Pages

Wednesday, May 26, 2010

Maklumat tentang Yahudi




Empayar Alexander

Ketika Alexander the Great meninggal dunia pada tahun 323 SM, Timur Tengah terbahagi kepada dua; Empayar Ptolemeus di Mesir dan Empayar Seleucid di Syria. Jerusalem berada di bawah pengaruh Ptolemeus hingga tahun 198 SM. Di bawah pengaruh ini, ada beberapa pengaruh Helenis (Yunani) meresap masuk ke Jerusalem. Pada pemerintahan Alexander, bangsa Yahudi mendapat tempat terhormat kerana sokongan kepada perjuangan pembebasan yang dilakukan Alexander.

Akibat daripada amalan helenisasi (budaya dan bahasa Yunani) oleh Yahudi, pada tahun 200 SM, wujud Septuagint. Septuagint adalah kitab Perjanjian Lama (Old Testament) yang diterjemahkan ke dalam bahasa Yunani bagi kegunaan masyarakat Yahudi perantauan di Greek dan Rom. Adanya dua kitab yang berbeza bahasa ini menyebabkan konflik antara Yahudi ortodoks (mengekalkan bahasa Ibrani) dengan Yahudi yang berbahasa Helenis (tidak lagi mampu berbahasa Ibrani). Ini dibuktikan dengan wujudnya Dewan Gereja Yavne atau Dewan Gereja Yamnia pada 90-95 M. salah satu keputusan penting dewan ini adalah menolak Naskah Perjanjian Lama bahasa Yunani yang dipanggil Septuaginta LXX.

Pada 175 SM, Antiochus Epifanes ditabal menjadi Raja Seleucid yang berpusat di Syria. Kitab I Makabe menceritakan tentang Antiochus sebagai raja yang sombong dan bergelar “Epifanes” yang bermaksud manifestasi atau gambaran kepada dewa. Antiochus adalah orang Macedonia berketurunan salah seorang panglima yang mendampingi Alexander. Nama “Seleucid” atau “Seleuca” berasal daripada “Seleucus” iaitu salah seorang perwira kepada Alexander. Selepas kematian Alexander, Seleucus menabal dirinya menjadi raja di wilayah timur sebahagian jajahan Alexander. Pada 301 SM Seleucus menguasai seluruh wilayah Yunani (sekarang Turki) dan menjadikan kota Antioch di Siris sebagai ibu kota kerajaannya. Sementara itu, Ptolomeus mengambil wilayah barat pemerintahan Alexander iaitu Mesir dan sekitarnya termasuk Palestine.

Kedua-dua dinasti ini bertindak berperang satu sama lain hampir satu abad. Akhirnya, Raja Antiochus III menguasai Jerusalem lalu memeterai perjanjian damai dengan keturunan Ptolemeus di Mesir pada 195 SM. Dalam perjanjian itu, Raja Antiochus III mengahwinkan puterinya Cleopatra dengan keturunan Raja Ptolemeus.
Empayar Roman

Orang Yahudi Helenis yang berada di bawah Ptolemeus sebelum ini amat berbeza pendapat dengan Rom. Oleh kerana Raja Antiochus dari Yunani bertindak memihak kepada Yahudi Helenis, pertentangan ini memuncak pada 70 M di mana para Yahudi haluan radikal, iaitu kumpulan Zealot melancarkan Pemberontakan Yahudi Pertama kepada penguasa Rom.

Kaum Zealot adalah kaum ekstrem Yahudi. Mereka berusaha menjalankan pemberontakan bersenjata ke atas Rom. Asal-usul kumpulan ini adalah ketika Yahudi Makkabi (Judas Maccabee) berjuang menetang pendudukan Seleucid ke atas Jerusalem. Tiga pecahan Yahudi yang lain ketika itu, Pharisees, Sadducees dan Essenes mengambil sikap bertentangn dengan kaum Zealot. Mereka lebih gemar akan kedamaian dan membawa diri ke gurun yang sepi bagi membentuk suatu komuniti. Ia seakan mirip kepada monistik dan sufi dalam Islam.

Ketika itu, fahaman Kristian lahir. Walau bagaimanapun, fahaman Kristian dianggap oleh Roman dan Yunani sebagai salah satu cabang daripada agama Yahudi dan tidak terlepas daripada penindasan orang Roman. Sehingga pada zaman Kaisar Rom bernama Nero, kota Rom dilanda kebakaran besar yang menghancurkan tiga perempat daripada kota itu. Nero menuduh orang Kristian sebagai punca kejadian itu. Oleh itu, Nero memerintahkan supaya tenteranya menangkap dan membunuh semua orang Kristian. Para tawanan dibiarkan digigit oleh anjing sehingga mati, disalib dan dibakar hidup² di istana sambil dilihat semua rakyat jelata.
Illustrasi Solomon’s Temple oleh barat

Apabila kaum Zealot semakin kuat, mereka berjaya menguasai Jerusalem daripada tentera Rom pada 66 M. Tentera Rom bertindak dengan mengepung Haikal Nabi Sulaiman (Solomon’s Temple) di Jerusalem selama 4 tahun bermula dari tahun 66 – 70 M. kaum Zealot melarang semua Yahudi menyerah diri kepada Rom. Mereka membunuh siapa sahaja yang mahu keluar dari Jerusalem dan menyerah diri.

Oleh kerana terkepung, penyebaran wabak dan kebuluran, ramai orang Yahudi yang mati setiap hari. Orang yang mati tersebut akan dihantar keluar dari Jerusalem. Seorang Rabi Yahudi bernama Yochanan ben Zakai telah berpura-pura mati dan dibawa keluar dengan bantuan murid²nya menggunakan keranda. Selepas keluar dari Jerusalem, Yochanan keluar dari keranda dan menyerah diri kepada tentera Roman dan kemudian mendapat pengampunan daripada Jeneral Vespasian.

Lama kelamaan, tentera Roman semakin hilang sabar. Tentera Roman pimpinan Jeneral Vespasian yang diwarisi Titus Vespasian bertindak masuk dan menjajah Jerusalem. Haikal Sulaiman musnah dalam kebakaran. 500 orang Yahudi disalib setiap hari. Pada ketika ini, Flavius Josephus menyerah diri dan diberi pengampunan. Dia dianggap sebagai pengkhianat oleh orang Yahudi. Josephus ditugaskan oleh jeneral Titus sebagai orang tengah untuk berunding dengan pemberontak Yahudi supaya tidak melanjutkan perang. Namun orang Yahudi lebih suka untuk mati berperang. Pada hari² terakhir kehancuran Jerusalem, Josephus meminta izin supaya Titus menyelamatkan kaum wanita dan anak² Yahudi. Josephus Berjaya menyelamatkan 190 orang wanita dan anak² Yahudi. Pada hari itu juga, semua bangunan dan kitab² Yahudi hangus terbakar. Semua perkakas ibadat dirampas dan dibawa ke Roman. Kemudian, pihak Rom terus menindas semua yang berbau Yahudi dan Vespasian menjadi Kaisar Rom selepas Nero.
Flavius Josephus

Dalam keadaan ini, Flavius Josephus mula menulis inskripsi Yahudi yang baru berupa tiga buah buku yang bertajuk Jews Wars, Against Apion dan Antiquities of the Jews. Kitab² terus menjadi rujukan utama Yahudi kerana kitab² lainnya telah semua musnah bersama Jerusalem. Oleh itu, Josephus yang dahulunya dikatakan pengkhianat telah diangkat menjadi wira, menjadi contoh dan puji²an orang Yahudi sekarang.

(Sumber Utama : Tulisan Wisnu Sosongko)

P/s : Banyak lagi yang akan menyusul..

No comments: