketidakpastian di rantau


KHARTOUM: Sudan selatan secara besar-besaran mengundi untuk merdeka dalam keputusan akhir pungutan suara yang diumum kelmarin.
Ini membuka jalan bagi penubuhan sebuah negara Afrika terbaru, tetapi turut meningkatkan ketidakpastian bagi rantau yang berpecah belah itu.Beratus-ratus warga Sudan selatan menari, menjerit dan mengibar bendera sejurus mendengar pengumuman itu daripada sederet peti televisyen yang diletak di sebuah dataran di tengah Juba, sebuah bandar utama di selatan.Sebanyak 98.83 peratus daripada pengundi di bahagian Sudan yang menghasilkan minyak itu memilih untuk berpisah daripada utara negara itu dalam pungutan suara bulan lalu, kata pengerusi suruhanjaya penganjur, Encik Mohammed Ibrahim Khalil.Namun pengumuman rasmi itu terganggu sebentar oleh seorang wanita utara yang meraung kesedihan dan dibawa keluar dari situ.'Sudan satu negara. Mengapa ia mesti terpisah?' katanya kepada wartawan, sambil berkata beliau ada saudara-mara di selatan.Pungutan suara itu puncak satu perjanjian keamanan utara-selatan pada 2005 yang bertujuan menamatkan perang dingin paling panjang di Afrika dan menanamkan demokrasi di negara itu.Presiden Sudan, Encik Omar Hassan al-Bashir, berkata beliau menerima keputusan itu, sekali gus meredakan kebimbangan bahawa pemisahan akan mencetus semula konflik merebut simpanan minyak.Pegawai selatan berkata nama bagi negara baru itu belum diputuskan, tetapi mungkin juga ia kekal sebagai 'Sudan Selatan'.Pemimpin Sudan Selatan, Encik Salva Kiir, berjanji akan membantu Khartoum menghapuskan hutang- hutang yang boleh melumpuhkan negara itu, selain meredakan sekatan niaga antarabangsa.Ramai di selatan melihat undi itu sebagai peluang menamatkan penindasan bertahun-tahun oleh utara, yang menurut mereka sudah berlaku sejak serangan pedagang hamba abdi pada kurun ke- 19.Kesatuan Eropah (EU) antara yang pertama menerima keputusan pungutan suara itu.'EU berharap dapat menjalin hubungan jangka panjang rapat dengan Sudan Selatan, yang bakal menjadi satu negara baru pada Julai 2011,' kata wakil EU di Sudan, Encik Carlo de Filippi.Presiden Amerik Syarikat, Encik Barack Obama, pula berkata negaranya berniat mengiktiraf Sudan sebagai negara berdaulat Julai ini.Arab Saudi berkata berharap keputusan Sudan selatan, yang kebanyakan penduduknya penganut Kristian, berpisah daripada, yang majoriti Muslim, akan membawa keamanan kepada rantau itu.China menghormati keputusan itu, kata jurucakap Menteri Luar, Encik Hong Lei, semalam.'China berharap kedua-dua pihak akan terus berusaha menyelesaikan isu-isu kontroversial melalui rundingan, sejajar dengan prinsip saling memahami dan saling menyesuaikan diri,' katanya.Namun masih terdapat ketidakpastian mengenai kestabilan politik dan ekonomi kedua-dua pihak sepanjang lima bulan akan datang.Sudan selatan, sebuah kawasan tanpa laut, bergantung hampir sepenuhnya pada hasil minyak dan sukar mencari hasil daripada sumber lain.Utara pula menghadapi inflasi meningkat. -- Reuters, AFP, Agensi.Cyberita Online Luar Negara

No comments: