Pages

Tuesday, July 22, 2014

Bayi tanpa hidung


  • Bayi tanpa hidung

BAYI perempuan berumur 17 bulan di Ireland Utara ini sememangnya istimewa meskipun dilahirkan tanpa hidung.

Tessa Evans masih boleh batuk, bersin dan selesema walaupun tidak mempunyai deria bau akibat masalah congenital arhinia.

Menurut ibunya, si kecil itu sentiasa tersenyum dan aktif seperti kanak-kanak lain.

"Tessa sentiasa cuba untuk meniru perlakuan abang dan kakaknya. Dia langsung tidak menghiraukan kekurangannya malah gemar menari dan memanjat.Kami tidak pernah membezakan kasih sayang terhadap Tessa walaupun keadaannya tidak sempurna kerana dia adalah sangat istimewa," kata Grainne kepada Daily Mail.

Difahamkan, Tessa bakal menjalani pembedahan hidung palsu di Hospital Great Ormond Street di London dalam masa terdekat.

"Hidung tersebut akan sentiasa ditukar mengikut perkembangan fizikalnya," jelas ibunya lagi.

Tembikai berbentuk labu curi tumpuan


  • Pekerja Nor Nasriq menunjukkan tembikai berbentuk labu.Pekerja Nor Nasriq menunjukkan tembikai berbentuk labu.

KUALA KURAU - Seorang peniaga buah-buahan terpaksa menolak tawaran RM100 dari pelanggan yang mahu membeli sebiji buah tembikai berbentuk seperti labu.

Peniaga buah-buahan, Nor Nasriq Rosli, 31, berkata, dia enggan menjual buah tembikai itu kerana bentuknya yang pelik dan sukar ditemui.

Menurutnya, dia bersama seorang pekerja memetik tembikai di ladang ketika menjumpai buah berkenaan.

“Saya terus bercadang mempamerkan buah itu di gerai sebagai daya penarik pelanggan. Sepanjang dipamerkan, kedai saya mula menjadi tumpuan, malah ada yang menawarkan RM100 untuk membeli tembikai unik itu.

“Namun, saya masih berat hati untuk menjual tembikai ini dan terpaksa menolak kerana berhasrat mahu menyimpannya,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Nasriq percaya ada hikmah di sebalik penemuan tembikai unik berkenaan.

Fitnah dinoda cetus keganasan agama


Yangon: Keganasan agama terkini di Myanmar didapati berpunca daripada fitnah dibuat seorang wanita Buddha terhadap dua lelaki adik beradik Muslim, lapor media kelmarin.

Dua lelaki seorang Muslim dan seorang Buddha terbunuh dalam rusuhan di bandar kedua terbesar Myanmar, Mandalay, pada 1 Julai.


Ia bermula apabila media sosial menyebarkan khabar kononnya dua beradik terbabit merogol seorang wanita Buddha di kedai minum mereka. Lebih 20 orang cedera dalam keganasan yang menggegarkan Mandalay selama beberapa hari. Namun siasatan polis mendapati wanita terbabit diupah untuk membuat fitnah. - AFP



Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/22

Sewa bilik di Makkah cecah RM47,500


Makkah: Harga purata bagi sebuah bilik yang berhampiran dengan Masjidil Haram di bandar suci ini mencecah SR50,000 (RM47,500) untuk 10 hari terakhir Ramadan.

Satu laporan yang disiarkan sebuah akhbar Makkah menyatakan, keadaan berlaku berikutan peningkatan jumlah jemaah sebanyak 25 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.


Ia ditambah pula dengan kekurangan tempat penginapan berpunca daripada kerja pembesaran di dalam dan sekitar masjid itu.

Seorang penyelia perkhidmatan Haji dan Umrah, Muhammad Tariq berkata, cuti musim panas di Arab Saudi menyumbang kepada peningkatan jumlah jemaah.


Menurutnya, caj perkhidmatan untuk jemaah umrah bermula dari SR350 (RM296) pada awal Ramadan dan mencecah kira-kira SR2,000 (RM1,690) pada 10 hari terakhir bulan itu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/22

Diheret kereta sampai mati

A four-year-old boy has been killed after being dragged by his parent's hijacked vehicle in Reiger Park, Boksburg. Picture: Supplied.
Chantel Morris

Johannesburg: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang terperangkap kerana tali pinggang keledarnya diseret sehingga mati dalam satu kes mencuri kereta di sini, semalam.

Ibu mangsa yang melihat kejadian itu hanya mampu menjerit sehingga hampir pengsan di tepi jalan.


“Ibu, tolong saya,” ialah perkataan terakhir yang didengar Chantel Morris daripada anaknya, Taegrin ketika dia bergelut untuk melepaskan dirinya sebelum penjenayah memecut laju kereta berkenaan dengan dia terkapai-kapai di luar pintu, lapor akhbar Independent.



Sebelum kejadian, Chantel meletakkan Taegrin dan anak perempuannya yang berusia lapan tahun di dalam kereta di luar rumah ibunya di Boksburg, timur Johannesburg.


Tanpa disedari, tiga suspek menghampiri kenderaan itu dan mengacu pistol ke kepala Chantel.


“Saya merayu supaya mereka membebaskan anak saya dan mereka boleh ambil apa saja.

“Saya ke bahagian penumpang di belakang dan cuba menarik keluar Taegrin,” kata Chantel.


Anak perempuannya berjaya keluar dari kereta berkenaan, manakala ketika Chantel berusaha membuka tali pinggang keledar, kaki Taegrin tersangkut.

Tanpa menghiraukan keadaan itu, suspek memecut kereta berkenaan.


Chantel dan beberapa orang yang menyaksikan kejadian itu mengejar sambil menjerit tetapi ia tidak berhenti. Kereta itu kemudian ditemui empat kilometer dari tempat kejadian sementara mayat mangsa masih tersangkut di luar pintu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/22

Maut terkejut lihat anjing


Xianyang: Sepasang suami isteri mendakwa anak perempuan mereka yang berusia lima tahun mati ketakutan selepas terserempak dengan seekor anjing kacukan serigala yang besar.

Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital Xianyang Xixiang baru-baru ini, Setakat ini pihak hospital masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenar kematian.


Doktor tidak menemui sebarang kecederaan pada tubuhnya.

Menurut bapa mangsa yang dikenali sebagai Zhao, keluarganya makan malam di sebuah restoran terbuka apabila kanak-kanak itu dan ibu saudaranya ke tandas.


Apabila pulang, mereka terserempak dengan seekor anjing yang besar.


“Tiba-tiba anjing itu menerkam ke arah mangsa, menyebabkan dia terkejut. “Saya segera mendapatkannya dan mendapati mulutnya berbuih dan dia terkencing di dalam seluar kerana ketakutan,” kata Zhao.

Tambah Zhao, laluan ke tandas itu amat gelap, dan membuatkan mangsa terperanjat apabila melihat anjing itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/22

Monday, July 21, 2014

Ikhlas saidina Bilal

Asrul Effendi
Cerita seorang guru agama bernama ustaz Abdul Samad (Allahu yarhamuhu). Beliau menceritakan kepada saya, seorang sahabat pernah membangkitkan azan yang dilaungkan oleh saidina Bilal kepada Rasulullah s.a.w. Katanya, azan saidina Bilal tidaklah fasih dan suaranya pun tidaklah merdu.

Justeru, Rasulullah s.a.w. memberitahu Bilal supaya tidak melaungkan azan waktu subuh nanti. Kerana, si pulan akan melaungkannya. Saidina Bilal tanpa soal terus patuh kepada pesanan Rasulullah itu.

