Pages

Wednesday, May 26, 2010

Maklumat tentang Zulqarnain




Al-Quran

Sebagai seorang Islam, kita wajib mempercayai kandungan Al-Quran. Namun begitu, pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengeluarkan kenyataan bahawa Al-Quran adalah plagiat. Cubaan ini telah bermula berpuluh-puluh tahun lamanya, namun mereka menemui kegagalan. Yang terbaru, adalah cubaan mengatakan bahawa kisah Yakjuj dan Makjuj serta Zulkarnain dalam Al-Quran adalah diciplak daripada sumber lain. Al-Quran menciplak??

Sejarah Islam merekodkan tentang pertanyaan org Yahudi melalui org kafir Quraisy Makkah menguji bukti kenabian Muhammad SAW yang nyata tak pandai membaca dan menulis. Allah SWT membantu Rasulullah menjawab pertanyaan itu dengan menceritakan cabaran Zulqarnain mengatasi Yakjuj dan Makjuj.

Surah Al-Kahfi ayat 83-98:
83 : Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulqarnain. Katakanlah, “Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya.”
84 : Sesungguhnya Kami berikannya kuasa di bumi, dan kami berikannya jalan bagi mencapai tiap² sesuatu yang diperlukannya.
85 : Lalu ia menurut jalan yang menyampaikan maksudnya.
86 : Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur, dan ia dapati disisinya satu kaum. Kami berkata, “Wahai Zulqarnain! Kamu boleh menyeksa mereka atau kamu bertindak secara baik terhadap mereka.”
87 : Ia berkata, “Adapaun orang yang melakukan kezaliman, kami akan menyeksakannya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.
88 : adapun orang yang beriman dan beramal soleh, maka baginya balasan baik, dan kami akan perintahkannya perintah yang mudah.”
89 : Kemudia ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
90 : Sehingga apabila ia sampai di daerah atahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang Kami tidak menjadikan bagi mereka perlindungan daripadanya.
91 : Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi segala yang ada padanya.
92 : Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
93 : Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.
94 : Mereka berkata, “Wahai Zulqarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; Maka setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka.
95 : Ia menjawab, “Kekuasaan yang Tuhanku jadikan daku menguasainya lebih baik; oleh itu bantulah daku dengan tenaga kamu beramai-ramai, aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.”
96 : “Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, iapun berkata, “Tiuplah dengan alat-alatmu, “ sehingga apabila ia menjadi api berkatalah ia, “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.”
97 : Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
98 : Berkatalah ia, “Ini ialah suatu rahmat daripada Tuhanku; maka apabila datang janji Tuhanku, Ia akan menjadikannya hancur, dan janji Tuhanku itu benar.

Mari kita lihat pula kitab² yahudi. Bible Old Testament dan New Testament menyebut Yakjuj dan Makjuj dengan nama Gog dan Magog. Inskripsi Yahudi yang diakui sahih oleh mereka ialah:
• Perjanjian Lama (Old Testament)
• Sebahagian daripada Perjanjian Baru (New Testament)
• Naskah Laut Mati (Dead Sea Scrolls)
• Kitab Talmud
Dan tiga buku sejarawan Yahudi yang disanjung mereka tulisannya, Flavius Josephus:
• Jews Wars
• Against Apion
• Antiquities of the Jews

Sehingga hari ini, para sarjana Islam masih lagi belum dapat kepastian tentang individu yang bernama atau bergelar ‘Zulqarnain’. Antara calon yang dikatakan Zulqarnain adalah:
• Zulqarnain yang hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim. (pendapat sokongan Ubaid bin Umair)
• Raja Parsi yang bernama Koreshi / Cyrus the Great. (pendapat sokongan Abdul Kalam Azad dan Dr Abdul Alim Khidhir)
• Alexander the Great / Marzaban bin Mardiyah@Marziyah dari Macedonia. (pendapat sokongan Ibnu Ishak yang dikutip oleh Ibnu Hisyam)
• Akhenaton, raja Mesir pencetus monoteisme. (pendapat sokongan Syeikh Hamdi bin Hamzah Abu Zaid)

Dalam kitab Talmud, terdapat cerita tentang Alexander tetapi kisah ini tidak menceritakan pertembungannya dengan Gog n Magog. Dalam Bible (Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru), terdapat kisah Gog n Magog tetapi tidak berkaitan dengan Alexander atau Cyrus.

Dalam inskripsi Yahudi, Alexander ditulis dalam kisah yang tersendiri, Cyrus ditulis dalam kisah yang tersendiri dan Gog n Magog ditulis dalam kisah yang tersendiri. Kisah² ini tidak dikaitkan antara satu sama lain. Antara yang ditulis adalah Gog n Magog berasal dari utara dan berketurunan Yafits bin Nuh atau Yafits atau Yafith atau Yafet atau Japheth. Tulisan ini adalah sama dengan tulisan sumber Islam Tafsir As-Sa’di.

Berbanding dengan Al-Quran, kisah Yakjuj n Makjuj ini digandingkan dengan 2 lagi kata kunci iaitu Zulqarnain dan tembok penutup. Lebih-lebih lagi, kitab-kitab mereka yang asli tidak ditemui atau hanya ditulis atau hanya dapat diakses berpuluh dan beratus tahun selepas turunnya Al-Quran yang lengkap. Bagaimana Al-Quran meniru?

(Sumber Utama : Tulisan Wisnu Sosongko)

No comments: