Pages

Friday, September 10, 2010

Indonesia mahu contohi Malaysia

JAKARTA: Menteri Dalam Negeri, Gamawan Fauzi berkata semalam, beliau bersetuju dengan cadangan memindahkan ibu negara Indonesia dari bandar raya ini.
Bagaimanapun, beliau mencadangkan hanya kegiatan pentadbiran saja dipindahkan.
“Ramai yang berkata, dengan melakukan demikian, kosnya akan lebih murah,” katanya di Istana Negara di Jakarta selepas berbincang dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan beberapa pemilik media.

Menurutnya, semua pilihan sudah dibincangkan khususnya bagi membantu menyelesaikan masalah mengurangkan kesesakan trafik yang begitu teruk di Jakarta.

Pilihan pertama, katanya, ialah mengekalkan Jakarta sebagai ibu negara dengan menyelesaikan semua masalah yang dihadapinya.

Pilihan kedua ialah memindahkan urusan pentadbiran kerajaan dari Jakarta, tetapi mengekalkannya sebagai pusat perdagangan, seperti yang dilakukan Malaysia yang memindahkan urusan pentabiran ke Putrajaya. - Agensi

No comments: