Pages

Thursday, January 14, 2016

Aksi manja lelaki, beruang dirakam

Seorang lelaki bermanja dengan seekor beruang yang bersaiz tiga

14 Januari 2016 1:08 AM

Seorang lelaki bermanja dengan seekor beruang yang bersaiz tiga hingga empat kali lebih besar daripadanya di sebuah pusat perlindungan haiwan di Rusia, baru-baru ini. Agensi
MOSCOW 13 Jan. - Seorang lelaki Rusia layak digelar manusia luar biasa selepas berjaya mendekati dan memeluk seekor beruang gergasi, yang sememangnya ter­kenal sebagai haiwan paling bahaya di dunia.
Menurut portal Mail Online, aksi ‘manja’ tersebut dirakam di sebuah taman perlindungan haiwan di sini baru-baru ini.
Dalam video tersebut, lelaki yang memakai baju berwarna kelabu dan seluar jean itu dirakam memeluk haiwan ganas terbabit yang bersaiz tiga atau empat kali ganda daripadanya sambil sesekali mengusap kepala beruang berkenaan.
Pada satu ketika, beruang itu dilihat memeluk bahu lelaki berkenaan, menggesel kepalanya pada dada lelaki tersebut serta menjilat pipinya.
Tindakan beruang itu membuatkan lelaki berkenaan ketawa besar.
Beruang itu juga kelihatan ‘selesa’ sepanjang bersama lelaki tersebut.
Identiti lelaki itu tidak dinyatakan, namun berdasarkan kesan lumpur pada pakaiannya, dia mungkin bekerja di pusat perlindungan haiwan tersebut dan sudah biasa mengendalikan haiwan ganas berkenaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/aksi-manja-lelaki-beruang-dirakam-1.179376#sthash.v3cwfqcM.dpuf

Operasi mencari pesawat MH370 temui bangkai kapal karam di dasar lautan



AGENSI - IMEJ bangkai kapal karam yang berjaya dikesan pada kedalaman 3,700 meter di dasar Lautan Hindi semasa operasi mencari pesawat MH370.


SYDNEY – Pasukan mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 di Lautan Hindi me­nemui sebuah kapal yang karam pada kurun ke-19, namun sehingga kini masih tiada tanda-tanda bangkai pesawat ber­kenaan di kawasan pencarian.
Penemuan bangkai kapal pada kedalaman 3,700 meter itu adalah yang kedua selepas kerja-kerja pencarian pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal sejak dilaksanakan dua tahun lalu.
Pencarian di dasar laut yang diketuai oleh Australia itu merupakan kerja-kerja operasi paling mahal pernah dikendalikan di dasar laut yang seluas 120,000 kilometer persegi.
“Kerja-kerja mencari tersebut dijangka berakhir pada pertengahan tahun ini,” kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) yang menolak bahawa sebarang pencarian akan diperluaskan tanpa petunjuk baharu.
Menurut JACC, sekiranya tiada maklumat baharu yang mengenai lokasi spesifik pesawat itu, kerajaan bersetuju untuk tidak melakukan sebarang usaha memperluaskan kawasan pencarian tersebut.
Kawasan pencarian itu tertumpu di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi di mana pesawat itu dipercayai terhempas.
Satu serpihan pesawat itu pernah ditemui terdampar di Pulau Reunion di timur Madagascar pada Julai tahun lalu sekali gus menjadi bukti kukuh bahawa pesawat malang tersebut terhempas ke dalam laut.
Pesawat MH370 hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 8 Mac 2014.
Misi pencarian pada Mei tahun lalu menemui sebuah bangkai kapal kargo yang dipercayai karam pada abad ke-19, manakala penemuan terbaharu, 19 Disember lalu dipercayai sebuah kapal besi yang karam pada abad sama. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3xBfqRXHy 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, January 13, 2016

Nikola Tesla genius teknologi moden

Nikola Tesla

NORHANA FARIZA HARUN
Nikola Tesla
“Biarkan masa depan beritahu perkara sebenar dan nilai setiap satu berdasarkan hasil kerja dan pencapaiannya. Masa kini adalah milik mereka, tetapi masa akan datang yang saya usahakan adalah milik saya. Saya tidak kisah jika idea dicuri, kerana mereka tidak mempunyai apa-apa asas sendiri,” - Nikola Tesla
Nikola Tesla adalah salah seorang saintis dan jurutera yang memainkan peranan utama dalam pembangunan elektro magnet dan penemuan saintifik lain ketika zamannya.
Beliau terkenal kerana sumbangannya kepada reka bentuk arus (AC) bagi sistem bekalan elektrik moden. Malah, kepintarannya dalam arus elektrik membuatkannya digelar sebagai seorang pembuka jalan bagi teknologi moden.
Semasa hayatnya, Tesla mencipta lampu neon, induksi motor Tesla, gegelung Tesla dan membangunkan arus (AC) sistem bekalan elektrik termasuk motor serta pengubah, dan elektrik 3 fasa.
Kehidupan peribadi
Nikola Tesla dilahirkan pada 10 Julai 1856 dalam sebuah keluarga Serbia di Smiljan Lika, Croatia. Anak kepada pasangan Milutin Tesla dan Duka Tesla ini merupakan anak keempat daripada lima beradik.
Pada tahun 1861, Tesla menghadiri sekolah rendah di Smiljan di mana beliau belajar bahasa Jerman, aritmetik dan agama.
Sejak di bangku sekolah rendah lagi, beliau merupakan seorang pelajar yang bijak. Ketika belajar di Higher Real Gymnasium pada tahun 1870, Tesla menamatkan pelajaran dalam tempoh tiga tahun berbanding empat tahun yang diperuntukkan.
Difahamkan, Tesla mempunyai keupayaan untuk menggambarkan imej di kepalanya dan sering menggambarkan ciptaan mekanikal serta teori secara spontan.
Malah apabila mengusahakan sesuatu projek, beliau jarang sekali melukis pelan tetapi hanya bergantung pada imej yang berada dalam fikirannya.
Kerjaya awal
Sekitar tahun 1880, Tesla berpindah ke Budapest di mana beliau bekerja untuk sebuah syarikat telegraf. Di sini, beliau belajar mengenai turbin berkembar dan berpeluang membantu membangunkan peranti yang menyediakan amplifikasi apabila menggunakan telefon.
Dua tahun kemudian, Tesla berpindah ke Paris dan bekerja untuk Syarikat Continental Edison. Di sini pula, beliau menambah ilmunya dalam pelbagai jenis peranti yang digunakan oleh syarikat itu.
Malah, beliau turut mengilhamkan induksi moto dan peranti yang digunakan untuk memutarkan medan magnet.
Berbekalkan surat sokongan, Tesla ke Amerika Syarikat pada 1884 untuk bekerja dengan syarikat  Edison Machine Works. Beliau menjadi salah seorang ketua jurutera dan pereka.
Tesla telah diberi tugas untuk memperbaiki sistem elektrik penjana arus terus, dan mendakwa ditawarkan ASD50,000 (RM220,000) jika beliau boleh memperbaiki penjana motor.
Namun, selepas menamatkan tugas itu beliau tidak menerima sebarang bayaran dan ia sekali gus menjadi antara faktor persaingannya dengan Thomas Edison. Akhirnya, Tesla meletak jawatan.
Ciptaan Tesla
Sekitar tahun 1885, George Westinghouse, ketua Syarikat Elektrik Westinghouse membeli kesemua hak paten unyuk sistem dynamo, transformer dan motor Tesla.
Westinghouse kemudiannya menggunakan arus AC Tesla untuk menyalakan Ekspo Columbia Dunia di Chicago pada 1893.
Pada 1886, Tesla menubuhkan syarikat namun ia boleh dikatakan tidak berjaya kerana tidak mendapat sokongan dan kepercayaan terhadap AC.
Setahun kemudian, beliau mengusahakan X-Ray dan berjaya mengambil gambar tulang tangannya. Namun, beliau juga sedar akan kesan sampingan akibat menggunakan radiasi. Ciptaannya tidak mendapat liputan meluas dan akhirnya ia dilupakan.
Pada tahun 1891, Tesla menjadi warganegara Amerika dan ia merupakan satu tempoh kemajuan terbesarnya dalam pengetahuan elektrik.
Tesla mempamerkan potensi pemindahan tenaga tanpa wayar dan kapasiti untuk penjanaan kuasa AC.
Beliau kemudiannya berpindah ke Colorado Springs pada 1899, di mana beliau mempunyai ruang untuk membangunkan eksperimen voltan tinggi. Ia termasuk pelbagai eksperimen radio dan penghantaran elektrik.
Kematian
Ketika bekerja, Tesla merupakan seorang yang tekun dan gila kerja. Dalam sehari, beliau tidak kisah jika hanya tidur selama dua jam.
Ketekunannya juga membuatkan beliau tidak berkahwin. Pada 7 Januari 1943, Tesla meninggal dunia ketika berusia 86 tahun di sebuah bilik hotel di New York.
Selepas kematiannya, Persidangan Agung Timbang dan Ukur menggunakan simbol T (Tesla) sebagai unit ukuran kekuatan medan magnet bagi menghormatinya sumbangannya dalam dalam arus elektrik.

Pokok berjalan di Amazon

WARTAWAN SINAR HARIAN

PERCAYA
 atau tidak, di hutan Amazon terdapat spesies pokok yang boleh beralih dari tempat asalnya dengan sendiri.
Spesies flora yang memiliki kemampuan unik ini dikenali sebagai Socratea exorrhiza atau terkenal dengan jolokan pokok berjalan atau Cashapona.
Ia merupakan sejenis pokok palma yang tumbuh di dalam hutan hujan tropika di Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
Berdasarkan rekod, pokok ini boleh tumbuh setinggi 25 meter dengan ukuran batangnya mencapai 17 sentimeter ukur lilit.
Pokok ini dikatakan mempunyai sistem akar yang rumit dan boleh berfungsi sebagai kaki. Akar tersebut membantu pokok ini untuk terus berpindah mengikuti cahaya matahari.
Dianggarkan pokok ini boleh bergerak 2 hingga 3 sentimeter setiap hari dan mencapai 20 meter setahun.
Ia bergerak dengan cara menumbuhkan akar baharu di tempat yang terjangkau sinar matahari dan akar yang telah tua akan mati.
Meskipun begitu, ramai saintis yang tidak mempercayai cerita jika pokok tersebut boleh bergerak ke arah matahari.
Mereka menganggap tumbuhan tidak boleh berpindah kecuali kerana didorong oleh angin. - Livescienc
e

Monyet terkecil di dunia

Monyet terkecil di dunia
12 JANUARI 2016

Pygmy Marmoset adalah spesies monyet terkecil di dunia. Ia berasal dari hutan hujan Amazon dan hanya memiliki ketinggian 15 sentimeter (sm).
Bentuk badannya yang kecil memudahkannya bertahan hidup lebih lama di dalam hutan.
Seperti monyet lain, Pygmy Marmoset juga melompat dan bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain.
Ia menggunakan cakar serta ekornya untuk berpaut di dahan pokok, manakala kepalanya boleh berpusing sehingga 180 darjah bertujuan memudahkannya mengawasi kawasan sekitar ketika mencari makanan.
Haiwan kecil ini pula tidak menggemari pisang sebaliknya ia menjadikan getah pokok, serangga serta buah-buahan hutan sebagai makanannya. - Amusingplane
t

Restoran dalam pesawat

Restoran dalam pesawat

12 JANUARI 2016 
SEORANG
 petani di China bukan sahaja memperkenalkan pesawat Boeing 737 buatan sendiri, malah turut mempunyai rancangan untuk mengubahnya menjadi sebuah restoran.
Meskipun Wang Lin, 61, membesar dalam keadaan tidak berpendidikan dan buta huruf, namun dia mampu mengetuai kumpulannya dalam pembinaan replika pesawat itu di atas tanah dekat wilayah Henan.
Menurutnya, keputusan untuk membina replika tersebut dibuat selepas dia belajar kejuruteraan mekanikal dan kerja logam pada penghujung 2013.
“Rangka kapal terbang berukuran 35 meter (m) panjang dengan lebar sayap 38m. Ia menelan kos kira-kira ASD22,000 (RM97,000) untuk dibina,” katanya.
Wang berkata, langkah seterusnya untuk ‘pesawat palsu’ berkenaan adalah menjadikan ruang dalamannya sebagai sebuah restoran yang berfungsi sepenuhnya. – Up
i

Gempar anak babi bermuka monyet


Sedutan video anak babi bermuka monyet yang viral

HAVANA - CUBA . Penduduk di bandar Ciego de Avila gempar dengan kelahiran seekor anak babi yang memiliki muka seakan monyet.
Menurut laporan Dailymail, anak babi tersebut memiliki rahang beruk yang sama dengan beberapa kes kelahiran dan penemuan serupa di China pada 2008.
Haiwan tersebut memiliki hidung yang lebih pendek dan dahi berlekuk menyerupai monyet.
Sebuah video yang dirakam penduduk tempat juga telah dimuat naik pada awal Januari lalu selepas haiwan tersebut dipamerkan untuk umum.
Difahamkan, haiwan tersebut mati selepas empat hari.
Menurut klinik veterinar tempatan, rupa aneh anak babi tersebut berkemungkinan disebabkan penyakit Holoprosencephaly, sejenis kecacatan otak dan menyebabkan bentuk muka atau kepala haiwan berubah dengan mendadak.
Pada tahun 2008, seekor anak babi bermuka monyet juga telah ditemui di bandar Xi Ping di China.
Haiwan tersebut juga mati tidak lama kemudian
.

Tuesday, January 12, 2016

Arab Saudi negara ketiga 'paling gembira'

ISNIN, 11 JANUARI 2016 @ 12:05 PM


 GAMBAR sebahagian daripada pembangunan yang sedang dalam perancangan, dengan 15 peratus daripada 70 bandar batu persegi telah dibina di Arab Saudi. - Foto ihsan http://www.selsor.com/news/cedar-is-the-new-selsor-distributor-for-saudi-arabia/


RIYADH: Arab Saudi berada di tempat ketiga negara paling gembira di dunia dalam satu tinjauan pendapat yang hampir tidak menyenaraikan negara Eropah. Di sebalik kritikan kumpulan hak asasi manusia, dan berpecah berikutan ketegangan agama antara mazhab, Arab Saudi cuma dipintas Fiji dan Colombia yang berada di dua tempat teratas. Pada suhu purata 26 darjah Celsius pada Januari, Fiji yang indah memang ada sebab dipilih negara paling gembira tetapi Colombia yang berdepan peperangan pesaing kartel dadah dan rasuah, adalah negara yang berada di tempat pertama senarai daripada 68 negara. Malah Mexico berada di tempat kelapan negara paling gembira di dunia di sebalik bilangan kematian di negara itu mengatasi gabungan angka korban di Afghanistan dan Iraq antara 2007 dan 2014 disebabkan keganasan kumpulan penjenayah. Penyelidikan dilakukan WIN/Gallup International, persatuan tinjauan pendapat yang menemubual 66,040 penduduk di 68 negara. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113185

Meteor dipercayai lebih tua dari bumi ditemui



PERTH - AUSTRALIA . Batu meteor yang dipercayai berusia lebih tua dari bumi dijumpai di Australia.
Batu angkasa lepas itu dikatakan jatuh dari atmosfera ke bumi pada 27 November tahun lalu dan disedari oleh penduduk setempat di William Creek dan Marree yang terletak di selatan Australia.
Dalam pada itu, Desert Fireball Network yang memantau meteor di kawasan pedalam turut menyedari perkara tersebut.
Memetik Metro.uk, pakar mengambil masa lebih tiga hari untuk mencari batu berkenaan.
Meteor berkenaan kemudiannya dijumpai tertanam 16.5 inci di dalam tasik garam lumpur beberapa hari kemudian dan dibersihkan.
Batu berkenaan dipercayai berusia lebih 4.5 juta tahu lalu dan dianggarkan lebih tua dari usia bumi.
Sementara itu, Phil Bland dari Universiti Curtin berkata, ia adalah usaha mengagumkan dari kumpulan penyelidik.
"Penemuan meteor ini memberi maksud istimewa terhadap kamera pemerhatian yang digunakan untuk mengira posisi meteor yang jatuh ke bumi serta memberi maklumat penting untuk kajian masa depan.
"Ia menunjukkan bahawa mesin gergasi yang dibina benar-benar berkesan," katany
a

'Kembar' dalam perut remaja lelaki


Narendra Kumar bersama "kembarnya" yang dibuang

ALLAHABAD - INDIA. Seorang remaja yang sering mengadu sakit perut terkejut selepas diberitahu punca penyakitnya itu adalah disebabkan oleh "kembarnya" yang hidup didalam perutnya sejak dia dilahirkan.
Doktor yang merawat Narendra Kumar, 18, menjumpai  janin  yang mempunyai 2.6 kg jisim tulang, rambut serta gigi di dalam abdomen remaja itu.
Menurut doktor Hospital Swaroop Narayan di utara India di Uttar Pradesh, Dr Rajeev Singh  berkata, ia telah hidup seperti parasit dalam badan remaja berkenaan sejak dia dilahirkan.
"Keadaan tersebut berlaku ketika peringkat awal kehamilan kembar apabila salah satu fetus memasuki fetus yang lain melalui tali pusat.
"Ia menjadi parasit dan akan 'hidup' di dalam kembar yang lagi satu," katanya dipetik MailOnline.
Narendra menderita sakit dan sering muntah-muntah malah turut hilang berat badan sejak bertahun lalu namun keluarganya gagal mengetahui punca mengapa berlaku demikian.
Perkara itu hanya diketahui selepas doktor melakukan pembedahan pada Isnin dan menemui janin tersebut yang menjadi punca penyakitnya itu.
Sementara itu, bapa remaja itu, Prem Chandra berkata, dia berasa lega kerana penyakit anaknya itu sembuh.
"Ia telah menyeksanya sejak bertahun dulu dan  kini telah dibuang. Saya berasa lega dan kini dia boleh ke sekolah dan mampu menjalani kehidupan seperti biasa," ujarnya
.

Tiga jam beratur dapatkan kalendar percuma


Orang ramai terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan kalendar percuma.

SHANDONG - CHINA . Penduduk di bandar Shandong sanggup beratur lebih dari tiga jam semata-mata untuk mendapatkan kalendar dinding percuma.
Memetik laporan NetEase, orang ramai mula membentuk barisan sejak jam 7.00 pagi untuk mendapatkan kalendar percuma yang diberikan oleh seorang peniaga dari Liaocheng.
Kalendar tahun monyet percuma tersebut diberikan oleh peniaga tersebut yang membuka sebuah gerai di tengah-tengah bandar itu sebagai salah satu usaha untuk mempromosikan perniagaannya.
Apa yang menarik, orang ramai sanggup beratur lebih dari tiga jam di dalam cuaca sejuk kurang dari 5 darjah celsius serta terpaksa berdepan dengan pencemaran udara semata-mata untuk mendapatkan kalendar percuma yang harganya hanyalah 20 yuan.
Berita mengenai sambutan luar biasa oleh penduduk di China untuk mendapatkan barangan percuma bukanlah sesuatu yang baru.
Sebelum ini, media melaporkan orang ramai beratur lebih dua kilometer untuk mendapatkan nasi dan minyak percuma
.

2 calon payung emas

Taif: Dua wanita yang bermadu bertindak meminang dan mengahwinkan suami mereka yang sudah tua sebagai cara untuk menzahirkan cinta mereka kepadanya.
Awad bin Owaimier Al Dhuwaibi yang berusia 70-an berkata, dia amat terkejut apabila dua isterinya menawarkannya isteri ketiga.
“Saya mula menyangka mereka berjenaka. Tetapi mereka yakinkan saya bahawa mereka ikhlas.
“Mereka memberitahu bahawa mereka mahu mencari isteri muda untuk saya kerana mereka sayangkan saya dan mahukan saya gembira,” kata Awad kepada akhbar Okaz.
“Mereka mengadakan majlis kahwin itu minggu lalu dan saya kini berbulan madu. Saya tidak akan lupa apa yang mereka lakukan kepada saya,” katanya kepada wartawan di Taif, bandar di barat Saudi. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2016 @ 7:01 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106299#sthash.4tvpVuU4.dpuf

Monday, January 11, 2016

Robot tunggang motosikal mahu pecah rekod Valentino Rossi


Mesin penunggang Motobot berhasrat memecahkan rekod litar milik
Mesin penunggang Motobot berhasrat memecahkan rekod litar milik juara MotoGP, Valentino Rossi. AGENSI
LONDON 10 Jan. – Syarikat permotoran, Yamaha bersama syarikat robot, SRI International mengumumkan berjaya membina robot penunggang motosikal dan bersedia untuk memadamkan rekod litar milik juara MotoGP, Valentino Rossi, tahun depan.
Mail Online melaporkan, penunggang yang dikenali sebagai Motobot itu dicipta untuk menunggang motosikal mengelilingi litar pada kelajuan paling tinggi.
Yamaha memberitahu, ciptaan terbaharu itu juga bakal digunakan untuk meningkatkan lagi keselamatan penunggang, selain memberi bayangan robot berkenaan merupakan produk perniagaan baharu pada masa depan.
“Matlamat akhir Motobot adalah untuk memadam rekod litar milik Rossi.
“Membina robot penunggang motosikal merupakan cita-cita kami. Untuk merealisasikannya, kami menjalin kerjasama dengan SRI International, syarikat kajian dan pembangunan utama dunia,” kata Pengarah Strategik Pembangunan Perniagaan Yamaha Motor Ventures, Amish Parashar.
Parashar berkata, projek Motobot sedikit sebanyak memberi kebaikan dari segi pengumpulan data visual operasi permotoran dan hubungan penunggang dengan sifat kenderaan bagi menghasilkan kenderaan yang lebih selamat pada masa depan.
“Kami juga berharap ciptaan ini akan menjadi perintis kepada pembinaan teknologi kenderaan tanpa pemandu.” ujarnya lagi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/robot-tunggang-motosikal-mahu-pecah-rekod-valentino-rossi-1.178303#sthash.nKvbkjVO.dpuf

Majikan berhati mulia


Wasiatkan harta kepada pekerja kilang

Piero Macchi
Piero Macchi
ROME 10 Jan. - Pekerja-pekerja di sebuah kilang di Itali terkejut dan gembira apabila menerima bonus Krismas yang sebelum ini tidak dijangka, selepas syarikat berkenaan menerima sekeping cek bernilai ribuan euro yang diwasiatkan oleh majikan mereka yang meninggal dunia pada Jun lalu.
Berdasarkan laporan akhbar Corriera della Sera semalam, Piero Macchi yang merupakan pengasas syarikat Enoplastic yang menghasilkan tudung botol, gabus sintetik, dan label untuk botol minuman, secara senyap menukar wasiatnya sebelum meninggal dunia.
Dalam wasiatnya, Macchi menghadiahkan wang berjumlah 1.5 juta euro (RM6.63 juta) kepada pekerja di kilang syarikat itu di Bodio Lomnago, Banjaran Alps di Itali.
Anak Macchi, Giovanna yang kini Pengurus Bersama Enoplastic berkata, perkara itu diuruskan ibunya, Carla.
“Ibu turut menghantar sepucuk surat terima kasih dengan cek-cek yang diberikan kepada setiap pekerja,’’ katanya.
Cek berkenaan dikeluarkan sebelum Krismas dan setiap pekerja menerima antara 2,000 euro (RM8,845) hingga 10,000 euro (RM44,228) mengikut tahun perkhidmatan selain beberapa pekerja mendapat lebih banyak bonus daripada sepatutnya kerana kesempitan hidup.
Macchi menubuhkan Enoplastic pada 1957 dan mengeksport produknya ke lebih 80 negara. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/majikan-berhati-mulia-1.178301#sthash.sMDj4xpZ.dpuf

Sunday, January 10, 2016

Hantar pau guna Lamborghini

Chengdu (China): Seorang peniaga pau di sini menghantar sendiri 100 pau yang dipesan setiap pelanggannya, dengan kereta mewah Lamborghini.
Peniaga itu yang namanya tidak didedahkan berkata, dia baru sahaja memulakan perniagaan pau itu minggu lalu dan penghantaran kuih berkenaan secara percuma kepada pelanggannya adalah satu daripada cara dia menarik minat pelanggan.
Menurutnya, dia sebelum ini mempunyai beberapa bar sebelum menceburi perniagaan pau.
“Saya belajar cara meningkatkan perniagaan menerusi bar yang saya kelolakan. Dengan menggunakan Lamborghini untuk menghantar pau pesanan pelanggan, saya yakin kepercayaan mereka terhadap pau keluaran saya akan meningkat,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2016 @ 5:08 AM


LELAKI berkenaan menjinjing pau pesanan pelanggan dengan kereta mewahnya di belakang.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106158#sthash.ooyEyrVj.dpuf

Saturday, January 9, 2016

Idea dari Korea

Melaka: Minat yang mendalam terhadap seni lukisan mendorong seorang arkitek menghasilkan lebih 500 lukisan lima dimensi (5D) sejak 27 tahun lalu yang kemudian dikongsi dengan orang ramai di Muzium 5D Art Melaka di Lorong Bukit Cina, di sini.
Sunny Goh berkata, dia mula menyedari memiliki bakat itu apabila secara spontan melukis gambar botol tiga dimensi (3D) pada kaki lima jalan yang dilaluinya ketika melancong di Korea Selatan pada 1989.
Katanya, tiga hari sebelum pulang ke Malaysia, dia berasa amat teruja apabila melihat laporan berita mengenai orang ramai di negara itu yang tertarik dengan lukisan botol 3D dihasilkannya.
“Memang teruja kerana itu adalah lukisan saya, namun saya hanya mendiamkan diri kerana perbuatan itu sebenarnya menjadi satu kesalahan di negara berkenaan.
“Sejak itu saya terus menghasilkan lukisan 3D di jalanan di negara yang dilawati untuk mendapatkan kepuasan dan berkongsi hasil seni itu dengan masyarakat tempatan.
“Saya memberanikan diri dengan meninggalkan maklumat mengenai butiran diri pada lukisan dan mendapat maklum balas luar jangkaan apabila dihubungi individu yang tertarik bagi mendapatkan khidmat saya menghasilkan lukisan berdimensi.
“Antara pihak yang menghubungi saya termasuklah dari Jepun, Australia, Kemboja, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Taiwan dan China,” katanya..
Goh berkata, dia kemudian berbincang dengan rakan kongsinya untuk membuka syarikat Star 5D Art Studio bagi mengembangkan lagi bakatnya dan membuka muzium lukisan berdimensi pertama mereka, 3D Art Exhibition di Ipoh, Perak.
Menurutnya, muzium 3D itu mendapat sambutan yang luar biasa daripada pengunjung membuatkan mereka bersetuju untuk membuka cawangan kedua iaitu muzium 5D Art Paradise di Taiping, Perak, sebelum Melaka.
Arkitek itu berkata, lukisan berdimensi dipamerkan bukan saja menarik malah memberikan peluang kepada pengunjung untuk berimaginasi dan mengambil gambar mengikut sudut yang menarik.
“5D Art Melaka adalah bangunan rumah kedai dua tingkat yang mempunyai 44 ruang, menempatkan 77 lukisan berdimensi bagi membolehkan pengunjung berimaginasi umpama sebahagian daripada lukisan.
“Semua lukisan ini berbeza dan dihasilkan saya sendiri yang dibantu 10 pekerja yang mempunyai kemahiran melukis.
“Kami mengambil masa empat bulan untuk menyiapkan lukisan kerana ia memerlukan ketelitian dan kesabaran bagi mendapatkan kualiti terbaik.
“Kami menyasarkan seramai 100,000 pengunjung singgah ke muzium ini bagi tempoh enam bulan pertama ia dibuka kerana Melaka adalah destinasi percutian pilihan pelancong tempatan dan luar negara,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 January 2016 @ 5:09 AM

GOH bersama rakannya Catrin Hoo (kanan) mempromosikan Muzium 5D Melaka di Bukit Cina.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/105897#foto

'Nenek' berusia tiga tahun

Gambar kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang kelihatan seperti nenek ini mendapat perhatian puluhan ribu pengikut Twitter apabila ia ditweet semula 27,000 kali serta mendapat 36,000 ‘like’.
Rupa Roey, 3, dari Ohio, selepas dimekap ibu saudaranya yyang mendapat perhatian ramai di Twitter. - Foto Twitter
Kanak-kanak ini yang muncul di Twitter dengan nama Roey di Ohio, Amerika Syarikat, disolek ibu saudaranya, Samantha Parsons, yang kemudian memuat naik gambar ini ke Twitter, Selasa lalu.


Gambar Roey ditweet semula 27,000 kali serta mendapat 36,000 ‘like’. - Foto Twitter 
Samantha sedang menjaga Roey apabila kanak-kanak itu melihat dia memakai maskara yang kemudian meminta dia juga disolek. - Daily Mail
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2016 @ 7:46 PM

Samantha Parsons dari Ohio, Amerika, yang menyolek anak saudaranya berusia tiga tahun hingga kelihatan seperti wanita tua. - Foto Twitter
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/105759#foto

Kura-kura gergasi didakwa berusia 183 tahun



JOE Hollins mengakui sejak Jonathan mengamalkan corak pemakanan yang sihat, kesihatannya semakin bertambah baik. - AGENSI


SAINT HELENA, Lautan Atlantik – Seekor kura-kura jantan yang dipelihara di sebuah rumah ladang milik Gabenor Saint Helena, Spencer Davis di kepulauan Saint Helena di sini didakwa telah berusia 183 tahun.
Kura-kura bernama Jonathan itu berasal dari Kepulauan Seychelles, Victoria dan didakwa berada di pulau tersebut sejak akhir abad ke-19.
Menurut Davis, kura-kura itu diserahkan oleh gabenor kepulauan Seychelles bersama tiga ekor kura-kura lain kepada keluarganya sebelum beliau sendiri memelihara haiwan berkenaan.


JONATHAN kini diberi pelbagai jenis sayur yang mengandungi kalori tinggi.- AGENSI


Berikutan faktor usia, kesihatan haiwan gergasi itu bagaimanapun didapati semakin merosot kerana kehilangan deria penglihatan akibat penyakit katarak dan masalah deria bau.
Reptilia itu kini dijaga oleh seorang doktor haiwan, Joe Hollins yang memberikan diet berkhasiat seperti epal, timun, salad, lobak merah, pisang dan jambu.
“Saya terpaksa mengubah corak pemakanannya dengan memberikannya pelbagai buah dan sayur yang mengandungi kalori tinggi.
“Saya melihat berat badannya kini semakin bertambah selain mampu bergerak dengan baik sejak mengamalkan diet yang sihat,” katanya.
Dia berkata, lazimnya jangka hayat seekor kura-kura gergasi mampu mencecah 150 tahun.
- AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3wgzYWNK8 
Hakcipta terpelihara 

Friday, January 8, 2016

Bawa kambing atas bumbung bas

Accra (Ghana): Sekumpulan gembala mempunyai cari unik dan mungkin sukar dipercayai untuk membawa kambing mereka dari satu tempat ke tempat lain - dengan mencampak haiwan itu ke atas bumbung bas.
Rakaman menunjukkan perbuatan itu di Stesen Bas Bimbila, Ghana, dengan seorang lelaki berdiri di atas pelantar di sebelah sebuah bas.
Seekor demi seekor kambing diserahkan kepada gembala itu yang memegang haiwan itu dengan mudah pada keempat-empat kakinya sebelum menerbalikkan dan mencampakkan haiwan berkenaan kepada seorang lagi gembala yang berada di atas bas.
Kambing yang dicampakkan kemudian didirikan di atas bas dan diikat tanpa nampak terkejut atau cedera.
Seorang gembala kambing berkata, ada antara haiwan itu untuk dijual bererti pemiliknya mahu memastikan keadaannya baik supaya tidak menjejaskan harganya.
“Namun satu lagi cabaran untuk kambing ini adalah angin kuat ketika di atas bas yang bergerak pada kadar 80 kilometer sejam atau lebih.
“Perjalanan mengambil masa 13 jam di atas jalan raya yang tidak elok,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2016 @ 6:45 AM


SEORANG gembala mencampakkan kambing kepada rakannya di atas bumbung bas yang menyambut sebelum mengikatnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/105640#sthash.YzQR9xFb.dpuf

Kedai jual donat bersalut emas



DONAT ini disalut dengan emas 24 karat dan dijual pada harga AS$100 sebiji. - AGENSI


WLLIAMSBURG, Virgina – Sebuah restoran di Amerika Syarikat mencipta resipi donat baharu yang disalut dengan emas 24 karat baru-baru ini.
Donat istimewa itu dijual pada harga AS$100 (RM440) sebiji atau AS$1,000 (RM4,400) untuk satu dozen. Hidangan tersebut boleh dibeli di Kelab Sosial Manila, di sini dalam negeri Virginia.
Donat tersebut menggunakan ube sebagai bahan asasnya. Ube ialah keladi ungu yang digunakan secara meluas di Filipina untuk membuat aiskrim.
Makanan itu turut disaluti temas 24 karat di bahagian atasnya dan dihidangkan bersama segelas champagne.
“Saya tidak menyangka dapat menjual sebanyak 60 biji donat istimewa ini sejak hidangan ini mula diperkenalkan pada minggu lepas,” kata pemilik restoran berkenaan, Sam Ware. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3wbANI7yp 
Hakcipta terpelihara