Apabila matahari terbit setelah subuh si pulan itu azan, malaikat Jibril turun bertanya Rasulullah, kenapa manusia di bumi tidak azan pada subuh tadi. Jawab Rasulullah, kami telah azan. Jawab Jibril, kami para malaikat dan penduduk langit tidak mendengarnya pun.

Maka, Rasulullah menyuruh si pulan itu supaya tidak melaungkan azan dan meyerahkannya semula kepada Bilal, hinggalah baginda wafat.

Demikianlah harga ikhlas saidina Bilal. Laungannya yang tidak fasih dan tidak merdu, tapi dapat didengari hingga ke alam malaikat.
wallahua'lam

Isteri perokok dapat RM73 bilion


Florida: Sebuah juri memberi ganti rugi berjumlah lebih AS$23 bilion (RM73.2 bilion) kepada balu seorang perokok tegar yang mati akibat kanser paru-paru semalam selepas membenarkan samannya terhadap RJ Reynolds Tobacco - syarikat pembuat rokok kedua terbesar di Amerika Syarikat (AS).

Keputusan yang dibuat pada Jumaat lalu itu adalah jumlah yang terbesar dalam sejarah perundangan Florida membabitkan saman sivil menyebabkan kematian secara salah yang difailkan seorang plaintif tunggal, kata jurucakap peguam wanita berkenaan, Ryan Julison. Wanita itu, Cynthia Robinson, memfailkan saman terhadap syarikat pembuat rokok itu pada 2008 selepas suaminya Michael Johnson meninggal dunia. Menurut peguamnya Chris Chestnut, Johnson yang juga pemandu bas hotel meninggal dunia akibat kanser pada 1996 pada usia 36 tahun dan dilaporkan merokok sehingga tiga kotak rokok sehari selama lebih 20 tahun sejak berusia 13 tahun. “Dia cuba berhenti namun gagal mengatasi ketagihannya.



Malah, dia merokok ketika meninggal dunia,” katanya. Selepas perbicaraan selama empat minggu dan berbincang selama 11 jam, pihak juri memutuskan Cynthia patut diberi ganti rugi AS7.3 juta (RM23.2 juta) dan AS$9.6 juta (RM30.6 juta) untuk anak mereka sebagai pampasan. Juri sama turut berbincang selama tujuh jam lagi sebelum memutuskan wanita itu wajar diberi AS$23.6 bilion tambahan sebagai ganti rugi punitif. Naib presiden syarikat rokok itu, J Jeffrey Raborn dalam satu kenyataan berkata: “Syarikat kami akan mencabar keputusan ini.” - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/21

Air kencing babun penambat hati suami


Mutare (Zimbabwe): Air kencing babun yang dihablurkan kini menjadi buruan wanita kerana dilihat mampu ‘mengikat’ suami mereka daripada mencari pasangan lain.

Kepercayaan itu disebabkan haiwan berkenaan mempunyai tabiat hanya membuang air di tempat sama untuk bertahun-tahun lamanya yang dilihat mampu memastikan si suami juga tidak ‘lari’ daripada isteri mereka jika dimasukkan dalam kemaluan wanita.


Lawaknya, bahan sama turut dijual kepada lelaki kerana dilihat mampu bertindak sebagai perangsang nafsu syahwat.

Tendai Calpass, 18, pembantu penjual bahan berkenaan, Sekuru Noah Jairos Maparanyanga mendakwa bahan itu amat berkesan tidak kira digunakan wanita atau lelaki.


“Lazimnya kaum wanita meletakkan air kencing berbentuk kristal itu ke atas kapas sebelum dimasukkan ke dalam kemaluan mereka. Hasilnya, jika si suami mahu mengadakan seks dengan wanita lain, alat sulitnya tidak akan berfungsi,” katanya.


Namun dia mengakui hasilnya tidak menjadi jika pasangan suami isteri menggunakan bahan itu pada masa sama.

Menurut Calpass, daripada 59 herba dan ubat tradisi dijual di kedai itu, barangan yang berkaitan dengan percintaan dan seks yang paling popular dalam kalangan pembelinya.

Katanya, penyakit seksual dan minyak senyonyong antara bahan yang sering dicari pekerja seks.

“Contohnya, pelacur sering membeli herba dikenali sebagai mudiwa-diwa yang dicampurkan dengan losyen mereka supaya dapat menarik minat pelanggan,” katanya.

Antara herba lain yang menjadi buruan remaja perempuan termasuk yang boleh membantu menjadikan kemaluan mereka lebih menarik.

“Herba dikenali sebagai mudhonza atau muputa itu amat popular dalam kalangan remaja perempuan. Cara mengambilnya mudah, iaitu seperti rokok. Saya dimaklumkan ia memang berkesan,” katanya.

Menurutnya, banyak lagi herba dijual untuk tujuan perubatan seperti bagi merawat sakit jantung, batuk kering dan herpes, namun kebanyakan wanita datang membeli ubat tradisional yang dianggap membantu mempertingkatkan kesihatan kewanitaan termasuk membantu mengurangkan sakit senggugut.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/21

Hasil seni kreatif daripada butang baju




BUENOS AIRES 20 Julai - Seorang artis berasal Argentina, di sini mempamerkan kehebatannya apabila menghasilkan seni lukisan menakjubkan yang memaparkan muka selebriti terkenal hanya menggunakan butang baju.
Portal berita odditycentral.com melaporkan, Augusto Esquivel menggunakan teknik penyusunan beribu-ribu butang untuk menghasilkan lukisan potret artis terkemuka dunia seperti Audrey Hepburn, Marilyn Monroe, Salvador Dali dan James Dean.
Bagi mencipta potret mengagumkan itu, Esquivel menggantung beratus-ratus tali tangsi di atas syiling sebelum menggunakan benang berwarna hitam, kelabu dan putih untuk menyambungkan butang.
Esquivel perlu memastikan setiap sambungan butang terbabit bagi menghasilkan karya yang mengagumkan.
Ditanya tentang bagaimana untuk mencipta seni yang hebat itu, Esquivel berkata, dia memiliki keistimewaan melihat potensi dalam objek yang digunakan setiap hari bagi membuat seni yang kreatif.
"Saya sedar betapa kepentingan butang yang kecil untuk dijadikan potret apabila melihat kotak jahit milik nenek saya.
"Saya suka melihat potensi sebarang objek yang boleh digunakan dalam seni kreatif. Walaupun proses penghasilannya rumit, hasil akhirnya tetapi hampir sempurna," katanya.
Selain potret, Esquivel turut menghasilkan 'lukisan' piano, basikal, biola dan pemadam api yang diperbuat daripada susunan butang baju.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140721/lu_05/Hasil-seni-kreatif-daripada-butang-baju#ixzz383H8yB2I
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, July 20, 2014

Kisah Benar Menjadi Jutawan Kerana Amalan Sedekah

Pernahkah anda berasa risau untuk bersedekah di kala anda sendiri menghadapi masalah kewangan?


Jutawan Miskin

Jika jawapannya YA, mungkin anda perlu merenung semula sabda Rasulullah S.A.W daripada Abu Hurairah r.a yang berbunyi:

“Sedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang. Sesiapa yang bersikap pemaaf Allah akan menambahkan kemuliaan baginya. Dan sesiapa yang bersikap tawaduk kepada Allah maka Allah akan menaikkan darjatnya.”

Menerusi Facebook Ustaz Azhar Idrus, satu artikel kisah benar telah dikongsikan mengenai seorang pemuda yang menjadi jutawan kerana bersedekah.

Artikel ini pernah diterbitkan di Majalah Anis terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd pada keluaran Oktober 2012.

Mari kita baca dan hayati untuk panduan bersama:

“Segalanya bermula pada bulan Ramadhan 2010. Masa itu saya benar-benar berada di garis mula memburu impian ini. Saya benar-benar bermula dari kosong,” beliau memulakan kata.

“Bermula dari kosong? Apakah yang berlaku sebelumnya?” soal saya pula.

Saya dari keluarga susah. Malah pernah dibanci sebagai keluarga paling miskin di Besut. Saya masih ingat lagi saat melihat ibu saya menangis. Ibu menangis kerana sedih melihat ulat di kocek baju saya. Pada masa itu saya bekerja sebagai budak pengangkut sampah.

Saya katakan kepada ibu agar jangan sedih dan mohon terus doakan kejayaan saya. Saya yakin akan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. sebelum kita diberi nikmat kita tentu diuji dulu. Begitulah lazimnya. Itulah juga yang berlaku kepada saya.

Semasa bergelar pelajar lagi, saya sudah mula berusaha mencari duit. Malah saya pernah mengusahakan kebun jagung seluas 13 ekar berhampiran KIST (Kolej Islam Sains dan Teknologi ) cawangan Bachok. Kebun seluas itu juga saya kerjakan bersendirian.

“Saya masih boleh dilihat mencangkul di kebun jagung walaupun 30 minit lagi peperiksaan akan bermula.” Terang beliau sambil ketawa.

Kebun Jagung

“Kebun jagung yang sudah hampir membuahkan hasil itu menjadi sandaran saya . Kerana itu saya nekad dengan keputusan berhenti belajar. Kononnya untuk memberi tumpuan kepada bisnes kebun jagung saya. Namun, takdir Allah mengubah segala-galanya. Ribut kuat yang jarang – jarang berlaku telah melanda kawasan Besut. Seterusnya memusnahkan segala impian saya.”

“Ia berlaku pada masa tongkol-tongkol jagung sudah mula menguning. Saya terduduk. Segalanya musnah sekelip mata. Bukan sahaja harapan meraih untung hancur berkecai. Malah saya terpaksa pula menjual satu-satunya motorsikal buruk yang saya ada demi melunaskan sewa tanah kepada orang kampung. Selepas itu saya hanya berjalan kaki.”

“Sudahlah begitu, saya terpaksa juga berdepan dengan pilihan yang berat. Iaitu pilihan di antara mahu meneruskan kuliah saya di KIST atau sebaliknya. Minat saya yang membuak-buak terhadap bisnes memaksa saya membuat pilihan ke-2. Hasilnya saya dicemuh oleh hampir semua orang yang saya kenal. Masa depan saya gelap kata mereka!”

“Pada masa itu saya merasakan sedang berada di titik paling bawah dalam roda kehidupan ini. Saya kehilangan kebun. Saya kehilangan kuliah dan tiada kerja. Sudah tentu saya tiada wang. Saya tidak punya apa-apa lagi.

“Pada masa itu saya cuma ada Allah. Itulah satu-satunya harapan saya. Saya memujuk hati untuk mempercayai bahawa takdir Allah semuanya baik” terang beliau bak air yang mengalir.”

“Seterusnya pada hari bersejarah itu, saya bertemu seseorang dan mohon dipinjamkan wang sebanyak RM50 bagi memulakan hidup baru. Modal itu sebahagiannya saya gunakan untuk fotostat sebanyak 300 keping risalah dengan maksud mahu menjual tanah bagi pihaknya. Dengan harapan bolehlah mendapat sedikit komisyen jika ada orang yang mahu membeli.”

“Pada ketika itu saya memang tidak tahu apa-apa tentang urusan jual-beli tanah. Apa yang saya tahu cuma mahu mengedarkan risalah. Dan memang hanya itu saja peluang yang saya ada. Rasa terpaksa dan malu usah cakap. Saya tidak mampu untuk memikir selainnya.”

“Benarlah sesungguhnya Rezeki dari Allah. Sesingkat 3 jam saya berhasil mendapat RM2000 dari usaha itu. Seterusnya meningkat menjadi berpuluh dan beratus ribu ringgit; dan dalam tempoh beberapa bulan sahaja seorang yang asalnya ‘zero’ tiba-tiba menjadi ‘hero’. “

“Ya, saya benar-benar menjadi hero sehingga saya lemas dan leka dalam limpahan rezeki yang tidak disangka-sangka itu.”

“Syukur kepada Allah yang segera memimpin saya agar segera kembali ke pangkal jalan. Saya segera sedar bahawa rezeki itu sesungguhnya kurniaan Allah dan bukan kerana hebatnya usaha dan kepintaran saya.

“Boleh tuan terangkan secara khusus apakah amalan tuan sehingga mendapat rezeki yang luar biasa itu?” saya memotong ceritanya.

“Apa yang tuan tulis di dalam buku, itulah yang saya amalkan. Contohnya, saya tidak akan memulakan kerja selagi belum bersedekah. Begitulah yang saya lakukan setiap hari.”

“Alhamdulillah rezeki terus datang mencurah-curah sehingga sejuta yang pertama dapat saya raih dalam tempoh setahun. Tepatnya pada bulan Ramadan tahun berikutnya. Iaitu pada bulan Ramadan tahun 2011.

Amalan Sedekah

“Pada suatu hari saya mendapat panggilan telefon dari seseorang yang mahu menjual tanah. Tanah seluas 5 ekar itu terletak di Kampung Raja, Besut. Tuan tanah dengan senang hati mahu menjualnya kepada saya. Malah beliau mahu menjualnya dengan harga RM428,000. Ternyata harga yang ditawarkan itu jauh lebih rendah dari harga pasaran. “

“Kemudian saya pecahkan tanah itu menjadi beberapa lot dan menjualnya semula. Keseluruhan tanah-tanah lot itu dapat dijual dalam tempoh setahun. Urus niaga itu berjumlah RM1.5 juta. Akhirnya seorang budak miskin berjaya menjadi jutawan.”

“Hari ini apabila direnung kembali skrip kehidupan lalu, saya segera insaf . Rezeki besar yang Allah beri sesungguhnya bukan sekadar untuk memenuhi keperluan saya semata-mata.”

“Rezeki yang melimpah-ruah itu rupa-rupanya untuk dikongsi dengan ramai orang lain yang lebih memerlukan. Alhamdulillah dengan izin-Nya saya berusaha menjaga kebajikan sekitar 70 orang anak-anak yatim dan miskin. Mereka berada di Besut, Pakistan, Kemboja dan Indonesia. “

“Saya percaya jumlah mereka ini akan bertambah lagi. Namun, saya tidak pernah bimbang tentang rezeki. Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui keperluan saya. Saya sekadar melakukan kerja-kerja yang saya mampu, selebihnya biarlah Allah melakukan kerja-Nya. “

“Akhirnya saya sampai ke titik keyakinan bahawa menjemput rezeki itu lebih mudah berbanding mencari-cari rezeki. Yakni mengutamakan Allah dalam setiap masa dan keadaan.”

Kesimpulannnya, janganlah takut untuk bersedekah biarpun hanya sedikit dan mengikut kemampuan.

Jika tidak mampu dari segi kewangan, sekurang-kurangnya sedekahlah dari segi tenaga, ilmu atau sokongan moral kepada mereka yang memerlukannya.-Mynewshub.my


Read more: http://www.sentiasapanas.com/2014/07/kisah-benar-menjadi-jutawan-kerana.html#ixzz37zlYhbZ4

Budak, 9, kahwin lagi


Mereka pernah berkahwin kali pertama tahun lalu.

Dengan berpakaian tuxedo, Sanele menggengam tangan ibu lima anak, Helen Shabangu, ketika mereka mengulangi ikrar perkahwinan yang dibuat tahun lalu di depan 100 tetamu. Murid sekolah itu berkata, dia mengadakan majlis itu sekali lagi kerana mahu menjadikan perkahwinannya rasmi.
Bagaimanapun, sebahagian penduduk kampung di Ximhungwe, daerah di Mpumalanga, Afrika Selatan, menyifatkannya sebagai ‘meloyakan.’ Majlis itu diadakan di depan suami Helen, Alfred Shabangu, 66, yang turut hadir pada majlis yang diadakan tahun lalu.

Alfred berkata: “Anak saya gembira kerana kami tidak mempunyai masalah dengan isteri saya berkahwin dengan budak itu. Dan saya tidak peduli apa orang lain kata.” Kedua-dua keluarga mendakwa perkahwinan itu hanya satu lagi ritual selepas Sanele kononnya didatangi roh nenek moyang bapanya yang memberitahunya supaya berkahwin tahun lalu.

Ibu bapanya memberi hantaran RM2,500 kepada pengantin perempuan dan RM5,000 lagi untuk mengadakan majlis tahun lalu.
Foto
HELEN menyarungkan cincin pada jari Sanele.
Murid berkenaan, anak bongsu daripada lima beradik berkata, dia mengadakan satu lagi majlis kerana mahukan perkahwinannya dibuat secara rasmi mengikut tradisi masyarakat setempat.

“Saya gembira berkahwin dengan Helen. Tetapi saya tetap akan meneruskan sekolah saya. Apabila dewasa kelak, saya akan mengahwini wanita seusia saya.
“Saya gembira memilih Helen kerana saya cintakannya. Walapun kami tidak sentiasa tinggal bersama, kami sering bertemu di tempat pelupusan sampah, tempat ibu dan dia bekerja,” kata Sanele.

Helen yang mengenakan pakaian serupa yang dipakainya pada majlis tahun lalu berkata: “Saya gembira dipilih oleh Saneie dan keluarga saya menyokong dan memahami apa yang berlaku. Ini hanya untuk membuat nenek moyang kami gembira.

“Tak ada yang lain berlaku.” Ibu Sanele, Patience Masilela, 47, berkata, anaknya gembira dengan majlis tahun lalu dan mahukan majlis itu diadakan sekali lagi. “Dia tidak malu, malah gembira dapat berkahwin dengan Helen. Kami bimbang jika tidak mereka tidak berkahwin, keluarga kami akan ditimpa masalah,” katanya. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/20

Ketam biru ditangkap nelayan AS


GAMBAR bertarikh 4 Julai lalu menunjukkan McFarland memegang seekor ketan biru di Nome, Alaska.


NOME, Alaska - Seorang nelayan Amerika Syarikat (AS), Frank McFarland berjaya menangkap seekor ketam luar biasa yang berwarna biru baru-baru ini.
McFarland menangkap ketam itu di dalam sangkarnya ketika memancing di Nome pada 4 Julai lalu.
Ketam biru itu yang kini disimpan di Pusat Makanan Laut Norton Sound di sini pada asalnya berwarna merah.
Ketam luar biasa itu menjadi terkenal apabila orang ramai yang mengunjungi pusat itu mengambil gambar dengannya.
Seorang kakitangan Jabatan ikan Alaska di Dome, Scott Kent berkata, dia tidak mengetahui mengapa ketam raja merah itu menjadi biru.
Namun, dia mengesyaki haiwan itu mengalami mutasi. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz37y2O8BC9 
Hakcipta terpelihara 

Saturday, July 19, 2014

Ada minyak dalam buah kelapa


WARTAWAN SINAR HARIAN
19 Julai 2014

Azmi menunjukkan buah kelapa mengandungi minyak yang ditemuinya, semalam.
Azmi menunjukkan buah kelapa mengandungi minyak yang ditemuinya, semalam. 



PASIR PUTEH - Peniaga santan di Kampung Permatang Sungkai dekat sini terkejut mendapat sebiji daripada buah kelapa yang dibelahnya kelmarin mengandungi minyak, bukannya air kelapa seperti lazimnya.

Azmi Hussin, 49 berkata, sebelum membelah kelapa tersebut, dia sudah merasakan kelainan apabila kelapa itu lebih berat berbanding kelapa biasa.

“Saya terus membelahnya kerana saya tidak sabar untuk mengetahui apa ada di dalamnya kerana beratnya bekali ganda daripada kelapa biasa.

"Apabila membelahnya, saya terkejut mendapati buah kelapa itu mengandungi minyak dan bukan air kelapa sepertimana kebiasaan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, sepanjang tiga tahun berniaga santan bersama isterinya, Zurina Abdul Manaf, 45, itulah kali pertama dia menemui kelapa ganjil.

Selain mempunyai minyak katanya, isi kelapa itu terlalu tebal dan lebih pejal berbanding isi kelapa biasa yang menarik minatnya untuk menyimpan kelapa tersebut.

"Mungkin ada pihak yang memerlukan kelapa ini untuk kajian dan sebagainya. Saya sedia berkongsi sekiranya kelapa ini benar-benar diperlukan.

“Buat masa ini, saya menyimpannya sebagai hak milik peribadi kerana mungkin minyak itu mempunyai khasiat tertentu yang tiada pada kelapa lain,” katanya.

Azmi berkata, dia menguji cecair dalam kelapa itu bagi memastikan apakah kandungan sebenar dan mendapati ia benar-benar dalam bentuk minyak.

“Siapa pun melihat, menghidu atau menyentuhnya akan mengatakan cecair itu minyak kerana sifatnya memang begitu, dan yang pasti ia bukan air kelapa,” katanya.

Tambah Azmi, rumahnya menjadi tumpuan jiran-jiran yang mahu melihat sendiri kelapa ganjil itu selepas cerita mengenainya tersebar kelmarin.

Anak enggan jumpa ibu hodoh


Ding Liang, 63, ditemui menangis di jalan raya di bandar Hangzhou, timur China selepas tiba untuk melihat cucunya yang baru lahir. 
Dia membawa bersama beg pakaian dan hadiah untuk bayi itu dengan harapan anaknya berubah hati apabila dia tiba di rumahnya. 

Bagaimanapun, si anak enggan menjawab panggilan telefon.
Foto
DING kecewa dengan sikap anaknya yang tidak mahu menghubunginya lagi.

Wanita itu yang tidak tahu di mana anaknya tinggal, terpaksa pulang dengan membawa hadiah berkenaan sambil menangis.

Ding ditemui di sebuah kompleks perumahan oleh seorang lelaki tempatan, Hsin Pai, 53, yang terkejut dengan ceritanya. 

Dia amat mereka, dia berasal dari sebuah kampung dan berbangga dengan pencapaian akademik anaknya itu. 

Selepas menamatkan pengajian di universiti, anaknya mendapat pekerjaan yang baik dan berkahwin.

Tetapi dia dilapor malu dengan kehadiran ibunya di majlis perkahwinannya kerana wanita itu berpakaian seperti orang miskin. 

Baru-baru ini, si anak menelefon ibunya untuk memberitahu bahawa dia sudah mempunyai anak. 

“Saya memberitahunya keinginan saya untuk melihat cucu saya. Tetapi dia tidak benarkan saya datang dengan alasan saya terlalu hodoh,” kata wanita itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/19

Cara unik nak terkenal


Vin Los, 24 dari Montreal mencacah muka, leher dan perutnya dengan puluhan perkataan.
Tidak seperti lukisan tatu yang menjadi tarikan peminat seni itu, Vin hanya memilih perkataan asas yang ditatu dalam pelbagai saiz dan bersepah di seluruh mukanya.

Vin baru-baru ini membuat rakaman video menunjukkan dia cuba memadam contengan pada mukanya itu bagi membuktikan ia benar-benar tatu dan akan kekal.
Foto
VIN memiliki 24 tatu pada mukanya saja, termasuk frasa yang bermakna ‘jerit nama saya’ dan ‘wajah ikonik.’

Selain namanya dalam huruf besar pada perutnya, lengan dan muka Vin dilitupi perkataan seperti ‘sex bomb’, ‘iconic’, ‘Tokyo’, ‘fame’ dan ‘guilty’.

Dalam satu wawancara dengan majalah Vice, lelaki itu berkata: “Lukisan tidak membawa sebarang kesan kepada saya. Melihat muka saya, anda mungkin menyangka saya jahat. 

“Tetapi tatu ini bukan untuk saya saja. Saya mahu menjadi imej untuk dilihat orang ramai, sesuatu yang berkesan,” katanya. 

Vin mula terbabit dalam tatu sejak berusia 16 tahun. Tatu pertamanya logo Le Coq Sportiff diperoleh ketika berusia 16 tahun.

Dia kini mempunyai 24 perkataan yang ditatu pada mukanya, termasuk Kuala Lumpur. 

Walaupun menyedari perkataan itu kekal sehingga mati, Vin tidak sukar atau tergesa-gesa memilih perkataan yang hendak ditatu.

“Saya tidak terikat. Saya hanya mendengar lagu popular menerusi YouTube dan memilih perkataan daripada lagu itu,” katanya.

“Misalnya, lagu ‘Top of the World,’ nyanyian kumpulan The Cataracs. Ia sesuai dengan impian saya. Kerana itu yang saya mahukan, menjadi terkenal di seluruh dunia. 

“Ramai yang bertanya tidakkah saya akan menyesal nanti. Jika saya tidak yakin, saya tidak akan menconteng muka saya,” katanya Vin.

Anehnya, penampilannya yang luar biasa dengan wajahnya yang tampan, Vin semakin menarik perhatian di Internet, sesuatu yang baik bagi seorang lelaki yang berkata dia ingin menjadi ‘paling terkenal di dunia.’
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/19

Mangsa serigala jalani pembedahan


Keadaan mulut Wu Xiuyou bakal dapat dipulihkan selepas seorang doktor berjanji akan membantunya menjalani pembedahan. - AGENSI
BEIJING 18 Julai - Kehidupan penuh penderitaan selama 56 tahun yang ditanggung seorang lelaki yang cacat di bahagian mulut, selepas seekor serigala menyerangnya ketika dia berusia 11 tahun bakal berakhir, apabila seorang doktor pakar bedah bersedia untuk membantu melakukan pembedahan bagi memulihkan semula mulutnya yang terkoyak seperti sedia kala.
Mail Online melaporkan, ekoran kecacatan tersebut, Wu Xiuyou, 65, sukar untuk mendapatkan pekerjaan, tidak pernah berkahwin dan sering duduk bersendirian.
Lelaki yang berasal dari kampung Datang di barat daya wilayah Guizhou itu turut mengalami masalah untuk makan apabila hanya makan makanan dalam bentuk cecair sahaja.
Pakar bedah, Dr. Chen Fei yang akan bertanggungjawab dalam menjalankan pembedahan berkenaan berkata, beliau akan mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar bedah di Beijing, Chengdu dan Leshan sebelum memulakan kerja-kerja pemulihan itu.
“Bibir pesakit terkoyak, struktur rahangnya tidak normal dan ini akan menjadi pembedahan paling mencabar bagi saya dalam tempoh 15 tahun.
“Kami akan mengambil otot daripada bahagian kaki Wu Xiuyou, sebelum otot tersebut dijahitkan di bahagian bibirnya yang hilang," jelasnya.
Katany, pembedahan berkenaan bakal melibatkan 20 orang doktor lain.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140719/lu_09/Mangsa-serigala-jalani-pembedahan#ixzz37rZ8HHWJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, July 18, 2014

Junjung motosikal naik bas


Tetapi, menjunjung motosikal ke atas bas dengan mengimbangkannya di atas kepala anda sambil memanjat tangga lebih sukar, malah mustahil dapat dilakukan. 
Namun, seorang lelaki di India membuktikan ia boleh dilakukan, malah kelihatan tidak sukar. 

Aksinya dirakam dalam satu video yang kini beredar di Internet.
Foto
RAKAMAN video menunjukkan lelaki terbabit mengimbangi motosikal menaiki bas.

Dalam video itu, empat lelaki membantu mengangkat motosikal di atas kepalanya.

Dia kemudian mengambil masa beberapa saat untuk mengimbangkannya sebelum mendaki tangga hingga ke bumbung bas, menggunakan tangan untuk memegang tangga dan kepalanya untuk mengangkat motosikal berkenaan. 

Sebaik tiba di atas, dua lelaki membantu mengangkat motosikal itu sebelum menyusun kenderaan itu di celah barangan lain. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/18

Azab 4 tahun berakhir


Han Bingbing yang berasal dari Heilongjiang, timur laut China, menjalani pembedahan itu yang mengambil masa selama lapan jam baru-baru ini.
Ketumbuhan itu membesar sehingga sebesar dua bola sepak sejak empat tahun lalu.

Sehingga 18 Jun lalu, ia memenui lima perenam daripada perut Han, menyebabkan organ dalamannya gagal berfungsi secara berperingkat-peringkat.
Foto
KEADAAN Han sebelum dibedah.

Foto
DUA tumor yang dikeluarkan dari perut Han.
Foto
HAN selepas menjalani pembedahan ketumbuhan sebesar dua bola sepak.

Nasib menyebelahi Han apabila Perbadanan Penjagaan Kesihatan Xukecheng berjaya mengumpul dana yang sama jumlah dengan RM60,000 untuk membantu membiayai pembedahan berkenaan.

Han disahkan menghidap penyakit ovarian teratoma sejak 2009.

Sejak itu hutang keluarganya menimbun selepas merusaha berusaha menanggung rawatan perubatan murid itu.

Tidak ramai doktor yang yakin dia akan selamat. 

Beberapa klinik enggan merawatnya sehingga keluarganya mengetahui mengenai sebuah hospital di Guangzhou, selatan China, kira-kira 4,000 kilometer dari kediaman mereka. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/18

Pengemis RM300 sejam


Oleh Norfaisal Jahuri

Melaka: Sikap bermurah hati segelintir masyarakat di negeri ini membolehkan pengemis terutamanya warga asing mampu mengaut sejumlah RM300 dalam tempoh satu jam sepanjang Ramadan ini.

Dengan ‘bermodal’ muka sedih sambil mendodoi anak, pengemis yang kebanyakannya wanita bertumpu ke kawasan bazar Ramadan untuk memperoleh ‘pendapatan’ mereka.


Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Zulyadain Limat berkata, pihaknya mengesan kegiatan mereka menjadikan kawasan tumpuan ramai untuk mengutip sedekah.



Katanya, menerusi pemeriksaan terhadap mereka yang ditahan, sejumlah wang mampu dikaut dalam tempoh singkat.


“Sikap murah hati di bulan Ramadan menyebabkan orang ramai mudah memberi wang kepada pengemis dengan beranggapan mereka adalah golongan asnaf.


“Warga asing dikesan bergerak secara berkumpulan di bazar Ramadan termasuk membiarkan kanak-kanak meminta sedekah,” katanya.

Zulyadain berkata, sejak awal Ramadan lalu, pihaknya sudah menjalankan 15 operasi termasuk tujuh operasi bersepadu membabitkan Jabatan Imigresen, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan polis.


Katanya, seramai 16 individu ditahan dan lapan daripadanya warga asing berusia tiga dan 60 tahun.

“Mereka mengambil kesempatan terhadap sikap murah hati rakyat dan kemakmuran ekonomi menyebabkan mereka mudah mendapat habuan,” katanya.


Beliau berkata, sebahagian pengemis yang ditahan masih berupaya untuk bekerja membabitkan usia antara 34 dan 45 tahun yang datang ke negeri ini dengan memberi alasan mencari pekerjaan.


Katanya, apabila ditahan mereka memberi alasan masih tiada pekerjaan dan terpaksa mengemis.


“Mereka menjadikan aktiviti mengemis sebagai ‘kerjaya’ kerana boleh mengaut hasil lumayan,” katanya.


Menurutnya, semua warga asing yang ditahan itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan susulan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/18

Wanita pandu SUV masuk ke dalam kolam



WTFARLD
KEADAAN sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang tenggelam di dalam sebuah kolam di Columbus pada Sabtu lalu.


COLUMBUS, Ohio - Seorang wanita di sini didakwa cuai selepas dia memandu keretanya ke dalam sebuah kolam yang dipenuhi sekumpulan penduduk yang sedang berparti.
Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu, wanita tersebut yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) melanggar pagar sebuah rumah sebelum ia jatuh ke dalam sebuah kolam renang.
Seorang saksi, Christopher Sanford berkata, ketika kejadian dia berada di dalam kolam sebelum terdengar bunyi yang kuat.

WTFARLD
BEBERAPA pekerja menggunakan sebuah kren untuk mengeluarkan kenderaan itu yang terbabas ke dalam sebuah kolam.


"Apabila saya menoleh saya melihat sebuah kenderaan berada di dalam kolam," katanya.
Katanya, ketika kejadian terdapat beberapa orang sedang berparti di tepi kolam tetapi tiada mangsa yang cedera.
Dalam pada itu, pihak polis berkata, pemandu tersebut, Cheryl Chapman, 46, didakwa kerana memandu dengan cuai.
Bagaimanapun, punca yang menyebabkan wanita tersebut gagal mengawal kenderaannya sehingga terbabas ke dalam kolam berkenaan masih belum diketahui. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz37lkE971q 
Hakcipta terpelihara 

Ketumbuhan seberat 14.9 kg dibuang


Ketumbuhan yang membesar dalam perut Han Bingbing memaksa kanak-kanak berusia 11 tahun itu menjalani pembedahan bagi menyelamatkan nyawanya. - AGENSI
BEIJING 17 Julai - Seorang kanak-kanak perempuan di China selamat menjalani pembedahan baru-baru ini untuk membuang ketumbuhan di bahagian perutnya seberat 14.9 kilogram.
Mail Online dalam laporannya berkata, Han Bingbing, 11, berasal dari Heilongjiang, timur laut negara ini, menderita penyakit ketumbuhan itu sejak empat tahun lalu sehingga menyebabkan perutnya mengembang dengan besar.
Jelas laporan berkenaan, Bingbing terpaksa menjalani pembedahan tersebut apabila ketumbuhan itu hampir memenuhi perutnya menyebabkan organ dalamannya beransur-ansur rosak.
Keadaan perut Han Bingbing selepas menjalani pembedahans selama lapan jam untuk membuang ketumbuhan seberat 14.9 kilogram. - AGENSI
Tambahnya, syarikat kesihatan Xukecheng Health Care Corporation berjaya mengumpulkan derma sebanyak RM60,108 untuk menjayakan pembedahan berkenaan bagi membantu keluarga kanak-kanak itu yang mempunyai masalah kewangan bagi membiayai kos perubatan.
"Sebanyak dua ketumbuhan sebesar bola sepak berjaya dikeluarkan dari perut Bingbing dalam pembedahan selama lapan jam itu," menurut laporan itu.
Sebelum ini, beberapa klinik enggan merawat ketumbuhan Bingbing kerana tidak berani mengambil risiko yang boleh mengorbankan nyawa kanak-kanak terbabit berdasarkan keadaan ketumbuhannya yang kritikal.
Bagaimanapun, keluarga Bingbing berjaya menemukan sebuah hospital di Guangzhou, selatan China terletak kira-kira 4,023 kilometer dari rumahnya yang bersedia melakukan pembedahan itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140718/lu_09/Ketumbuhan-seberat-149-kg-dibuang#ixzz37lhzr0ae
© Utusan Melayu (M) Bhd 

UAE hantar kapal angkasa ke Marikh


DUBAI 17 Julai - Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang mempunyai bangunan tertinggi di dunia merancang untuk menghantar kapal angkasa ke Marikh, pula dalam tempoh tujuh tahun lagi.
Negara yang kaya dengan minyak itu mengumumkan rancangan besar itu, hari ini untuk menghantar sebuah kapal angkasa yang tidak dipandu manusia itu ke angkasa pada 2021.
Pemerintah Dubai, Sheik Mohammed bin Rashid Al Maktoum berkata, perancangan itu membuktikan dunia Arab mampu memberi sumbangan dalam bidang sains demi kemanusiaan, walaupun banyak negara Asia Barat dilanda konflik.
"Kita merupakan sebuah wilayah yang bertamadun. Takdir kita sekali lagi ialah untuk meneroka, mencipta, membangunkan dan membina peradaban," kata Al Maktoum yang juga Naib Presiden UAE dalam satu kenyataan.
Sejak beberapa tahun lalu, UAE telah mendesak negara-negara Liga Arab bagi membentuk sebuah agensi angkasa lepas Arab yang menyamai Agensi Angkasa Lepas Eropah.
Namun, kerajaan UAE tidak menyatakan jumlah yang akan dibelanjakan untuk program tersebut, sambil menambah kata, agensi angkasa lepas itu bertanggungjawab melaporkan kepada Kabinet dan berdikari daripada segi kewangan dan pentadbiran.
UAE berkata, kapal angkasa itu akan mengambil masa sembilan bulan untuk disiapkan dan terbang sejauh 60 juta kilometer ke Marikh, sekali gus menjadikan UAE sebagai salah sebuah daripada sembilan negara yang mempunyai program angkasa yang cuba mengembara ke planet merah tersebut. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140718/lu_07/UAE-hantar-kapal-angkasa-ke-Marikh#ixzz37lhUbzZI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Operasi tentera di Waziristan Utara jejas hasrat Gulzar Khan kahwin isteri keempat


2014/07/17 - 12:01:33
Operasi tentera di Waziristan Utara jejas hasrat Gulzar Khan kahwin isteri keempat
Operasi tentera di Waziristan Utara jejas hasrat Gulzar Khan kahwin isteri keempat
Gulzar Khan, 54, bersama sebahagian daripada anak-anaknya di Bannu, Pakistan.

BANNU: Gulzar Khan, 54, dari Waziristan Utara kini menghadapi masalah kerana operasi tentera untuk membersihkan kawasan persembunyian militan menjejaskan impian bapa kepada 36 anak ini - iaitu untuk mengahwini isteri keempat.

Kos perpindahan semua anggota keluarganya yang berjumlah 100 orang terdiri daripada isteri, anak dan cucu itu, bermakna beliau terpaksa menggunakan wang yang disimpannya untuk perkahwinan keempatnya.

“Duit yang saya simpan digunakan untuk memindahkan keluarga dari Shawa ke Bannu dan kini saya terpaksa mula menyimpan lagi dan menunggu untuk operasi itu tamat,” katanya.

Selepas bersalin kepada 12 anak setiap seorang, Khan berkata ketiga-tiga isterinya memberitahunya mereka sudah tidak tahan lagi.

“Saya bercadang untuk berkahwin isteri keempat kerana sekarang isteri saya boikot saya dan kata mereka tidak mahu lagi anak.

“Mereka tidak benarkan saya mendekati mereka, tapi saya ada nafsu yang perlu dipenuhi. Saya mahu lagi,” katanya.

Khan berusia 17 tahun apabila dia mengahwini sepupunya yang berusia 14 tahun di Shawa. Mereka mempunyai lapan anak perempuan dan empat anak lelaki, tapi selepas lapan tahun, lelaki gagah itu berkahwin lagi kepada seorang gadis berumur 17 tahun.
“Saya masih tak puas,” katanya di rumahnya yang mempunyai 17 bilik. Khan, yang pernah bekerja sebagai pemandu teksi di Dubai dari 1976 hingga 1992, berkata dia tidak mahu terbabit dalam zina dan justeru perlu berkahwin secara sah.

Perkahwinan ketiganya adalah dengan balu abangnya yang terbunuh dalam satu pergaduhan sebulan selepas berkahwin.

Khan berkata ketiga-tiga isterinya tiada masalah dan tinggal di bawah satu bumbung, tapi beliau ada masalah untuk mengenali siapa ibu kepada anaknya.

“Saya boleh beritahu yang ini anak saya atau yang itu anak saya, tapi tidak boleh beritahu siapa ibu mereka,” tambahnya. - AFP 

Thursday, July 17, 2014

Negara terkecil hanya saiz sebuah rumah?

Sealand
Sealand
TAHUKAH anda negara terkecil di dunia hanya sebesar sebuah rumah di tengah laut.

Agaknya mungkin ada yang tercari-cari di mana letaknya negara paling terkecil di dunia dan jawapannya ialah negara Sealand.

Sealand merupakan sebuah negara mikro yang terletak di atas HM Fort Roughs (pernah dikenali sebagai Maunell Sea Fort), sebuah pangkalan tentera semasa Perang  Dunia Kedua.

Terletak kira-kira 10 km (6 batu) dari pantai Suffolk, Britain dan luasnya hanya empat kilometer persegi.

Negara terkecil di dunia ini bukanlah sebuah pulau, tetapi ia merupakan sebuah struktur bangunan di tengah laut yang disokong oleh dua menara besar.

Kalau dilihat dari jauh, ia tidak ubah seperti rig gerudi minyak.

Struktur ini dibina oleh Tentera Laut Kerajaan Inggeris. Namun pada tahun 1968 mahkamah memutuskan struktur tersebut berada di wilayah perairan antarabangsa dan ertinya di luar bidang kuasa Inggeris.

Sejarah Sealand

Sejarah Sealand adalah kisah perjuangan untuk kebebasan.

Sealand telah diasaskan pada prinsip bahawa mana-mana kumpulan orang tidak berpuas hati dengan undang-undang dan sekatan yang menindas negara bangsa yang sedia ada boleh mengisytiharkan kemerdekaan pada mana-mana tempat tidak dituntut untuk berada di bawah bidang kuasa entiti lain berdaulat.

Ini melahirkan moto negara Sealand ini E Mare Libertas, atau "Dari Laut, Kebebasan".

Semasa Perang Dunia Kedua, kerajaan Britain membina beberapa kubu di Utara laut untuk mempertahankan pantai dari pencerobohan Jerman.

Kubu ini  dibina secara haram di perairan antarabangsa.

Salah satu kubu ini, yang terdiri daripada konkrit dan pembinaan keluli, adalah kubu diraja Roughs Tower yang terkenal dan terletak di utara kawasan muara Sungai Thames.

Berbeza dengan pelan asal untuk mencari menara dalam wilayah berdaulat England, kubu ini terletak pada jarak kira-kira 7 batu nautika dari pantai, iaitu lebih dua kali ganda.

Siapa yang mengurus Sealand?

Sealand diuruskan oleh keluarga Bates selepas mendapat hak untuk mentadbir Sealand.

Bates telah mengemukakan banyak hujah dan yakin bahawa Sealand sah menjadi negara yang berdaulat.

Alasannya tetap, Sealand tidak masuk mana-mana wilayah negara saat ianya dibina.

Tambahan pula, orang-orang Belanda yang kalah melawan Bates ditahan dalam penjara dan banyak negara yang menyeru agar beliau membebaskan mereka.

Ini bermakna, kalau Sealand bukan negara, mana mungkin mereka meminta hal tersebut.

Hebatnya, Sealand ia mempunyai setem sendiri, lagu kebangsaan, wang (dolar Sealand), hingga bendera kebangsaan.

Ironis, kewujudan Sealand jadi polemik bagi dunia antarabangsa.

Negara ini tidak menjadi anggota PBB, dan pada tahun 1987 Britain memperluaskan wilayah perairannya hingga mendakwa Sealand masuk ke dalam kekuasaan Inggeris.

Rakyatnya menghasilkan pendapatan melalui jualan cenderamata, gambar dan sebagainya melalui internet.

Menurut wikipedia, jumlah populasi di Sealand pada 2004 berjumlah 27 orang.

Sumber terkini mengatakan kini hanya tinggal 4 orang sahaja.

Ugut isteri dengan tembikai


Hartford: Seorang lelaki berdepan dengan tuduhan mengugut isterinya selepas dia ‘menikam’ sebiji tembikai dan sengaja meninggalkannya di dapur untuk membolehkan si isteri melihatnya.

Ketua Jabatan Polis Thomaston James Campbell berkata, Carmine Cervellino, 49, dihadapkan ke mahkamah kelmarin atas tuduhan mengugut dan juga salah laku.

Cervellino ditahan Sabtu lalu dan dibebaskan selepas membayar wang ikat jamin sebanyak AS$500 (RM1,600) bon.

Menurut Campbell, rumah tangga pasangan itu mula berantakan 4 Julai lalu apabila isteri Cervellino membuat laporan polis setelah menemui pil dan ganja yang disembunyikan di dalam kotak peralatan tukang milik suaminya.

Pasangan berkenaan dikatakan dalam proses untuk bercerai ketika itu.

Wanita itu menganggap dirinya diancam setelah pulang dari balai polis dan menemui tembikai berkenaan bersama-sama pisau pemotong daging pada buah itu.

Sejurus selepas itu, Cervellino masuk ke dapur dan tanpa berkata apa-apa, memotong tembikai itu.

“Kami menganggap perbuatan lelaki itu sebagai sesuatu yang serius,” kata Campbell, semalam.

Cervellino akan dibicarakan 28 Ogos depan.



Dia bagaimanapun tidak berdepan dengan sebarang tuduhan berkait dengan dadah.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/17

Perogol dibicara secara terbuka


Mahkamah terbuka di daerah Hengshan di wilayah Shaanxi, barat China dipasang dengan sistem audio untuk membolehkan orang ramai mendengar perbicaraan itu. 
Kes itu dianggap berprofil tinggi kerana ia membabitkan anggota polis dan suspek didakwa merancang dengan teliti setiap jenayah yang dilakukannya. 

Menurut media tempatan, pada awalnya polis mengesyaki dalang yang melakukan serangan ke atas wanita berkenaan adalah bekas anggota tentera.
Foto
AI Kung diheret di depan orang ramai di Hengshan.

Bagaimanapun, apabila DNA dan imej suspek diperoleh, ia jelas menunjukkan suspek ialah Ai Kung.

Dia baru saja bersara sebelum menjadi pengawal keselamatan sekolah. 

Pendakwa raya menyifatkan Ai Kung seperti watak dalam Jekyll dan Hyde kerana pada siang hari dia seolah-olah menjadi penegak undang-undang tetapi sebelah malam, menjadi pemangsa tidak berperikemanusiaan. 

Mangsanya, sembilan wanita muda berusia antara 18 hingga 32 tahun. 

Dia menyerang mangsanya sebelah malam setelah mengheret mangsa ke kawasan terpencil. 

Mereka dipukul, diperkosa, dirompak sebelum ditinggalkan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/17

Pengemis miliki RM26,000


Khorfakkan: Seorang pengemis warga Bangladesh yang ditahan oleh pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE) didakwa memiliki wang sebanyak Dh30,000 (RM26,000) ) ketika ditahan dalam satu operasi membanteras peminta sedekah.

Dia adalah antara beberapa pengemis yang ditangkap dalam operasi berasingan di seluruh timur UAE sejak Ramadan bermula.


Apabila polis memeriksanya, mereka menemui hampir Dh30,000 yang dikumpulnya hasil aktiviti mengemis yang di bandar itu.

Polis turut menemui laporan kesihatan palsu yang digunakan lelaki berkenaan bagi menarik simpati orang ramai.


Namun tidak dapat dipastikan sama ada wang berkenaan dikumpulkannya dalam masa sehari. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/17

Pihak berkuasa Fukang takut mancis


Fukang: Pihak berkuasa bandar di barat Xinjiang mengharamkan mancis dan bertindak memusnahkan lebih 20,000 kotak mancis sebagai usaha ‘menentang keganasan.’

Fukang yang terletak berhampiran Urumqi, ibu negeri Xinjiang, mengambil langkah menghapuskan semua mancis di bandar berkenaan bagi memastikan ia tidak digunakan oleh ‘kumpulan pejuang atau individu’ untuk menjalankan aktiviti jenayah.


Setakat ini polis sudah memusnahkan 20,223 kotak mancis bagi memastikan bandar raya berkenaan kekal aman.

Polis daerah mengumumkan secara rasmi minggu lalu mengenai pengharaman ini.


Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak menjelaskan bagaimana mancis boleh digunakan dalam aktiviti jenayah.


China mengambil tindakan tegas setelah beberapa keganasan meletus di Xinjiang, wilayah yang majoriti penduduknya beragama Islam. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/17

Padah ambil jalan dekat


Mangsa dikenali sebagai Wu itu bagaimanapun terselamat tetapi mengalami kecederaan parah.
Difahamkan, Wu melalui sebuah lorong kecil untuk pulang ke rumahnya namun mendapati pintu pagar di hujung jalan itu terkunci.

Dia dan beberapa rakannya kemudian memutuskan untuk memanjat pagar tetapi malangnya lengan serta bahu kiri Wu tersangkut serta tertusuk pada pagar itu ketika cuba melompat.
Foto
WU ketika di hospital.

Wu pengsan akibat kecederaan itu dan rakannya segera menghubungi pasukan kecemasan.

Anggota bomba terpaksa menggunakan alat pemotong untuk menurunkan Wu sebelum alat pemotong hidraulik pula digunakan untuk memotong pasak pada pagar besi itu.

Akhirnya, bomba menggunakan gergaji bulat untuk membuang besi yang menusuk bahu Wu. 

Keseluruhan proses mengambil masa lima minit sebelum mangsa dikejarkan ke hospital.

Wu bernasib baik kerana tulang dan organ dalamannya tidak rosak dan kini beransur pulih. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/17

Ahli perniagaan Jepun biayai baik pulih piramid


YAGI bergambar di depan sebuah piramid purba yang sedang dibaik pulih di Rom pada 15 Julai lalu.


ROM - Seorang ahli perniagaan Jepun sanggup membiayai kos bagi membaikpulih sebuah piramid purba sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan Itali.
Ahli perniagaan tersebut, Yuzo Yagi berkata, kerja baik pulih yang menelan belanja hampir AS$2.7 juta (RM8.61 juta) itu diisiapkan beberapa bulan lebih awal selepas kerja-kerja tersebut bermula tiga tahun lalu.
"Ia merupakan tanda terima kasih kerana syarikat fesyen saya yang telah berkembang maju. Terima kasih kepada Itali," katanya pada majlis penyerahan piramid berkenaan kepada Kementerian Kebudayaan Itali kelmarin.
Menteri Kebudayaan Itali, Dario Franceschini berharap projek tersebut akan memberi galakan kepada sektor swasta untuk menderma bagi projek baik pulih.
"Ia merupakan satu contoh yang baik," katanya.
Piramid setinggi 36 meter tersebut dibina pada tahun 18 hingga 12 Sebelum Masihi yang menempatkan kubur seorang hartawan di Rom, Gaius Cestius.
Bagaimanapun, piramid yang terletak di tengah satu persimpangan di bandar ini tidak mengandungi harta karun. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0717&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz37fuJ2Rfh 
Hakcipta terpelihara 

Lima rakan temui ikan tuna gergasi



seEkor ikan tuna jenis bluefin sepanjang 2.17 meter dengan berat 136 kilogram ditemui lima sekawan di Cornwall baru-baru ini.


KINGSAND, Britain - Sekumpulan sahabat menemui seekor ikan tuna bluefin sepanjang 2.17 meter di perairan Cornwall baru-baru ini.
Lima orang sahabat itu terdiri daripada Sarah Little, 22, Laura Pickervance, 23, Hannah Ford, 24, Shauna Creamer, 23 dan Charlotte Kamar, 24, menemui ikan tuna yang memiliki berat 136 kilogram ketika sedang berkayak.
Menurutnya, salah seorang daripada mereka terjun ke dalam laut selepas mendapati terdapat seekor ikan yang sedang terapung.
Namun, rakannya itu kemudian mendapati ikan tersebut telah mati.
"Ketika kami membawanya naik ke darat, sekumpulan orang awam yang berkumpulan berada di pantai untuk melihat apa yang kami tangkap.
"Kami berusaha untuk menariknya namun ikan itu terlalu berat sehingga memaksa empat orang lelaki membawa ke daratan," kata Little.
Kelima-lima mereka bagaimanapun berasa kecewa kerana tidak dibenarkan menjual hasil tangkapan mereka yang hampir mencecah AS$1.7 juta (RM5.4 juta) oleh pihak berkuasa.
Ikan berkenaan kemudiannya dibawa oleh beberapa kakitangan Organisasi Pengurusan Marin untuk dijadikan bahan kajian oleh para saintis di Universiti Exeter. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0717&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz37ftt0zp2 
Hakcipta terpelihara