Pages

Wednesday, May 26, 2010

Tenaga untuk apa?



Definisi tenaga:
“Kapasiti daya kekuatan akibat hasil rangsangan sumber-sumber tertentu melalui kaedah-kaedah tertentu seperti makanan, air, cahaya matahari, kilat, angin, ombak, arang batu, sumber fosil atau sebagainya yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu aktiviti fizikal atau operasi mesin.” – British Columbian Encyclopedia.


Tenaga

Definisi ritual:
“Upacara keagamaan di sesuatu lokasi penyembahan tertentu yang memerlukan elemen-elemen tertentu dalam sesebuah kepercayaan seperti perbuatan, percakapan, kelakuan atau bacaan yang dianggap suci bagi melengkapkan upacara agama termasuk yang dilakukan secara rutin atau bermusim.” – Encyclopedia of Spiritual.

Dalam Islam, kita menamakan ia sebagai ibadah dan ibadah mempunyai maksudnya yang tersendiri, ia bukan sekadar ritual.

Definisi ibadah menurut sumber Islam:
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku. Sesungguhnya Allah, Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhluk-Nya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaan-Nya." (Al-Zariyat: 56-58)

“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”. (Al-An'am: 162)

“Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka." (Al-Sajadah: 16)

“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah." (Al-Hasyr: 21)

“Tidaklah beriman dengan Al-Quran oleh orang yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Al-Quran” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Islam menerusi al-Quran menetapkan maksud ibadah dengan sangat jelas, mencakupi perbuatan, keimanan, ketakwaan, perasaan takut kepada Allah Maha Satu, ketaatan dan berserah diri kepada Allah supaya ditaati oleh manusia, jin dan segala makhluk yang ada di langit dan di bumi.

Untuk memahami artikel ini, kita juga harus sandarkan pemahaman kita terhadap keperluan beramal dengan ayat-ayat al-Quran serta amalan-amalan yang digariskan dalam Islam. Kita sebagai umat Islam sedia maklum bahawa mengamalkan bacaan ayat-ayat tertentu mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Sandaran pertama: Kita percaya bahawa dengan membaca ayat Kursi dalam surah al-Baqarah boleh menghindar diri kita daripada gangguan jin dan syaitan kerana khasiatnya yang mampu membakar jin dan syaitan yang kafir sehingga rentung. Namun adakah kita nampak seolah-olah ada peluru atau laser yang keluar menembak jin-jin kafir itu semasa kita membacanya? Kita tidak nampak semua itu kan?

Sandaran kedua: Kita percaya bahawa laungan azan pada setiap kali masuk waktu solat juga mempunyai khasiat menghalau jin kafir dan syaitan yang berkeliaran di setiap sudut dunia untuk menyesatkan manusia. Malah jika anda perhatikan, kebanyakan bayi (tidak kira bangsa atau agama) yang di bawah umur setahun akan terdiam seketika daripada menangis atau ketawa pada setiap kali azan dilaungkan, malah jika kita perhati, bayi itu mengamati keindahan azan (kerana hatinya diciptakan bersih). Tetapi, adakah kita nampak seolah-olah ada kereta kebal bergerak laju menghalau jin-jin kafir semasa azan dilaungkan? Juga, adakah kita nampak seolah-olah ada sesuatu yang membuatkan bayi itu tenang dan diam mengamati keindahan azan semasa ia berkumandang?

Sandaran ketiga: Kita percaya bahawa setiap amalan baik oleh setiap hamba yang soleh akan diangkat oleh Allah untuk dihisab sebagai pahala. Manakala setiap amalan buruk yang mendatangkan dosa pula akan terawang-awang di langit menunggu waktu kita bertaubat sebelum mati dan mendatangkan kemurkaan Allah (dosa akan terhapus apabila bertaubat nasuha, insya-Allah dengan kehendak Allah), dan jika tidak sempat bertaubat, amalan buruk itu akan diangkat menjadi dosa yang menunggu azab. Tolong betulkan dan mohon maaf jika sandaran ketiga ini silap.

Sandaran keempat: Setiap amal ibadah memerlukan tenaga untuk disempurnakan, solat perlukan tenaga, puasa perlukan tenaga, zikir perlukan tenaga. Hasil memanfaatkan tenaga yang diberikan oleh Allah untuk melakukan perbuatan yang diredhai-Nya akan dibalas menjadi pahala. Ringkasnya, guna tenaga ke jalan Allah akan mendatangkan pahala (dengan izin Allah). Pahala hasil dari tenaga yang digunakan itu akan diangkat ke langit sebagai amalan soleh. Pahala (hasil tenaga positif) naik ke langit. Tolong betulkan dan mohon maaf jika sandaran keempat ini silap.

Sandaran kelima: Setiap perbuatan mungkar (mengabaikan perintah Allah) juga memerlukan tenaga. Berzina perlukan tenaga, membunuh juga perlukan tenaga, minum arak juga perlukan tenaga, menyembah syaitan juga perlukan tenaga, memaki hamun juga perlukan tenaga. Penggunaan tenaga di jalan salah akan bertukar menjadi dosa. Dosa hasil dari penggunaan tenaga di jalan salah akan terawang-awang di langit dan mengundang kemurkaan Allah. Dosa (hasil tenaga negatif) mengundang kemurkaan Allah. Malah akan mendatangkan malapetaka (termasuk kiamat) sebagai balasan perhitungan kepada manusia dengan kehendak-Nya. Tolong betulkan dan mohon maaf jika sandaran kelima ini silap.

Monumen Tenaga

Kita sudah tahu siapa yang membina piramid, tetapi adakah kita tahu jenis batu yang digunakan untuk membina piramid? Menurut ahli arkeologi Dr. Philip Calahan dalam kajiannya bertajuk Kings Chamber of the Great Pyramids, piramid Mesir dibina dengan menggunakan batu kapur yang bersifat magnetik, yang mampu menjana tenaga.
Vortex yang dihasilkan piramid

Dr. Calahan menambah, bentuk bucu piramid sama ada monumen sejarah ataupun piramid moden pula mampu mengumpul setiap tenaga di sekelilingnya untuk menjana tenaga magnetik sebelum tenaga-tenaga itu dibebaskan ke ruang udara secara berterusan.

Kajian yang dibuat Dr. Calahan itu kemudian disokong oleh pakar janakuasa elektrik, Mary Hardy dan Dean Hardy di Amerika. Dalam eksperimen mereka, sekeping wang syiling emas digantung menggunakan tali secara setentang dengan bucu sebuah model replika piramid. Dalam piramid itu pula diletakkan sebutir berlian dan mereka kemudian mengalirkan aliran elektrik dalam jumlah yang sangat minimum di sekitar tapak piramid itu. Beberapa jam kemudian, syiling emas itu mencair seperti minyak walapun jumlah arus elektrik itu sangat sedikit. Mereka kemudian membuat kesimpulan, piramid mampu menyerap semua tenaga (termasuk elektrik dari kabel-kabel bawah tanah) untuk dihala ke ruang angkasa dan menjadi satu tenaga baru yang lebih besar daripada sumber asal (elektrik), malah mampu mencapai infiniti jika sumber asal itu juga besar kuantitinya.

“Rahsia terbesar dalam pembinaan piramid ialah untuk menjana tenaga, ia bukan sekadar makam raja-raja firaun. Mungkin orang Mesir dan Maya mampu menjana elektrik ketika zaman mereka. Orang Mesir mungkin pernah memanfaatkan tenaga solar atau angin, penjanaan elektrik pula dibantu dengan batu-batu permata berlian yang disemadikan bersama mumia raja-raja.” – Hardy & Hardy.

Mary Hardy dan Dean Hardy juga menyokong pendapat Dr. Calahan mengenai fungsi pelbagai guna yang dimiliki piramid. Piramid mampu memanipulasi semua unsur tenaga elektrikal yang ada di sekelilingnya, ia turut mampu memanipulasi tenaga manusia yang berjalan atau berlari di sekitarnya. Tenaga yang dikumpulkan itu akan disalur ke ruang langit sebagai vortex dalam jumlah yang berganda. Jelas Hardy & Hardy lagi, kemampuan mengalirkan tenaga vortex pula bukan hanya tertumpu kepada binaan berbentuk piramid, malah juga yang berbentuk kon, atau apa-apa sahaja jenis bentuk binaan, asalkan ada bucu di atasnya (obelisk, monolit, minaret dan sebagainya). Ia mampu menjana vortex. Unsur tenaga vortex pula mampu bertindak seperti ‘black hole’ di ruang angkasa lepas yang mempercepatkan pergerakan masa.
Black hole yang dirakam NASA

Black hole ialah fenomena angkasa lepas di mana berlaku tarikan graviti yang menyedut semua bintang di sekelilingnya. Ia adalah satu tarikan graviti yang sangat kuat yang membawa kepada kemusnahan bintang-bintang. Malah, sekiranya kapal angkasa memasuki ruang black hole pula, kapal angkasa itu akan melalui perjalanan yang sangat pantas (merentas masa) sehingga memasuki galaksi lain dalam masa yang sangat singkat, masa yang diambil adalah lebih singkat daripada perjalanan yang tidak melalui black hole, itu pun sekiranya kapal angkasa itu terselamat daripada hentaman bintang-bintang yang disedut masuk ke dalam black hole.

Piramid menghasilkan vortex, vortex pula mampu bertindak seperti black hole, dan black hole pula mempunyai graviti yang membawa manusia merentas masa ke pintu galaksi lain. Dajjal meninggalkan kod hukum graviti supaya penyembahnya membina lebih banyak piramid dan binaan-binaan berbucu supaya dapat membuka pintu dunia ghaib seluas-luasnya pada saat kemunculannya nanti. Pengetahuan graviti yang ditinggalkan Dajjal dan kemudian dikembangkan Isaac Newton adalah supaya Dajjal dapat menyampaikan mesej mengenai kemampuan graviti merentas masa, atau membuka pintu dunia ghaib.

Lebih mudah untuk difahami begini:
Piramid = vortex = blackhole = graviti = gerbang ghaib
(Kebanyakan orang suka menyebut gerbang ghaib sebagai Stargate).

Kod hukum graviti itu pula berguna untuk mencipta teknologi penerbangan, yang dijadikan jet perang untuk menjayakan plot ketenteraan dalam perang-perang dunia.

Berbalik kepada monumen tenaga, kita ambil sandaran pertama, ketiga dan keempat yang dinyatakan di awal artikel ini. Kita tidak nampak tenaga yang terhasil daripada piramid, tetapi eksperimen saintifik telah membuktikannya.

Cuba kita lihat di sekitar piramid-piramid moden yang dibina di serata dunia hari ini. Piramid moden itu berfungsi sebagai kompleks membeli-belah, pusat konvensyen atau sebagainya. Kebanyakannya terletak di tengah bandar yang mempunyai tiang-tiang elektrik dan wayar-wayar kabel elektrik di bawah tanah. Tiang dan kabel bawah tanah itu pula bergerak di sekeliling piramid moden itu. Dan apa yang jadi? Tenaga elektrik itu diserap oleh piramid di sebabkan bentuk binaannya yang menyebabkan ia bertindak sedemikian. Tenaga itu pula dilepaskan di bucunya, menjadi vortex. Tetapi kita tak nampak vortex itu..kan?

Piramid di serata dunia:
Scotland

London

Aztec

Apabila semua vortex daripada semua piramid seluruh dunia mencapai tahap jumlah kapasiti yang diperlukan, tidak mustahilkah akan terbentuk satu fenomena seperti black hole di atas bumi? Ia bukanlah akan menyedut kita semua masuk ke dalam vortex seperti black hole itu, tetapi ia berfungsi untuk membuka pintu gerbang dunia ghaib untuk satu tempoh tertentu bagi membolehkan Dajjal keluar semula dengan para iblis dan jin. Logik?

Malah, jika kita melihat pintu gerbang dunia ghaib itu seperti sebuah black hole yang ada di rangkasa lepas, maka tidak mustahil para jin dan syaitan akan keluar dengan UFO yang seolah-olah datang dari angkasa lepas melalui black hole yang terhasil di bumi dan menggelarkan diri mereka sebagai alien. Berapa jumlah kapasiti tenaga vortex yang diperlukan untuk membuka pintu dunia ghaib? Maaf, penulis tidak tahu.

Dalam menjelaskan kemampuan manusia mencipta objek pantas dalam menjelajah angkasa lepas, kita ambil contoh kapal robotik tanpa juruterbang ciptaan NASA pada Januari 2006 iaitu New Horizon yang mampu memecut 16.26 km/saat atau 58,536 km/jam dari orbit planet Bumi sehingga ke orbit planet Pluto, Jupiter, Saturn dan Kuiper dengan memecah masuk beberapa black hole. Ia adalah hasil pemecahan kod graviti, yang menunjukkan adalah tidak mustahil untuk manusia meneroka black hole di bumi dengan pengetahuan graviti yang ada.

Barangkali, ia (New Horizon) adalah teknologi yang sama digunakan oleh Amerika dan sekutunya untuk membina UFO yang mampu bergerak sangat pantas seperti didakwa oleh sesetengah pihak yang pernah melihat kepantasan objek UFO berterbangan di ruang udara. Segalanya tidak mustahil, teknologi yang dimiliki New Horizon sudah mampu memberi gambaran terhadap kebarangkalian itu.
New Horizon

Kita juga sudah faham bahawa piramid dan binaan-binaan berbucu yang dibina sejak zaman sejarah tamadun purba dan juga piramid-piramid moden yang dibina di serata dunia hari ini mampu menjana tenaga di sekelilingnya menjadi vortex. Binaan-binaan berbucu yang lain juga mampu menjana tenaga vortex seperti itu.

Kita ambil sandaran ketiga, keempat dan kelima pula, semua amalan baik dan jahat yang kita lakukan memerlukan tenaga yang menghasilkan sama ada tenaga positif atau negatif. Perbuatan kita memerlukan tenaga. Kaitkan pula dengan pembinaan piramid moden di serata dunia yang mampu menyerap tenaga dan membebaskannya menjadi vortex.

Cuba fahamkan walaupun sedikit mistik, kita membuat dosa dengan menggunakan tenaga dan piramid pula menyerap tenaga itu untuk dibebaskan menjadi vortex untuk membuka pintu Dajjal. Cuba selarikan dengan sistem mind control yang mana mereka mahu kita membuat dosa melalui program-program hiburan dan lain-lain. Kenapa Dajjal mahu kita terjebak seks bebas, menagih dadah dan sebagainya sehingga mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah?

Ia mungkin disebabkan sesuatu yang diinginkan Dajjal, iaitu ‘tenaga dan dosa’ yang kita hasilkan itu dapat diserap oleh piramid dan dijana menjadi kekuatan untuk membuka pintu syaitan, pintu Dajjal atau bahasa sainsnya pintu keluarnya UFO. Dosa melampaui batas yang kita lakukan pula akan mengundang kemurkaan Allah sehingga mendatangkan malapetaka yang akan berakhir dengan kiamat, yang membawa kepada keluarnya Dajjal.

(Penulis tidak memaksa anda percaya, cuma hanya mahu anda berfikir bersama)

Pintu vortex kerap dibuka untuk tujuan keluar masuk para jin dan syaitan, dan proses itu terus berlarutan... ia berlaku di lokasi-lokasi tertentu, termasuk di belakang rumah anda, ia tidak memerlukan kapasiti tenaga yang tinggi untuk dibuka.

Bolehkah black hole (stargate) wujud di bumi?

Kumpulan pakar fizik New Scientist dari Royal Institute of Technology Sweden terdiri daripada Ulf Leonhardt dan Paul Piwnicki pada 2006 telah menemui satu penemuan menarik dan direkod dalam kertas kajian yang diterbitkan universiti itu. Mereka berjaya mencipta prototaip mesin yang mampu bertindak seperti black hole. Dalam eksperimen mereka, mesin itu dihidupkan dengan bantuan tenaga magnetik dan elektrik bagi menguji tahap radiasi Hawking.
Rupa bentuk vortex

Cermin diletakkan dalam mesin itu bagi menguji pantulan sejumlah cahaya yang akan dihalakan ke arah mesin itu. Kesimpulan yang mereka buat ialah black hole boleh wujud di bumi berdasarkan penemuan iaitu, cahaya yang memasuki mesin itu tidak pernah memantul kembali, sebaliknya diserap terus. Satu-satunya komponen cahaya yang terpantul hanyalah kesan radiasi Hawking daripada sisa cahaya, dan bukan semua komponen dalam cahaya itu terpantul sepenuhnya.

Mereka juga membuat kesimpulan bahawa penemuan itu sangat bertentangan dengan hukum pantulan dan tersasar daripada hukum alam semulajadi. Satu-satunya komponen yang boleh memantul ialah radiasi Hawking. (Terdapat beberapa komponen dalam cahaya seperti ultraviolet, haba, radiasi dan sebagainya).

*Cahaya hanya tidak akan terpantul jika dihalakan ke arah dinding atau objek yang diwarnakan hitam.

Eksperimen itu tidak terhenti di situ, mereka kemudian memasuki fasa pengujian kedua iaitu menguji tahap graviti quantum mesin tersebut melalui percubaan untuk menyatukan teori quantum fizik yang pernah dibangunkan Einstein untuk dipadankan dengan teori mereka sendiri. Cahaya sekali lagi menjadi subjek untuk diuji.

Hasil pengujian itu, mereka kemudian membuat kesimpulan. Black hole yang berkemungkinan boleh wujud di bumi memiliki daya tarikan graviti yang sangat hebat, ia mampu bertindak seperti black hole yang ada di ruang angkasa lepas. Ia juga mampu menjadi medium untuk manusia mengembara merentas waktu. Pusat graviti dalam black hole itu mungkin mempunyai beberapa terowong masa. Itu hanya andaian mereka kerana yang terhasil itu bukan black hole sebenar, ia hanya proses terhasil yang menyerupai black hole.

Di bumi, elemen yang paling rapat dengan black hole ialah vortice (vortex) yang mempunyai persamaan dengan sifat puting beliung (tenaga angin). Puting beliung akan menyedut semua objek yang berhampiran dengannya sama seperti black hole, ia wujud disebabkan keadaan bertekanan rendah (suhu) di pusat kitaran udara bersuhu tinggi atau sederhana. Kita ambil sandaran ini, puting beliung (vortex) terhasil disebabkan wujudnya tekanan rendah di tengah-tengah kitaran udara bersuhu tinggi.
Puting beliung

Menurut Leonhardt dan Piwnicki, vortex seharusnya mempunyai sifat yang sama dengan kemampuan menyedut cahaya dan benda fizikal. Cahaya pula seperti diketahui menjadi alat untuk mengukur masa disebabkan sifatnya yang pantas bergerak. Kemampuan vortex memerangkap cahaya juga menjadi petunjuk kepada kemungkinan cahaya itu mengembara ke dimensi lain. Jika vortex mampu berpusing (seperti puting beliung) dalam kiraan sama pantas seperti cahaya, maka ia mungkin mengandungi gas (udara) yang mampu memerangkap cahaya, ia mungkin gas yang mempunyai sifat graviti (tenaga), ia benar-benar memungkinkan black hole boleh terhasil di bumi.

Jadi, jelas bahawa vortex memerlukan elemen tenaga untuk terhasil, manakala cahaya mampu mengembara dalam vortex dan kajian tersebut pula hanya menjelaskan dari segi logik, bukan secara ghaib. Untuk mengkaji hubungkait antara tenaga yang dihasilkan manusia dengan bukaan pintu gerbang ghaib, kita perlu kembali kepada aspek ghaib yang sukar dijelaskan dengan penjelasan saintifik.

Mata terbahagi kepada dua mengikut kemampuan ia melihat. Satu jenis mata dinamakan mata zahir dan satu lagi dinamakan mata batin. Mata zahir adalah mata yang hanya mampu melihat bentuk fizikal secara nyata, manakala mata batin pula mampu melihat perkara-perkara ghaib seperti syaitan, iblis dan sebagainya.

Mata pula hanya mampu melihat apabila dibantu dengan kehadiran cahaya. Maka, ia sudah tentu mempunyai kaitan dalam memperjelaskan cahaya yang terperangkap dalam black hole, dan juga cahaya yang terpantul iaitu yang tidak dapat diserap oleh black hole.

Kita fahami ayat al-Quran untuk lebih memahami bahawa terowong stargate yang menjadi tempat keluar masuk jin serta syaitan itu sebenarnya wujud di bumi, mereka tidak datang dari angkasa lepas dengan UFO seperti sangkaan kebanyakan daripada kita. (Allah lebih mengetahui segala rahsia dalam al-Quran, manusia tidak pernah termampu untuk membongkar rahsia al-Quran kerana rahsia itu tetap menjadi milik Allah).

“Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari balasan Allah), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (dari Allah)” (Ar-Rahman: 33)

Ayat al-Quran jelas memberitahu bahawa jin tidak mampu menembus keluar dari kawasan langit dan bumi. Jin pula hanya berlegar dan mengembara di kawasan bumi sahaja, tidak menembus keluar dari bumi. Atau langit juga membawa pengertian yang lebih luas iaitu alam semesta yang juga mustahil untuk ditembusi.

UFO yang didalangi jin dan syaitan itu tidak datang dari angkasa lepas, melainkan keluar dari pintu dunia ghaib yang terhasil di bumi atau black hole yang terhasil di bumi. Itu pun jika benar jin dan syaitan akan keluar bersama UFO di akhir zaman nanti. Alam ghaib itu pula wujud di bumi, bezanya hanya ia tidak dapat dilihat manusia menggunakan mata kasar. Segalanya hanya berlaku di bumi dan hanya Allah lebih mengetahui.

Namun, apakah yang membuka pintu dimensi berlainan ini? Berbalik kepada kajian yang dilakukan Ulf Leonhardt dan Paul Piwnicki iaitu pintu dimensi dapat dibuka dengan bantuan tenaga yang mencukupi. Kita ambil pula pendekatan ghaib, dosa dan pahala terhasil daripada kesan penggunaan tenaga yang dimanfaatkan iaitu secara positif atau secara negatif. Ia walaupun berlainan sudut pandangan, masih tetap tertakluk kepada konsep penggunaan tenaga manusia yang dijana melalui perbuatan.

Janakuasa Pasif dan Aktif

Kita faham yang piramid dan binaan-binaan berbucu mampu memanipulasi tenaga bagi menghasilkan vortex yang seterusnya bertindak seperti stargate, malah ia juga dibuktikan dengan eksperimen-eksperimen yang dibuat oleh pakar-pakar fizik.

Namun apakah jenis sumber tenaga yang diperlukan sekiranya piramid dan binaan-binaan berbucu ini berfungsi secara mistik? Maka, kita juga wajar mengambil pendekatan mistik dalam menjelaskan hal ini. Penulis hanya sekadar menyampaikan pandangan peribadi yang dipadankan dengan kajian pengkaji dari barat dan ia tidak semestinya betul 100 peratus.

Kita ambil sandaran ketiga, keempat dan kelima. Cuba fahami bahawa setiap perbuatan itu memerlukan tenaga untuk disempurnakan. Ia pula mungkin terdiri daripada hasil tenaga pasif atau tenaga aktif yang sama ada bersifat negatif atau positif.

Bersolat itu besar pahalanya, berjemaah pula lebih besar ganjaran pahalanya. Mengingati Allah dalam setiap keadaan juga mendatangkan pahala (sama ada ia berbentuk pahala kecil atau besar, hanya Allah yang menentukan).

Kita bersolat dengan niat, kita melakukannya dengan fokus, kita melakukannya secara aktif, dengan mengaktifkan setiap perkara rukun yang diwajibkan untuk menyempurnakan solat. Ia adalah hasil tenaga aktif yang berbentuk positif.

Manakala, bersedekah dan menjaga kebersihan pula kita boleh anggap sebagai amalan murni tanpa melalui proses tertib (pasif) yang juga mendatangkan pahala hasil penggunaan tenaga secara positif. Kita tidak perlu tertib mengikut rukun sepertimana solat dan haji untuk menyempurnakan amalan bersedekah dan menjaga kebersihan, hanya cukup dengan berniat ikhlas kerana Allah.

Kita lihat pula contoh tenaga pasif bersifat negatif. Ia adalah keadaan berlawanan dengan tenaga pasif positif. Contohnya kita mencerca orang lain dalam keadaan spontan, berpandangan serong dan enggan mengalah walaupun ternyata melakukan kesalahan, ia mungkin dilakukan secara tanpa niat tapi sudah cukup menyebabkan orang lain berkecil hati dan menyebabkan kita menanggung dosa (Allah Yang Maha Adil lebih mengetahui perihal dosa dan pahala). Kita boleh anggap bahawa ia adalah tenaga negatif yang pasif kerana kita melakukannya tanpa disedari.

Demikian adalah keadaan-keadaan yang menghasilkan tenaga pasif. Kembali pula kepada persoalan, mengapa Dajjal dan para syaitan iblis mahu kita membuat dosa walaupun sekecil-kecil dosa? Di sini, kita boleh membuat andaian bahawa Dajjal dan para iblis mengharapkan dosa dan tenaga negatif daripada kita sebagai kekuatan bagi mereka. Ia juga akan menghasilkan tenaga yang akan dimanipulasi oleh binaan-binaan yang diwariskan Dajjal. Bangunan itu pula dibina dengan kaedah geometri dan kejuruteraan yang khusus melalui kepakaran yang dipelajari oleh Dajjal. Kaedah geometri itu pula diwarisi oleh keturunan penyembahnya yang terus membina binaan yang mempunyai karekter yang sama dengan konsep ‘sacred geometry’ dan ‘sacred mathematics’. Bangunan-bangunan itu dibina dengan pengetahuan kejuruteraan mistik, maka ia juga mempunyai fungsi yang mistik, ia adalah elemen yang diperlukan bagi membolehkan penjanaan tenaga dilakukan.

Kiraan dalam sacred mathematics tidak hanya berkisar mengenai tambah, tolak, bahagi dan darab. Ia memerlukan kaedah pengiraan yang sangat kompleks dan berpandukan formula-formula matematik pelik yang rumit dan sukar untuk difahami. Namun, formula ini kerap digunakan untuk membina binaan Masonic, piramid moden, ukiran batu dan sebagainya. Ia adalah asas pengiraan bagi membina monumen-monumen ritual para penyembah Dajjal. Pengiraan ini mampu menghasilkan bentuk binaan yang tepat dari segi nisbahnya dengan kedudukan medan magnetik bumi iaitu menjadikan sesuatu binaan berada pada titik (Ley lines) yang tepat menghala kepada pusat vortex yang ada di ruang udara.

Jajaran ley lines pula boleh ditentukan dengan menggunakan kaedah matematik moden melalui fungsi matrix equation atau persamaan matriks. Namun ia masih perlu berpandukan beberapa pertukaran fungsi dan diadaptasi ke dalam formula-formula sacred mathematics.

Menurut pengkaji vortex bernama Richard Lefors Clarke, pengetahuan terhadap garisan grid bumi yang menjadikan medan magnetik sebagai titik-titik utama di setiap benua merupakan salah satu daripada pengetahuan yang sudah lama berkembang sejak zaman tamadun awal. Grid bumi terdiri daripada aliran garisan geometri di atas tenaga graviti yang terdapat di perut bumi.
Ley lines

Kami hanya mahu anda faham bagaimana tenaga itu dihasilkan dan dijana bagi membuka vortex yang akhirnya memberi kemenangan kepada Dajjal.

Apa jenis tenaga yang dimahukan Dajjal? Apa yang Dajjal buat supaya kita menyumbang tenaga kepadanya? Dajjal mengongkong minda kita melalui projek masterpiece mindcontrol supaya kita tidak henti-henti melakukan perbuatan yang menyumbang tenaga kepadanya untuk membuka pintu vortex. Dajjal mengongkong homunculus (fungsi memori sistem otak), Dajjal juga mengongkong jasad kita. Dia mahu kita jadi ‘tikus generator’ dalam sistem yang diciptanya untuk melawan Allah.

Kita sudah tahu binaan berbucu mampu memanipulasi tenaga, tapi bagaimana pula dengan ‘spike’ yang berbentuk piramid yang dipakai pada tangan? Spike ini lazim dipakai anak-anak muda sekarang (lazim dipakai penggemar muzik black metal dan sealiran dengannya), ia juga berbentuk seperti piramid yang melekat pada tubuh setiap kali dipakai, ia juga mampu mengalirkan tenaga untuk digandakan dengan piramid yang lebih besar. Kemampuannya mengalirkan tenaga adalah disebabkan bentuknya yang membolehkan ia bertindak sedemikian.

Dajjal mencipta sistem, manakala manusia pula menggerakkan sistem itu tanpa sedar disebabkan ada keseronokan yang terpampang dalam sistem itu dan terpengaruh dengan agenda mind control. Sistem itu pula berteraskan seks, hiburan, keseronokan melampau dan menjauhkan manusia daripada mengenal Allah. Dan, sistem itu pula bertindak sebagai ‘generator’ yang memerlukan ‘tikus-tikus’ berlari di dalamnya untuk menghasilkan tenaga yang diperlukannya. Ini bukanlah satu pandangan ekstreme, tapi adalah wajar jika kita tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah kepada diri sendiri dan paling penting kepada agama.

Jika tenaga pasif yang dihasilkan itu adalah secara spontan, ia sudah cukup untuk berfungsi sebagai input kecil bagi menghasilkan lot tenaga yang besar apabila bercantum dengan input-input kecil yang lain, bagaimana pula jika ia diiringi dengan perbuatan melampau yang boleh berubah bentuk menjadi tenaga aktif. Ia akan menjadi lebih berganda. Vortex akan jadi lebih besar.

Kelalaian manusia dalam menjaga perbuatannya juga akan menyebabkan manusia tergelincir daripada landasan dan menyumbang tenaga pasif negatif secara tidak langsung.

Satu sisi yang kita tidak harus pandang ringan, Dajjal sentiasa berusaha menjadikan manusia sebagai angkatan tenteranya dengan menggunakan kepakaran tipu daya yang dimilikinya. Ketika Dajjal keluar nanti, dia mungkin akan mencari penyumbang tenaga negatif terlebih dahulu, tidak kira yang kerap menyumbang secara pasif atau aktif. Ia adalah kerana lebih mudah untuk Dajjal memperdaya golongan yang tidak penah sedar akan agendanya. Dajjal kemudian akan berusaha pula mendekati golongan penyumbang tenaga positif untuk menyesatkan mereka. Dajjal hanya mahu memenangi hati manusia, walaupun dia tahu bahawa dia tidak akan menang menghadapi ketentuan Allah.

Kita kutip semula pendapat Brennan dan Clarke, manusia mampu menghasilkan tenaga vortex tidak kira walau di mana manusia itu berpijak. Tenaga itu pula akan berganda sekiranya kita berdiri di atas titik medan magnetik bumi. Maka, manusia sememangnya mempunyai keupayaan menyumbang tenaga bagi menghasilkan vortex.

Maka, mahukah kita menjadi orang yang dimenangi Dajjal? Kita akan dimenangi Dajjal jika berterusan menyumbang tenaga kepadanya. Dia pintar, dia tahu segala perihal mistik dan pandai memanipulasi segala peluang mistik yang ada dalam tidak kita sedar.

Apabila kita bercakap mengenai lokasi medan magnetik bumi, maka secara tidak langsung juga kita bercakap mengenai arah. Mari kita perhatikan arah-arah tenaga vortex semulajadi ini bergerak. Kita hanya ambil tenaga yang menyerupai vortex seperti puting beliung kerana ia adalah tenaga semulajadi yang diciptakan Allah supaya manusia dapat melihat hikmah daripada kekuasaan-Nya.
Taufan

Arah pergerakan bintang yang membentuk galaksi

Arah pergerakan tawaf

Ke mana arah puting beliung itu bergerak? Dalam kebanyakan rekod meteorologi di seluruh dunia, puting beliung bergerak mengikut pusingan berlawanan arah jam. Ia adalah vortex semulajadi yang ditunjukkan Allah kepada kita supaya kita berfikir. Kejadian puting beliung adalah fitrah alam semulajadi ciptaan Allah. Islam itu juga agama fitrah yang meletakkan manusia di atas landasan yang benar.

Maka, lihat pula arah ibadat tawaf yang dilakukan jemaah haji dan umrah di Tanah Haram, Baitullah, Kota Suci Makkah. Adakah arah tawaf itu sama dengan arah pusaran puting beliung? Berpusing berlawanan arah jam mengikut fitrah alam semulajadi? Bukankah jelas bahawa Islam itu adalah jalan yang meletakkan manusia di landasan yang difitrahkan? Bukankah tawaf juga memerlukan tenaga? Dan, adakah kita nampak seolah-olah ada pusaran tenaga positif di sekitar Kaabah? Amalan baik yang menghasilkan tenaga positif lah yang akan mengimbangi tenaga negatif yang terhasil. Inilah keseimbangan dalam konsep tenaga.

"Dan, Dia-lah yang telah meletakkan keseimbangan. Janganlah kalian melampaui batas keseimbangan." (Ar-Rahman: 6-7)

P/s : Saya ada senarai persoalan mengenai tenaga dan vortex ini.. Mengapa kubah masjid dibina bersegi empat, lapan, dua belas atau nombor² gandaan 4? Mengapa kita tenang di dalam monumen masjid tetapi tidak di monumen² lain seperti di KLCC dan sebagainya? Dimanakah titik medan magnetik terkuat di bumi? Kemanakah tenaga vortex ini menghala? Mengapa tawaf dilakukan 7 pusingan? Hehe..Cari dan anda akan menemui jawapannya insyaAllah..Semuanya berkaitan dengan vortex dan tenaga yang manusia keluarkan untuk sesuatu perbuatan..

No comments: