Mail Online melaporkan, penunggang yang dikenali sebagai Motobot itu dicipta untuk menunggang motosikal mengelilingi litar pada kelajuan paling tinggi.
Yamaha memberitahu, ciptaan terbaharu itu juga bakal digunakan untuk meningkatkan lagi keselamatan penunggang, selain memberi bayangan robot berkenaan merupakan produk perniagaan baharu pada masa depan.
“Matlamat akhir Motobot adalah untuk memadam rekod litar milik Rossi.
“Membina robot penunggang motosikal merupakan cita-cita kami. Untuk merealisasikannya, kami menjalin kerjasama dengan SRI International, syarikat kajian dan pembangunan utama dunia,” kata Pengarah Strategik Pembangunan Perniagaan Yamaha Motor Ventures, Amish Parashar.
Parashar berkata, projek Motobot sedikit sebanyak memberi kebaikan dari segi pengumpulan data visual operasi permotoran dan hubungan penunggang dengan sifat kenderaan bagi menghasilkan kenderaan yang lebih selamat pada masa depan.
“Kami juga berharap ciptaan ini akan menjadi perintis kepada pembinaan teknologi kenderaan tanpa pemandu.” ujarnya lagi.