Pages

Wednesday, May 26, 2010

Zionis



Setiap manusia di dunia ini tidak akan terlepas dari kesan-kesan yang ditimbulkan oleh sekelompok manusia, atau pun dalam bentuk pertubuhan-pertubuhan rahsia yang bercita-cita untuk menguasai dunia. Mereka ini telah menyusup masuk ke dalam setiap aspek kehidupan moden manusia hari ini. Mereka inilah yang memimpin teknologi, budaya, sosial, ekonomi dan politik dunia sekarang. Setiap apa yang terjadi di dunia hari ini pasti ada kesan dari tangan-tangan mereka. Sejak dari dahulu lagi merekalah yang merancang setiap revolusi, peperangan, ideologi, polisi dan aktiviti yang terjadi di bumi.

Apa yang anda percaya di dada-dada akhbar, radio, televisyen mahupun Internet adalah 10% ataupun hanya permukaan sahaja dari keseluruhan cerita sebenar yang berlaku di dalam dunia yang penuh kepura-puraan ini. Ini tidaklah menghairankan kerana setiap media perdana di dunia ini pun berada di dalam kawalan dan perhatian mereka.

Dua pertubuhan syaitan yang utama dan terkenal-Freemasonry dan Illuminati mendahului senarai kelompok elit dunia yang mengawal segala percaturan dunia hari ini. Setiap pemerintah, presiden, raja, pemimpin agama dan pemimpin korporat dunia tidak terlepas dari cengkaman dua pertubuhan syaitan ini. Mereka berselindungkan dengan nama kebajikan sosial tetapi sebenarnya berfungsi untuk memporak-porandakan keharmonian sosial manusia. Mereka memberikan dana-dana untuk membantu mangsa perang, pelarian, bencana alam dan lain-lain tetapi pada masa yang sama mereka juga membiayai industri pornografi, pengedaran dadah, penyeludupan dan kegiatan mafia.

The Round Table

Kemudian muncul pula pertubuhan seperti The Round Table, ditubuhkan bersama oleh Cecil Rhodes (hartawan berlian) dan ejen Rothschild, Alfred Milner, berfungsi di sebalik situasi di dunia menerusi bantuan bank dunia dalam usaha untuk menekan kerajaan-kerajaan dunia bagi menyokong perlaksanaan New World Order.

Council on Foreign Relation (CFR) pula ditubuhkan oleh Rockefellers bagi menguasai pelaburan, ekonomi seterusnya politik dunia. Kesemua anggota-anggota majlis ini adalah orang-orang kenamaan yang amat penting seperti para presiden, ahli politik, ahli ekonomi, pemimpin tentera dan badan intelligent serta ahli perniagaan.

The Bilderberg Group pula diasaskan oleh Joseph Retinger dan Putera Bernhard dari House of Orange (bekas pegawai SS Jerman, seorang perisik melalui syarikat kimia I.G Farben dan kemudiannya menjadi pengerusi Shell Oil). Pertubuhan ini berfungsi untuk memimpin ahli-ahli politik dan para penasihat mereka, eksekutif-eksekutif media, bank, syarikat-syarikat multinasional, ahli-ahli akademik dan pemimpin tentera di mana mereka kerap mengadakan forum-forum perbincangan untuk menentukan halatuju politik dunia mengikut acuan mereka.

Salah satu pertubuhan yang tidak kurang pentingnya, The Trilateral Commission yang diasaskan oleh David Rockefeller dalam tahun 1972-1973 bertujuan menyatukan polisi Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun secara rahsia. Pentadbiran Jimmy Carter adalah sokongan presiden mereka yang pertama dan banyak ahli dalam pentadbiran Jimmy Carter menjadi Trilateralist termasuk Zbigniew Brzezinski, penasihat keselamatan kebangsaan beliau dan pengarah pertama The Trilateral Commission.
Buku tentang House of Rothschild

Tidak sempurna rasanya jika tidak membincangkan tentang dua lagi kelompok yang sememangnya amat berperanan untuk membantu usaha untuk menguasai dunia ini. Pertamanya, House of Rothschild telah lama membantu Dajjal Laknatullah dalam usaha untuk menguasai dunia. Diasaskan oleh Mayer Amschel Bauer (lahir pada tahun 1743 di Frankfurt; seorang Yahudi Jerman) yang kemudiannya menukar namanya kepada Rothschild (Baju Besi); gelaran yang diberikan oleh kerajaan Jerman ketika itu sebagai perlindungan khas kepadanya. Rothschild menguasai perniagaan tukaran wang asing pada mulanya kemudian berkembang kepada perbankan antarabangsa. Kesemua dana dari perniagaannya disumbangkan kepada gerakan Dajal-Yahudi seperti mencetuskan revolusi dan peperangan.

Empayar Rockefeller pula diasaskan oleh John D. Rockefeller melalui aktiviti utamanya, perusahaan minyak oleh syarikat Standard Oil (syarikat induk bagi Exxonmobil dan Esso). Pengaruh Rockefeller dalam senario ekonomi dan politik dunia amatlah terbuka dan diketahui ramai. Contohnya pembiayaan perang Iraq.
Telah dijelaskan di dalam Al-Quran yang mulia tentang dua golongan orang kafir yang amat memusuhi umat Islam. Dua golongan itu adalah golongan Yahudi dan Nasrani.

Secara kasar kita biasanya mengetahui bahawa golongan Yahudi yang dimaksudkan dalam ayat Al-Quran itu adalah tentunya orang-orang Yahudi yang jahat di Israel sana, merampas negara dan membunuh orang Islam Palestin. Dan orang Nasrani pula lagilah mudah, tentu saja orang Kristian sekarang ini. Tetapi tahukah anda bahawa Al-Quran yang mulia itu bukan sahaja memberikan banyak pembayang (clue) dan gambaran, malah sebenarnya memberikan sekali hakikat dan maksud tersirat dalam ayat-ayatnya yang menakjubkan. Benarlah al-quran itu adalah mukjizat rasulullah s.a.w.

Dalam penyelidikan Teologi-Politik dewasa ini, Yahudi dan Nasrani adalah istilah umum dalam Al-Quran, di mana Yahudi yang dimaksudkan itu adalah zionis antarabangsa. Pergerakan ini berselindung di bawah nama menuntut hak 'Tanah yang Dijanjikan' (Promised Land) namun sebenarnya ingin menghapuskan Islam dan merampas artifak-artifak (relic) penting Islam berserta tempat sucinya sekali kerana mereka percaya akan kemukjizatan (magic) objek-objek mistik dan bersifat kultus ini (sebagai contoh Spear of Destiny, Ark of Covenant, The True Cross, Holy Grail, Hajar Aswad dll).

Golongan Yahudi pula terbahagi kepada dua. Satu adalah Yahudi Ortodoks yang kepercayaannya menghampiri ketulenan ajaran Nabi Musa dan Taurat serta golongan Yahudi yang tidak bersetuju dengan Zionis. Golongan ini dipercayai adalah minoriti dan terpinggir. Golongan yang kedua adalah Yahudi-Kabbalah yang berpegangkan ajaran Taurat yang diselewengkan, juga kitab Talmud iaitu kitab mistik sesat yang ditulis para rabbi Yahudi dan ajaran pagan.Golongan ini juga bergabung dengan Yahudi Khazar, iaitu bangsa Khazar yang menduduki kawasan Asia Tengah yang menganut agama Yahudi dan Yahudi Ashkenazi iaitu satu puak Yahudi yang umum diketahui berbahaya dan menjadi pengikut setia Dajal Laknatullah. Inilah dia bahagian yahudi yang diberitahu oleh Al-Quran.
St. Peter Basillica

Golongan yang kedua disebut di dalam Al-Quran adalah Nasrani. Nasrani yang dimaksudkan itu adalah komplot Vatikan-Jesuit. Kumpulan ini memegang posisi penting dalam dunia Kristian khasnya aliran Katholik. Vatikan sebagaimana yang diketahui adalah pusat pemerintahan Paus, iaitu ketua umum Gereja Roman Katolik. Pejabatnya adalah St. Peter Basillica, bekas kuil pagan zaman Rom yang diubahsuai. Sebab itu di dalamnya penuh dengan berhala-berhala Rom di mana ketika itu Emperor Constatine masih sayangkan dewa-dewi Romnya walaupun telah dibaptiskan. Dari sini ajaran Nabi Isa yang dibawakan oleh golongan Nasrani terawal telah bercampur-aduk dengan doktrin pagan sesuai dengan selera Constatine tanpa banyak dibantah oleh pendeta Kristian kerana takutkan kezaliman Emperor Rom yang diketahui umum mempunyai sejarah panjang menyeksa dan membunuh orang-orang Kristian awal.

Ditambah pula dengan penyelewengan demi penyelewengan yang dilakukan oleh pendeta-pendeta Kristian yang mengubah Injil sesuka hati. Jadi benarlah bayangan Al-Quran yang mengatakan orang-orang Nasrani adalah kaum yang sesat. Dalam Kristian juga wujud sistem dualisme; Pope dan Black Pope, Christ dan Antichrist, Madonna dan Black Madonna. Kristian juga terpecah-pecah kepada pelbagai aliran seperti Protestant, Quaker, Evangelist, Adventist, Mormon dan bermacam lagi. Di dalam sistem kependetaan Kristian juga berpecah-pecah kepada pelbagai aliran pendeta seperti Benedictine, Fransiscan dan Dominican. Di antara aliran-aliran kepaderian itu terdapat satu aliran yang agresif dan yang paling terahsia serta licik iaitu aliran Society of Jesus atau dikenali sebagai Jesuit. Di sini kita dapat melihat betapa sesatnya orang-orang Nasrani.

Jesuit inilah yang membayangi Vatikan terhadap semua kerja-kerja kotor mereka. Jesuit terdiri daripada golongan Christian Zionist, iaitu orang Kristian yang mengambil sebahagian ajaran Kabbalah dan mistik sesat bercampur kepercayaan pagan tertentu (yang paling popular adalah dewa-dewi Sumeria dan Babilon Kuno, juga termasuk Yunani dan Rom) sebagai panduan hidup mereka. Mereka mengamalkan sihir dan percaya kepada pelbagai mitos dan dongeng mengenai asal-usul kejadian makhluk dan kehidupan Iblis.

Jesuit bertujuan untuk mengekalkan hala tuju Vatikan sebagai kakitangannya dan supaya golongan Kristian leka dengan ajaran Kristian yang dicampurkan dengan ajaran pagan dan mistik sesat. Iblis dan agennya Dajal bimbang jika kaum Kristian sedar kepada ajaran asal Nabi Isa dan kitab Injil. Maka Kristian yang menguasai sebahagian dari dunia ketika ini akan menjauhinya. Anda sudah nampak sebahagian perancangan musuh-musuh Allah ini?

Dajal Laknatullah mengawal kedua-dua elemen ini; Yahudi dan Nasrani. Kedua-duanya mempengaruhi di antara satu sama lain. Setelah tiba masa yang sesuai, keduanya akan dilagakan untuk kepentingan Dajal dan kuncu-kuncunya walaupun mengorbankan pengikut-pengikut mereka sendiri yang dungu dan menjadi 'patsies' kepada perancangan licik Dajal (rujuk Situasi World War I & WW2 serta peristiwa 911).

Soalannya sekarang,apa tujuan dajal berbuat begitu?

Jawapannya ialah...

Untuk menjadi tuhan yang tertinggi...seperti kata-kata firaun "Akulah tuhan yang tertinggi"

Dajal Laknatullah sememangnya telah lama menyimpan hasrat untuk menjadi 'dewaraja' yang mutlak di muka bumi ini. Tambahan pula setelah dibodek dan digalakkan oleh Iblis selaku 'Ayah' dan mentornya. Dajal tidak tahu dia ditipu oleh Iblis. Disini kita nampak siapa akhirnya yang akan tertipu kemudian. Dajal Laknatullah akan mengetahui rahsia sebenar dan segala-galanya apabila bertanyakan hal itu kepada Iblis Laknatullah pada Perhimpunan Mimbar Iblis di dalam Neraka nanti.

(Sumber Utama : MO)

P/s : Anda nampak sekarang apa yang ingin disampaikan oleh Al-Quran?

No comments: