Pages

Sunday, July 3, 2011

Kisah Teladan : Menikah Dengan Seorang Gadis yang Buta,Tuli, Bisu dan Lumpuh

Pada zaman dahulu ada seorang pemuda pengembara bernama Ahmad. Ahmad adalah seorang pengembara yang soleh dan taat kepada Allah. Hutan, gunnung serta padang pasir telah dilalui dalam pengembaraannya.

Suatu ketika disaat Ahmad sedang menyusuri sebuah sungai. Dia merasa dahaga yang tiada terhingga, karena hari memang sangat panas sekali. Ahmad pun kemudian berhenti dipinggir sungai untuk minum dan mencuci mukanya. “Alhamdulillah….. terimakasih ya Allah, engkau telah memberikan keselamatan kepadaku dengan air sungai ini”. Tiba-tiba Ahmad melihat sesuatu mengapung-apung disungai menuju kearahnya. Tanpa berfikir panjang Ahmad pun kemudian mencebur dan mengambilnya yang ternyata adalah sebuah epal. “Ini mungkin rezeki untukku”. Ahmad kemudian memakan epal itu. Tetapi disaat epal itu termakan hampir habis, Ahmad teringat sesuatu. “Astaghfirullah, Kalau ada buah epal terjatuh, berarti disekitar sini ada sebuah kebun. Dan bila ada sebuah kebun, mungkin kebun itu ada yang memiliki. Ya Allah Ampunilah hambamu yang telah memakan buah ini tanpa meminta izin kepada pemiliknya. Sebaiknya aku mencari dimana pemilik kebun dari buah ini.

Ahmad pun kemudian menyusuri sungai itu tanpa merasa letih. Dan benarlah, ternyata diujung sebuah hulu sungai ada sebuah kebun epal yang sangat luas. Ahmad kemudian mendatangi kebun itu dan mencari pemiliknya. Disaat Ahmad sedang mencari tiba-tiba seorang tua mengejutkannya.

“Assalamu’alaikum. Sedang mencari apa gerangan anak muda?”

“Waalaikumussalam… Apakah bapak tau siapa pemilik kebun epal ini?”

“Sayalah pemiliknya. Kenapa ?

“Jadi, jadi pemilik kebun ini adalah bapak sendiri. Oh.. Kebetulan sekali. Saya minta maaf kerana saya telah memakan sebuah epal yang saya duga berasal dari kebun bapak”.

“Dimana engkau menemukannya anak muda?” tanya org tua itu.

“Disebuah sungai disaat saya sedang minum dan membasuh muka saya”.

Pemilik kebun epal itu terdiam dan menatap mata Ahmad dengan tajam. Ahmad pun kemudian berkata, “Maafkanlah saya pak, saya siap menerima hukuman apa pun dari bapak. Apapun hukumannya, asalkan bapak memaafkan saya”.

“Ya, ya ya…. Kalau begitu kau akan menerima hukuman dariku”. Kata orang tua itu seraya terus menatap tajam mata ahmad.

“Silakan, apa hukuman yang akan aku terima ?”

“Kau harus membersihkan kebunku selama satu bulan penuh”

“Baiklah, saya akan menjalankan hukuman itu dengan ikhlas kerana Allah” Kata Ahmad sabar.

Demikianlah, berhari-hari Ahmad membersihkan kebun epal itu dengan rajin dan senang. Dia berharap dapat menghapus kesalahan yang telah dilakukannya. Hingga tidak terasa satu bulan penuh Ahmad telah menjalankan hukuman. Ahmad pun kemudian mendatangi pemilik kebun itu.

“Saya telah menjalankan hukuman untuk membersihkan kebun selama satu bulan penuh. Dan hari ini adalah hari yang terakhir, Apakah ada hukuman lain untuk menebus kesalahan saya?” Tanya Ahmad.

“Ada. Aku mempunyai seorang anak gadis bernama Rokayah. Dia buta, tuli, bisu dan lumpuh. Kau harus menikahinya.Jawab pemilik kebun

Bukan cuma terkejut, Ahmad pun gemetar. Tubuhnya berkeringat. Kerana Ahmad berfikir begitu berat ujian dan hukuman yang dia terima. pemilik kebun itupun bertanya.

“Kenapa, apakah kau tidak bersedia?” tanya pemilik kebun itu membuat ahmad berfikir. Tidak lama kemudian ahmad dapat menguasai diri. Dia yakin apabila pemilik kebun tidak memaafkannya, maka Allahpun tidak akan memaafkan kesalahannya yang telah memakan epal yang bukan miliknya.

“Baiklah, saya akan penuhi. Saya ikhlas kerana Allah untuk menikahi anak pak cik. Jawab Ahmad

Dengan kesabaran dan keikhlasan Ahmadpun kemudian menikahi gadis pemilik kebun epal. Disaat usai pernikahan, Ahmad hendak memasuki kamar pengantin yang didalamnya telah menunggu gadis pemilik kebun epal

“Assalamu’alaikum”…. Ucap Ahmad seraya membuka tirai kamar.

“Wa’alaikummussalam, Silakan masuk. Aku telah menunggu sejak tadi” Seorang gadis menjawab dari dalam kamar

Ahmad terkejut bukan kepalang mendengar jawaban itu.

“Oh, maafkan saya. Mungkin saya salah memasuki kamar ini. Sebenarnya saya mencari gadis bernama Rokayah. Dia anak pemilik kebun epal”. Kata Ahmad bingung.

“Sayalah yang engkau cari”. Jawab gadis itu

“Oh tidak…. Tidak mungkin”.

Ahmad pun berlalu dengan tergesa meninggalkan gadis itu dan menemui pemilik kebun.

“Sebelumnya maafkan saya yang telah lancang memasuki sebuah kamar seorang gadis cantik. Tapi… dimanakah sebenarnya kamar Rokayah isteri saya?” Tanya Ahmad

“Kau tidak salah. Yang kau masuki memang kamar rokayah anakku satu-satunya. Dan yang didalam kamar memang anakku. Dialah rokayah”.

“Tetapi kenapa saya tidak melihat dia buta, tuli, bisu dan lumpuh?” Tanya Ahmad.

“Anakku….. Rokayah memang buta, tuli, bisu dan lumpuh. Tapi yang aku maksud dia buta, kerana dia tidak pernah menggunakan kedua matanya untuk melihat hal-hal yang buruk. Dia tuli, kerana telinganya tidak pernah digunakan untuk mendengarkan pembicaraan-pembicaraan yang buruk. Dia bisu, kerana dia tidak pernah menggunakan mulutnya untuk berbicara kotor. Dan dia lumpuh, kerana dia tidak pernah berjalan ketempat-tempat maksiat. Sekarang segeralah kau kembali kekamarnya. Temuilah dia yang sekarang menjadi isterimu”.


Betapa bahagianya Ahmad yang ternyata mendapatkan seorang isteri yang bukan cantik jelita, namun seorang gadiis yang beriman dan taat kepada Allah.
Aku Hanya Seorang Hamba ALLAH: Kisah Teladan : Menikah Dengan Seorang Gadis yang Buta,Tuli, Bisu dan Lumpuh

Pengajaran Kisah Tauladan: Seorang Gadis Bernama Li-Li

Seorang gadis Cina bernama Li-Li menikah dan tinggal bersama suami dan ibu mertua. Semenjak itu, Li-Li menyedari bahwa dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan ibu mertuanya dalam semua perkara. Sikap dan prinsip mereka berbeza dan Li-Li sangat marah dan tidak begitu menyenangi ibu mertuanya. Li-Li juga sering dikritik ibu mertuanya. Hari demi hari, minggu demi minggu, Li-Li dan ibu mertua tidak pernah berhenti berleter dan bertengkar. Keadaan menjadi bertambah buruk, kerana berdasarkan tradisi Cina, Li-Li harus taat kepada setiap permintaan ibu mertua.

Semua ketegangan dan pertengkaran di dalam rumah menyebabkan si suami yang miskin itu berada di dalam tekanan. Akhirnya, Li-Li tidak tahan lagi dengan sikap panas baran dan dominasi ibu mertuanya, dan dia memutuskan untuk melakukan sesuatu.

Li-Li pergi menemui teman baik ayahnya, Mr. Huang, yang menjual herba ubatan Cina. Li-Li menceritakan segala masalah yang dialaminya dan meminta Mr.Huang memberinya sejumlah racun supaya masalahnya dapat diselesaikan.

Mr. Huang berfikir sejenak dan tersenyum dan akhirnya berkata, "Li-Li, saya akan menolong kamu, tapi kamu harus dengar dengan teliti dan melakukan apa yang saya suruh"

Li-Li menjawab, "Baik, saya akan melakukan apa saja yang pakcik minta."

Mr. Huang mencari-cari sesuatu di dalam sebuah bilik dan kembali beberapa minit kemudian dengan membawa sejumlah herba.

Dia memberitahu Li-Li, "Kamu tidak boleh menggunakan racun yang bertindak-balas cepat untuk membunuh ibu mertuamu, kerana nanti akan menyebabkan orang berasa curiga. Oleh sebab itu saya memberi kamu sejumlah herba yang secara perlahan akan meracuni tubuh ibu mertuamu. Setiap hari masakkan daging atau ayam dan kemudian campurkan sedikit herba ini. Untuk memastikan bahawa tidak ada orang yang mencurigaimu, kamu harus berhati-hati dan berbuat baik dengan ibu mertuamu. Jadikan dia sebagai sahabat. Jangan berdebat dengannya, taati dia, dan layani dia seumpama seorang ratu."

Li-Li berasa sangat senang. Dia kembali ke rumah dan mula merancang pembunuhan ibu mertuanya.

Minggu demi minggu berlalu, bulan berganti bulan, dan setiap hari, Li-Li memasakkan ibu mertuanya dengan masakan yang dibuat secara khusus. Li-Li ingat segala pesanan Mr. Huang. Untuk mengelakkan sebarang kecurigaan, Li-Li berhati-hati mengawal emosinya, mentaati ibu mertuanya, melayan ibu mertuanya seperti ibunya sendiri dan bersahabat.

Setelah enam bulan berlalu, suasana rumah berubah menjadi ceria. Li-Li telah belajar mengawal emosinya dengan baik sehingga hampir tidak pernah meledak dalam amarah atau kekecewaan. Dia tidak bertengkar sekalipun dengan ibu mertuanya, yang sekarang kelihatan jauh lebih baik dan mudah bersahabat.

Sikap ibu mertua terhadap Li-Li juga berubah. Dia mula menyayangi Li-Li seperti anaknya sendiri. Dia semakin senang memberitahu teman-teman dan kenalannya bahawa Li-Li adalah menantu terbaik yang pernah ditemuinya. Li-Li dan ibu mertuanya sekarang sangat rapat di antara satu sama lain.

Suami Li-Li turut gembira melihat perubahan yang berlaku. Suatu hari, Li-Li datang menemui Mr. Huang dan minta pertolongan lagi. Dia berkata, "Mr. Huang, tolonglah saya untuk mencegah racun itu membunuh ibu mertua saya. Dia telah berubah menjadi seorang wanita yang sangat baik dan saya mengasihinya seperti ibu saya sendiri. Saya tidak ingin dia mati kerana racun yang saya berikan."

Mr. Huang tersenyum dan mengangkat kepalanya. "Li-Li, tidak usah bimbang. Saya tidak pernah memberimu racun. Herba yang saya berikan dulu adalah vitamin untuk meningkatkan kesihatannya. Satu-satunya racun yang pernah ada ialah di dalam fikiran dan sikapmu terhadapnya, tapi semuanya sudah lenyap dibersihkan oleh kasih sayang dan perhatian yang kamu berikan padanya."

Moral:
Pernahkah anda menyedari bahawa sebagaimana perlakuanmu terhadap orang lain akan sama dengan apa yang akan mereka lakukan terhadap kita?

"Pepatah China berkata: Orang yang mengasihi orang lain akan dikasihi"
Pengajaran Kisah Tauladan: Seorang Gadis Bernama Li-Li

Pengislaman Abu Darda'

WAHAI orang-orang beriman, masuklah ke dalam agama Islam seluruhnya, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata. (al-Baqarah: 208)
ABU Darda' merupakan seorang seorang lelaki yang kuat mengamalkan ajaran menyembah berhala. Beliau menyerahkan semua urusan di tangan berhalanya itu. Dia amat bergantung kepada berhala di rumahnya apabila ingin membuat keputusan. Kepala berhala akan dibungkuskan dengan secebis kain yang kemudiannya diletakkan di dalam sebuah bilik khas. Bilik itu dijadikan Abu Darda' sebagai bilik penyembahan.
Abdullah bin Rawahah merupakan sahabat baik Abu Darda'. Malah lelaki itu sudah dianggap saudaranya. Mereka saling mengenali ketika zaman jahiliah lagi. Abdullah terlebih dahulu memeluk agama Islam.
Oleh sebab itu, dia sering ke rumah Abu Darda dan mengajak sahabatnya itu memeluk agama Islam, namun Abu Darda' sering kali menolak. Dia memberi alasan bahawa dia belum bersedia lagi hendak meninggalkan agama nenek moyangnya itu.
Pada suatu hari, Abdullah pergi ke rumah Abu Darda'. Beliau tidak masuk ke dalam rumah dan menemui Abu Darda'. Sebaliknya beliau bersembunyi dan menunggu sehingga Abu Darda' keluar. Abdullah lalu masuk ke dalam rumah Abu Darda'. Dia merapati isteri Abu Darda; yang sedang menyikat rambut.
"Di mana Abu Darda?" Abdullah berpura-pura bertanya kepada wanita itu.
"Oh, dia baru saja keluar. Ada urusan," maklum isteri Abu Darda'.
Apabila isteri Abu Darda' tidak melihatnya, Abdullah bagaikan pencuri segera memasuki bilik penyembahan Abu Darda'. Abdullah mengambil kapak yang tersimpan di dalam bilik itu lalu menghampiri berhala milik Abu Darda' yang amat disayanginya itu. Kapak itu diangkat setinggi-tingginya lalu dengan deras Abdullah menghayun kapak itu ke arah berhala Abu Darda'.
"Ingatlah, segala apa yang disembah selain Allah adalah tidak benar. Bodoh!" kutuk Abdullah sambil terus memecahkan berhala itu. Berhala itu berkecai-kecai dalam masa yang singkat sahaja. Abdullah terus mengutuk berhala itu.
Isteri Abu Darda' yang sedang menyikat rambutnya terkejut. Dia mendengar bunyi bising dari dalam bilik berhala. Dia pun segera menuju ke bilik itu. Sebaik sahaja pintu itu terbuka, dia terkejut melihat berhala suaminya sudah hancur berkecai ke atas lantai. Abdullah kelihatan masih lagi menghayun kapaknya.
"Eh, Abdullah! Apa yang engkau lakukan ini?" tanya isteri Abu Darda'. "Matilah aku kalau Abu Darda' melihatnya nanti."
Abdullah tidak menjawab. Dia segera keluar dan melarikan diri dari rumah itu. Apabila Abu Darda' pulang ke rumah, dia terus menuju ke bilik berhalanya. Alangkah terkejutnya Abu Darda' apabila melihat berhala yang selalu disembahnya sudah hancur. Tidak ada apa-apa pun yang tertinggal.
"Siapa yang pecahkan berhalaku?" tanya Abu Darda' kepada isterinya. Dia menengking isterinya kerana menyangkakan wanita itu yang memecahkannya.
"Bukan saya yang pecahkan berhala itu," jawab isteri Abu Darda' sambil menangis teresak-esak. Dia sesal kerana Abdullah telah memecahkan tuhan mereka itu. Pasti tuhan mereka itu akan murka nanti.
"Kalau bukan kau yang pecahkan, siapa dia yang kurang ajar ini?" soal Abu Darda' lagi.
"Abdullah, saudara itu," jawab isterinya.
"Abdullah? Tapi kenapa?" soal Abu Darda' lagi.
"Saya tidak tahu. Saya pun tidak menyangka dia akan berbuat begitu. Dia datang bertanya sama ada kau ada atau tidak. Saya pun tidak perasan bila dia masuk ke dalam bilik penyembahan dan memecahkan tuhan kita itu," jawab isterinya lagi.
Abu Darda' berasa amat marah kepada Abdullah. Ini adalah perbuatan yang tidak dapat dimaafkan sama sekali. Namun, tiba-tiba Abu Darda' terdiam. Amarahnya perlahan-lahan menurun. Dia memandang berhalanya yang sudah berkecai itu.
"Kenapa tuhan ku ini mendiamkan diri saja bila Abdullah memusnahkannya? Kenapa dia tidak mempertahankan diri dan bertindak balas? Bagaimana dia mahu melindungi kami jika dirinya sendiri pun dia tidak mampu melindungi," fikir Abu Darda' di dalam hatinya.
Mulai hari itu, Abu Darda' selalu memikirkan persoalan itu. Akhirnya, Abu Darda' berjumpa Abdullah dan memberitahu keinginannya untuk memeluk agama Islam. Abdullah pun membawa sahabatnya itu berjumpa dengan Rasulullah. Di hadapan Rasulullah, Abu Darda' memeluk agama Islam dengan hati yang ikhlas.
- Petikan daripada buku Untaian 366 kisah daripada al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.
sumber_utusanmalaysia_13mar09
MeaNinG Of LiFe: Pengislaman Abu Darda'

Bidadari untuk Umar r.a.

Umar r.a. adalah salah satu dari sahabat Rasulullah SAW. Semenjak ia memeluk islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani sholat dan thowaf dika'bah secara terang-terangan. Umar r.a. adalah seorang yang waro', ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar r.a. mempelajari surah Al-Baqoroh selama 10 tahun, ia kemudian melapor kepada Rasulullah SAW, "wahai Rasulullah SAW apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqoroh, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya". Rasulullah SAW menjawab, "sudah..."!. Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah SWT. Karena kesungguhannya inilah maka banyak ayat di Al-Qur'an yang diturunkan Allah SWT berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Qur'an lainnya.

Rasulullah SAW seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalannya mi'raj menghadap Allah SWT. Beliau SAW sering pula menceritakan bagaimana keadaan surga yang dijanjikan Allah SWT kepada sahabat-sahabatnya. Suatu hari ketika Rasulullah SAW dimi'rajkan menghadap Allah SWT malaikat Jibril AS memperlihatkan kepada Beliau SAW taman-taman surga. Rasulullah SAW melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkrama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeda dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu. Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril AS, "wahai Jibril AS bidadari siapakah itu"?. Malaikat Jibril AS menjawab, "Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.". Pernah suatu hari ia membayangkan tentang surga yang engkau ceritakan keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeda dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bagian atas matanya berwarna merah, dan bagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Karena sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak Allah SWT maka saat itu juga Allah SWT menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya".
MeaNinG Of LiFe: Bidadari untuk Umar r.a.

Kisah Gadis Iskandariah, Mesir

Kisah ini diambil dari majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM"
Menurut majalah tersebut, pada hari kejadian, gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat itu menaiki sebuah mikrobas (bas mini) untuk menuju ke satu destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis, seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.



Gadis itu dlm lingkungan 20 tahun. Didalam bas itu ada seorang tua yg dipenuhi uban menegurnya, "Wahai pemudi,alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu. Itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki " nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertepatan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang nakal dan mengejek. " Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka? " Setelah menghamburkan kata-kata yg sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.
" Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka Jahannam untukku " katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis itu. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perlakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam. Ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Lantas semua yang di dalam bas itu tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan menghina agama dgn lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas itu pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas. Puas pemandu bas dan para penumpang yang lain mengejutkannya tetapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba-tiba orang tua yang menasihatinya tadi terus memeriksa nadi si gadis itu. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Para penumpang menjadi cemas dengan situasi yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang sedang aneh berlaku pada mayat gadis yang terbujur kaku di jalan raya itu. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan untuk menguruskan mayat itu.

I hold it true - Kisah ini diambil dari majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM"

Tradisi ‘mengingat’ unik

‘Unik’ itulah perkataan yang paling sesuai untuk digambarkan kepada beberapa penduduk di Kampung Charok Bemban yang masih mengamalkan tradisi ‘mengingat’ yang semakin hilang ditelan arus zaman.

‘Mengingat’ merupakan istilah tempatan yang membawa maksud iaitu menangkap ikan tanpa menggunakan sebarang kelengkapan selain daripada kedua-dua belah tangan dan juga kaki.

Tradisi ini merupakan idea orang yang terdahulu yang kemungkinan tidak mempunyai peralatan yang cukup untuk menangkap ikan. Sehubungan itu, mereka hanya bergantung kepada anggota badan.

Tradisi ini masih lagi dipelajari oleh golongan veteran walaupun terdapat banyak kelengkapan menangkap ikan dewasa kini. Namun begitu, ia kemungkinan akan pupus berikutan kurang mendapat sambutan dalam kalangan generasi muda.

Penduduk Kampung Charok Bemban, Abdul Ghani Hassan, 44, berkata, tradisi itu dipelajari oleh ibu bapanya yang dulu aktif dalam aktiviti mengingat.

“Mengingat boleh dilakukan di sungai yang dalam. Mengikut logik akal, memang susah untuk menangkap ikan di dalam sungai yang keruh dan dalam. Tapi, itulah keunikan mengingat,” katanya kepada Sinar Harian.



Cara-cara mengingat



Untuk mengingat, seseorang itu perlu berani dan tidak geli kerana kita tidak mengetahui apakah ikan ditangkap semasa mengingat.

“Mengingat perlu dilakukan dalam sungai yang keruh. Jadi, kita tidak akan tahu apakah jenis ikan masuk ke dalam tangan kita. Lepas dah berjaya tangkap, barulah kita lihat jenis ikannya. “Namun, ada juga yang berasa geli apabila memegang sesuatu yang licin. Sehubungan itu, orang sebegini tidak boleh mengingat kerana ikan pasti terlepas dari genggaman mereka,” katanya.

Menurutnya, proses mengingat ini bermula dengan mengocakkan air sungai agar ikan keluar dari tempat persembunyian mereka.

“Dalam pada masa yang sama, kita perlu letakkan kedua-dua belah tangan di dalam sungai sambil meraba-raba sehinggalah kita merasai rempuhan ikan berkenaan. Bila ikan dah terkena tangan, kita tahu kawasan berkenaan merupakan lubuk ikan.

“Sehubungan itu, kita akan terus meraba-raba di dalam sungai. Bila ada ikan yang melanggar tapak tangan, pengingat akan terus menggenggam ikan berkenaan,” katanya.

Setiap pengingat akan membawa guni ataupun plastik yang akan diikat di pinggang mereka untuk menyimpan ikan yang berjaya ditangkap.

“Walaupun caranya nampak mudah. Namun sebenarnya ia sukar bagi orang yang tidak berpengalaman. Untuk mengingat, kepantasan dan naluri itu penting untuk memastikan ikan berjaya ditangkap,” katanya.



Risiko mengingat



Setiap perkara pasti mempunyai risiko sama ada besar mahupun kecil. Begitu jugalah dengan mengingat. Seperti mana diketahui, kita tidak mengetahui apakah ikan yang di dalam genggaman kita. Jadi, risiko untuk disengat oleh ikan berbisa adalah tinggi. Namun begitu, perkara ini merupakan perkara biasa dan ia tidaklah dianggap risiko yang serius bagi seorang pengingat.

Menurutnya, selain risiko disengat, pengingat juga terdedah kepada haiwan berbisa seperi ular air dan sebagainya.

“Semasa mengingat, kita akan mencari tempat yang menjadi lubuk ikan. Lubuk ikan selalunya di kawasan kayu-kayu dan pepohon.

“Tempat begini bukan sahaja dihuni oleh ikan tetapi juga haiwan berbisa. Namun begitu, setakat ini, belum lagi terjadi perkara yang serius sehingga menjejaskan minat terhadap tradisi ini,” katanya.



Beza dulu dan sekarang



Menurutnya, tidak dinafikan, memang terdapat perbezaan yang besar ketika mengingat pada waktu dahulu dan juga sekarang.

“Dulu ramai yang pandai mengingat. Bila ramai, suasana akan menjadi lebih meriah. Mengingat tidak perlu keadaan yang sunyi. Lebih ramai orang yang mengingat, ikan akan bertambah takut seterusnya akan memudahkan pengingat untuk mendapatkan ikan.

“Selain itu, ikan dulu lebih banyak berbanding sekarang. Dalam masa beberapa jam, setiap pengingat boleh menaikkan sehingga dua kilo ikan. Sekarang, ikan bertambah kurang disebabkan pencemaran,” katanya.



Tradisi kemungkinan akan pupus



Menurut Ghani, tradisi ini kemungkinan pupus sekiranya generasi muda tidak mengambil peluang untuk mempelajari kemahiran mengingat.

“Dalam kampung ini, hanya beberapa orang sahaja yang mempunyai kemahiran mengingat. Jadi, amatlah rugi sekiranya tradisi ini tidak dipelajari oleh anak muda.

“Tradisi ini masih diamalkan kerana masih ada golongan veteran yang menyayangi tradisi ini, Sekiranya golongan ini tiada, kemungkinan tradisi ini akan terus terkubur,” katanya.
SH

Kesatuan Afrika tolak waran tangkap Gaddafi


MALABO 2 Julai - Sidang Kemuncak Kesatuan Afrika semalam membuat keputusan tidak menyokong tindakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap ke atas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Katanya, waran tangkap itu hanya memburukkan lagi usaha untuk mencapai keamanan dalam konflik di Libya.

Pada 27 Jun lalu, ICC mengeluarkan waran tangkap ke atas Gaddafi, anak lelakinya, Seif al-Islam dan ketua perisik Libya, Abdullah al-Senussi kerana didakwa mencetuskan pemberontakan berdarah sejak pertengahan Februari tahun ini.

Persidangan tersebut juga bersetuju untuk melaksanakan pelan damai berhubung konflik di Libya dengan lima pemimpin negara Afrika yang akan bertindak sebagai orang tengah. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Maghribi had kuasa raja



Raja Mohammed VI turut mengundi di satu pusat pengundian di Rabat semasa pungutan suara bagi meminda Perlembagaan Maghribi dan mengehadkan kuasa baginda, kelmarin. - Agensi


RABAT 2 Julai - Rakyat Magribi bersetuju meminda Perlembagaan dan mengehadkan kuasa pemerintah, Raja Mohammed VI dalam satu pungutan suara semalam berikutan pemberontakan rakyat di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Taib Cherkaoui berkata, sebanyak 98 peratus pengundi menyatakan 'ya' selepas 94 peratus pos pengundian melaporkan keputusan kiraan undi masing-masing.

''Sebanyak 72.65 peratus pengundi keluar mengundi dalam pungutan suara itu,'' katanya ketika mengumumkan keputusan pungutan suara itu melalui siaran televisyen rasmi.

Pengkritik mengecam keputusan tersebut dan kumpulan belia dan sebuah pertubuhan dikenali sebagai Pergerakan 20 Februari mengumumkan ia akan mengadakan demonstrasi secara aman esok bagi membantah keputusan yang mereka sifatkan sebagai tidak masuk akal.

''Pungutan suara ini melanggar prinsip demokrasi,'' kata seorang pemimpin pergerakan itu, Najib Chaouki kepada AFP.

Taib menegaskan bahawa pungutan suara itu dilaksanakan mengikut peraturan dan ia menggambarkan sokongan kepada penggubalan Perlembagaan baru.

Bagi menunjukkan pungutan suara itu disokong golongan belia, beliau berkata, sebanyak 30 peratus pengundi merupakan mereka yang berumur di bawah 35 tahun.

Di bawah draf Perlembagaan baru itu, Raja akan kekal sebagai ketua negara, tentera dan agama Islam di Magribi.

Bagaimanapun, Perdana Menteri yang dipilih daripada parti yang menang dengan mempunyai anggota majoriti di Parlimen, akan bertindak sebagai ketua kerajaan. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Air Tangan Orang Yang Tidak Solat


imageTIDAK SOLAT
Assalamualaikum, dipetik dari Islam-The Way Of Life. Semoga mendapat manfaat darinya Insyaallah.

"Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.
Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.
Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" .
Air Tangan Orang Yang Tidak Solat | Firdaus Sani

Pensyarah maut dirempuh kereta sendiri


SEREMBAN 2 Julai - Seorang pensyarah wanita maut dirempuh kenderaannya sendiri yang secara tiba-tiba mengundur ketika mangsa hendak menutup pintu pagar di rumahnya di Taman Setia Hati, di sini semalam.

Mangsa, Nor Adibah Ghazali, 44, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ) di sini, pukul 2.10 pagi akibat cedera parah di kepala.

Difahamkan ketika kejadian kira-kira pukul 6 petang, Nor Adibah yang bertugas di Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM) di sini baru sampai ke rumah selepas selesai bekerja.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang memandu Perodua Myvi bersendirian kemudian meletakkan kenderaannya itu di dalam kawasan rumahnya yang agak curam.

"Bagaimanapun, ketika mangsa mahu menutup pintu pagar kereta berkenaan tiba-tiba mengundur lalu merempuh mangsa yang ketika itu berada di belakang.

"Berikutan itu wanita berkenaan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Kredibiliti ‘mangsa’ Strauss-Kahn lemah


SENANG HATI...Strauss-Kahn ditemani isterinya, Anne Sinclair, meninggalkan apartmen di New York yang menjadi tempat tahanannya selama ini.
SENANG HATI...Strauss-Kahn ditemani isterinya, Anne Sinclair, meninggalkan apartmen di New York yang menjadi tempat tahanannya selama ini.

NEW YORK: Pendakwa kes salah laku seks bekas Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) berkata, pengadu kini berdepan masalah kredibiliti serius apabila sejarah silamnya diselidik.
Pihak berkuasa percaya, pekerja hotel berusia 32 tahun itu melakukan penipuan berkali-kali sebelum ini dan ada kemungkinan mempunyai kaitan dengan aktiviti pengedaran dadah atau pengubahan wang haram.

Penolong Pendakwa Daerah, Joan Illuzzi-Orbon, berkata kekukuhan kes serangan seksual membabitkan Dominique Strauss-Kahn terjejas teruk.
Sebelum ini, pekerja hotel itu mendakwa dia dikejar Strauss-Kahn - ketika itu berbogel - dalam bilik Hotel Sofitel. Pemeriksaan menunjukkan, memang ada hubungan seksual berlaku di antara kedua-dua mereka, tetapi ia berlangsung atas dasar suka sama suka.

Sumber pula berkata, wanita tidak didedahkan identitinya itu juga sering berhubung melalui telefon dengan seorang pengedar dadah yang kini dipenjara.

Katanya, dalam tempoh 24 jam selepas bertemu Strauss-Kahn, 62, di bilik berkenaan, wanita terbabit didapati bercakap dengan banduan terbabit.
Dalam perbualan yang dirakamkan itu, wanita terbabit berbincang dengan banduan berkenaan mengenai kemungkinan mendapatkan keuntungan jika membuat tuduhan ke atas Strauss-Kahn.

Wanita itu juga menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk membayar bil telefon kepada lima syarikat telekomunikasi setiap bulan walaupun dia mengaku kepada polis hanya memiliki satu telefon.
Menurut sumber, wanita itu pernah membuat ikrar palsu ketika memohon suaka di AS dengan mendakwa dia menjadi mangsa rogol berkumpulan tentera Guinea - negara asalnya.

Dalam surat kepada mahkamah, Joan menyatakan setiap masalah dihadapi pendakwa dengan wanita terbabit.

“Walaupun menangis ketika menceritakan pengalamannya mendapatkan suaka di AS, dia kemudian mengaku pengakuan itu palsu,” katanya.

Strauss-Kahn dibebaskan daripada tahanan rumah kelmarin selepas isu berkenaan ditimbulkan pihak pendakwa.

Walaupun tuduhan ke atasnya belum ditarik balik, ikat jamin Strauss-Kahn dibatalkan, membayangkan kemungkinan tiada tuduhan akan dikenakan ke atasnya. - DMmyMetroKredibiliti ‘mangsa’ Strauss-Kahn lemah

Tragedi cari emas


BERLUMPUR... pasukan bomba dan penyelamat bersama orang ramai mengeluarkan mangsa yang tertimbus.
BERLUMPUR... pasukan bomba dan penyelamat bersama orang ramai mengeluarkan mangsa yang tertimbus.

KUCHING: Keghairahan sekumpulan lelaki menceroboh kawasan larangan semata-mata untuk mencari emas berakhir tragedi apabila seorang maut dihempap batu seberat 400 kilogram manakala seorang lagi parah dalam kejadian di sebuah terowong di kaki Gunung Tabai, Jalan Taiton, malam kelmarin.
Ini kejadian kedua dalam tempoh empat bulan ketika mangsa, Phil Gojiak, 19, bersama empat lagi rakan ke lokasi itu untuk melombong emas sebelum seketul batu tiba-tiba menggelongsor lalu menghempap mangsa, jam 11.30 malam.

Rakannya, Tomothu Dalia Goded, 37, parah dan terpaksa menanggung kesakitan enam jam sebelum dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat Bau, jam 5.30 pagi.
Difahamkan, kedua-dua mangsa berasal dari Kampung Pisa, Kronkong, di sini, dikatakan melombong pada kedalaman enam meter dan ketika kejadian, tiga rakannya cuba mengeluarkan batu itu namun gagal.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Mohd Sabri Zainol berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama beberapa rakan lain baru memasuki terowong sebelum seketul batu besar menghempapnya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat, rakan mangsa cuba membantu namun gagal berikutan batu terlalu berat sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.
“Kita mendapati lubang terlalu sempit dan hanya boleh dimasuki seorang. Sebab itu mangsa tidak dapat mengelak ketika batu menghempapnya.

“Terowong ini pernah ditutup sebuah syarikat geologi dari Australia yang menjalankan kajian di kawasan terbabit selepas mendapati berlaku pencerobohan individu tertentu untuk melombong emas secara haram.
“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau mengambil masa empat jam untuk mengeluarkan Phil dari terowong selepas memulakan operasi jam 11.40 malam,” katanya.

Beliau berkata, usaha membawa keluar mayat mangsa mengambil masa lama memandangkan terowong itu berada enam meter di bawah tanah selain ruang sempit.

Menurutnya, mangsa meninggal di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan beberapa anggota badan lain.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bau untuk bedah siasat dan polis masih menjalankan siasatan berhubung punca kejadian. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.” katanya.

Mohd Sabri berkata, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak memburu kekayaan semata-mata tanpa memikirkan keselamatan.

“Jangan sampai nyawa tergadai kerana terlalu ghairah memburu sumber lebih bernilai. Lokasi kejadian berbahaya. Kami bercadang meningkatkan pengawalan, termasuk meminta pihak berkuasa tempatan menyediakan pagar yang lebih berkesan,” katanya.myMetroTragedi cari emas

Lihat emak, adik berlumuran darah


NGERI... kesan darah memenuhi tilam di ruang tamu rumah mangsa. (gambar kecil Ah Ngo.
NGERI... kesan darah memenuhi tilam di ruang tamu rumah mangsa. (gambar kecil Ah Ngo.


MANGSA... gambar perkahwinan  Mui Tiang dan suami.
MANGSA... gambar perkahwinan Mui Tiang dan suami.

MELAKA: Akibat berang kerana cinta tidak berbalas, seorang lelaki mengamuk dengan mengelar leher, tangan dan menikam bekas teman wanita bersama ibunya di Kampung Baru Ayer Salak, Bukit Rambai, dekat sini.
Lim Mui Tiang, 33, dan ibunya, Ah Ngo, 75, ditemui berlumuran darah sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan, namun warga emas itu disahkan mati tidak lama selepas kejadian manakala anaknya cedera parah.

Metro Ahad difahamkan, dalam kejadian jam 11.30 malam kelmarin, Mui Tiang sempat menghubungi abang sulungnya, Lim Ah Lai, 51, memaklumkan dia dan ibu dalam bahaya kerana suspek berusia 33 tahun itu cuba membunuh mereka.
Menurut Ah Lai, dia yang baru pulang ke rumahnya di Cheng Height, dekat sini, dihubungi adiknya lalu bergegas ke lokasi.

“Sebaik sampai, saya dapati pintu rumah berkunci. Apabila saya jenguk melalui tingkap di bahagian depan, saya nampak emak dan adik perempuan terbaring berlumuran darah atas tilam di ruang tamu.

“Saya dan anggota polis yang tiba beberapa minit kemudian menendang pintu untuk membukanya sebelum membantu ibu dan adik yang mengerang kesakitan,” katanya.
Menurutnya, dia cuba bertanya ibunya yang masih boleh bercakap mengenai kejadian yang berlaku.

“Dalam menahan sakit, emak beritahu lelaki (suspek) yang serang dan tikam mereka adalah penduduk kampung itu. Saya cuba mententeramkan emak dan adik sebelum ambulans tiba dan membawa mereka ke hospital,” katanya.
Menurut Ah Lai, dia dimaklumkan adiknya bahawa lelaki itu berada di rumah mereka sejak jam 7 malam hingga 11.40 malam dan dikatakan cuba memikat serta mengajaknya keluar bersamanya.

Katanya, adiknya enggan mengikut lelaki itu kerana sudah berkahwin dan mempunyai anak.

“Ketika kejadian, lelaki itu berada di dapur bersama Mui Tiang yang menggunakan komputer, manakala ibu menonton televisyen di ruang tamu sambil berbaring di atas tilam.

“Saya difahamkan, lelaki itu cuba memikat dan memujuk adik saya yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Dia enggan mengikut lelaki berkenaan dengan alasan mereka masing-masing berkahwin.

“Disebabkan sudah lewat, adik meminta dia balik, namun lelaki itu dikatakan marah dan mengugut membunuh adik. Lelaki itu kemudian mengambil pisau dan menikam adik saya,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan kesakitan, adiknya masih mampu menghubunginya sebelum pergi ke ruang tamu dan melihat lelaki itu menikam dan mengelar leher ibunya yang cuba pergi ke dapur apabila mendengar jeritan adiknya.

Difahamkan, anak tunggal Mui Tiang yang berusia dua tahun dan dikenali sebagai Ah Boi, ketika itu tidur di dalam sebuah bilik dan terselamat.

Menurutnya, Mui Tiang adalah anak bongsu daripada tujuh beradik dan bakal berpindah bersama ibu mereka ke luar negara akhir tahun ini mengikut suaminya yang bekerja di sana.

“Kejadian ini sungguh mengejutkan dan saya sekeluarga sedih serta berharap polis berjaya menangkap lelaki terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, seorang lelaki berusia 33 tahun disyaki terbabit dalam kejadian itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, jam 11 pagi.

Menurutnya, polis masih menyiasat mengenai insiden itu selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam, jam 11.30 malam.myMetroLihat emak, adik berlumuran darah

Hidup kontang-kanting

DERITA... anak turut menjadi mangsa dera suami.
DERITA... anak turut menjadi mangsa dera suami.
KENANGAN... saat bahagia sewaktu bergelar isteri.
KENANGAN... saat bahagia sewaktu bergelar isteri.

KUALA LUMPUR: Mereka bahagia pada awal perkahwinan, namun segala-galanya bertukar menjadi ‘neraka’ buat seorang wanita apabila suaminya bukan saja melanggan pelacur berdekatan sempadan Thailand di utara tanah air, malah menjalin hubungan serius dengan perempuan jalang itu.

Selepas hanyut dalam belaian pelacur, suami Norsiah Ramli, 33, berubah perwatakan menjadi kejam dan bacul.

Dia yang bertugas di utara bukan saja tergamak mendera Norsiah setiap kali pulang ke ibu kota, malah membiarkan wanita itu terkontang-kanting bersama dua anak yang masih kecil dengan hutang keliling pinggang, sedangkan dia leka berfoya-foya.

Hutang sewa rumah saja mencecah RM5,300 selepas lebih satu tahun tertunggak hingga premis milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mereka diami itu bila-bila masa saja akan ditarik balik.


Itu tidak termasuk tunggakan bil elektrik dan air, ada kala dia dan anak di rumah terpaksa bergelap dan terputus bekalan air kerana bil tidak berbayar sehingga tiga bulan.


Mengimbas kisah hidupnya, Norsiah berkata, dia mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada Ogos 2008. Sebagaimana pasangan lain yang baru melayari alam rumah tangga, semuanya bermula manis baginya dan suami.

Pun begitu, ia tidak lama. Suaminya yang juga anggota keselamatan dalam sebuah agensi kerajaan mula menunjukkan belang sebenar.

Daripada penyayang, suami Norsiah menjadi tidak berhati perut dengannya. Beberapa lama selepas melahirkan anak pertama, suaminya kerap memukul dan menderanya tanpa belas kasihan.

“Semuanya berubah selepas suami mula ‘menggatal’ dengan perempuan lain. Bila belangnya terbongkar, dia tidak dapat menerima hakikat dan saya dijadikan mangsa,” katanya.

Mei lalu, Norsiah bercerai dan tinggalkan suaminya. Ia juga bukan perceraian pertama bersama lelaki itu, sebelum ini mereka pernah bercerai namun rujuk semula.

Bagaimanapun, status perceraian itu masih tergantung kerana ia tidak laporkan secara sah kepada pihak berkuasa, sebaliknya hanya secara lisan.

Ikuti lanjut kisah duka Norsiah selama tiga tahun bergelar isteri yang dianggap umpama neraka dalam hidupnya.


Dari 2008 hingga 2009

“Pada awal perkahwinan, saya mengikuti suami yang bertugas di utara tanah air. Perkahwinan kami bermula bahagia, namun saya tidak nafikan terlalu banyak kesukaran yang kami terpaksa lalui berikutan halangan keluarga.

Semua itu tidak penting bagi saya, asalkan dapat mendampingi orang yang saya suka dan sayang. Namun, ia (perkahwinan) tidak seperti yang saya impikan.

Selepas anak pertama dilahirkan, saya bagaikan hidup dalam neraka. Saban hari ada saja yang tidak kena dan menjadi pertengkaran antara saya dan suami. Jika dia (suami) rasa tercabar sangat, mulalah dia memukul saya.

Kami mula bertengkar selepas mengetahui suami bermain kayu tiga. Saya dapat tahu suami melanggan pelacur berdekatan sempadan tanah air. Suami menafikannya, tetapi semua itu terbongkar daripada mulut rakannya.

Tidak lama selepas itu, saya dapat tahu dia mula menjalin hubungan dengan pelacur dari Siam. Hancur hati saya apabila dapat tahu suami menjalin hubungan serius dengan perempuan jalang.

Kami bergaduh teruk selepas itu, tapi apakan daya saya perempuan yang tidak mampu melawan apabila dipukul. Saya dipukul bukan saja dengan tangan dan kaki, malah diperlakukan seperti binatang.

Saya tidak dapat bertahan lagi selepas itu. Kemuncaknya, kami bercerai pada September 2009. Saya pulang semula ke Kuala Lumpur (KL) dan tidak mahu bertemu suami lagi.

Namun, entah bagaimana selepas itu, hubungan kami bertaut kembali. Suami datang ke rumah di KL dan saya pula bagaikan cair dengan pujuk rayunya.

Kami rujuk semula hanya selepas lima hari bercerai. Mungkin kerana sayangkan dia, saya lupa diri dan sanggup mengikut telunjuk suami semula.”


Dari 2009 hingga 2010

“Selepas rujuk dengan suami, saya ingatkan dia akan berubah. Lebih-lebih lagi selepas saya melahirkan anak kedua.

Perangainya bertambah teruk, dia bukan saja masih memukul saya, bahkan berkelakuan ganjil. Isteri mana yang tidak syak jika suami berubah kelakuan, walaupun baru masuk dua tahun bersama, tetapi saya kenal kelakuan suami.

Suami boleh berubah angin bila-bila masa dan seperti biasa saya menjadi mangsa. Pernah sekali, saya membeli-belah bersamanya, entah bagaimana ‘mood’nya (angin) berubah dan memarahi saya. Ketika itu saya mengikut semula suami menetap di utara.

Dia tidak bercakap apa-apa, tiba-tiba saja saya ditinggalkan begitu saja. Masalahnya, rumah kami bukan dekat, satu jam setengah perjalanan baru sampai rumah.

Puas saya menghubungi (melalui telefon bimbit) tidak dijawab. Saya terpaksa meminta bantuan rakannya, tetapi itu pun tidak dilayan suami.

Mujur ada rakan mahu menumpangkan saya tinggal di rumah mereka malam itu, kalau tidak saya hilang arah dan tidak tahu hendak ke mana.

Sebenarnya, saya syak suami mengambil dadah. Mungkin dia menagih syabu, tetapi sukar pula saya hendak membuktikannya. Jika saya persoalkan, saya dipukul, terasa azab sungguh hidup saya.

Menjelang 2010 pula, sekali lagi suami buat hal dengan ‘betina’ lain. Kali ini bukan dengan pelacur, tetapi penuntut kolej swasta. Hubungan sulitnya sekali lagi menyebabkan pertengkaran antara saya dan suami.

Merajuk dengan kelakuan suami yang tidak mahu berubah-ubah, saya kembali semula ke rumah (di KL).

Pada awal Januari, saya dan suami bergaduh besar ketika dia datang ke KL bertemu saya. Saya dipukul dengan teruk masa itu lalu membuat laporan polis kerana tidak tahan lagi.

Bagaimanapun, saya tidak tahu mengapa selepas saya membuat laporan polis, tidak lama kemudian saya kembali bersamanya.

Hubungan kami kembali pulih, namun itupun tidak lama.”


2011

“Saya bagaikan terpukau dengan pujuk rayu suami. Entah mengapa, walaupun dilayan seperti binatang, saya masih ingin bersama suami yang dayus.

Mungkin memikirkan anak masih kecil, saya tidak mahu berpisah dengannya sekalipun tahu hidup saya akan menderita selagi bersamanya.

Pada Mac lalu, saya bersama suami berkunjung ke rumah seorang rakan di sekitar KL. Ketika saya menggunakan telefon bimbitnya untuk menghubungi rakan lain, tidak lama selepas itu saya menerima SMS (khidmat pesanan ringkas) daripada seorang wanita tidak dikenali.

Daripada lenggok bahasa (dari SMS itu), ia bukan SMS biasa. Saya marah dan tanya suami siapa wanita yang menghubunginya.

Akibatnya, saya dipukul di depan rakan. Dia menumbuk saya bertubi-tubi dan menendang saya tanpa belas kasihan.

Mulut saya cedera dan mata kiri saya lebam. Atas nasihat rakan, saya membuat laporan polis.

Tidak lama selepas itu, pada Mei lalu kami bergaduh besar. Cukuplah... ia adalah kemuncak selepas tiga tahun kami bersama.

Saya tidak dapat bertahan lagi, selain dipukul sehingga lebam di muka, tangan dan kaki, saya ditumbuk hingga gigi patah. Bayangkan, betapa seksanya saya masa itu.

Sekali lagi saya membuat laporan polis. Selepas pergaduhan itu, kami bercerai lagi dan kali ini saya nekad tidak mahu bersamanya lagi.

Sekarang saya sedar, hanya saya yang sayangkan suami. Buat apa saya teruskan hidup bersama orang yang bukan hendak membelai saya, sebaliknya hanya tahu memukul dan mencari perempuan lain.

Hidup saya kini bertambah sukar, saya terpaksa membesarkan anak dan tidak memiliki pekerjaan. Lebih memeningkan, sewa rumah yang saya duduki sekarang banyak tertunggak.

Suami tidak pernah membayarnya, dan tertunggak lebih satu tahun berjumlah lebih RM5,000. Itu tidak termasuk tunggakan bil air dan elektrik.

Terlalu sukar untuk meneruskan hidup tetapi saya reda, mungkin inilah dugaan hidup untuk saya.”

myMetroHidup kontang-kanting

Tangki meletup


PERIKSA... polis menyiasat tempat kejadian. Gambar kecil, Che Hussin Che Kob.
PERIKSA... polis menyiasat tempat kejadian. Gambar kecil, Che Hussin Che Kob.

KULIM: “Sebaik mendengar letupan kuat, saya berlari di sekeliling tangki untuk mencari rakan yang terjatuh sebelum terkejut menemui arwah di bawah tangga besi dalam keadaan tidak bernyawa lagi, kira-kira 30 meter dari tempat kejadian.”
Begitu kata Al Azria Shamsudin, 20, apabila rakannya yang juga pembantu kimpalan, Che Hussin Che Kob, 49, maut disebabkan cedera parah di badan akibat letupan di sebuah kuari di Bandar Sri Mahkota, Sungai Ular, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi, seorang lagi rakan mangsa, Mohd Fahmi Muzz Uddin Aripin, 21, turut cedera di badan dan menerima rawatan di Hospital Kulim.
Al Azria berkata, dia di bahagian bawah tangki minyak tar, manakala arwah yang baru sebulan bekerja di situ bersama Mohamad Fahmi membantu seorang lagi rakan melakukan kerja mengimpal di atas tangki.

Menurutnya, tiba-tiba berlaku letupan kuat dan dia melihat tiga rakannya terpelanting ke bawah, menyebabkannya terkejut lalu cuba membantu mangsa yang cedera dengan bantuan pekerja lain.

“Kejadian berlaku begitu pantas dan kami tidak sempat untuk menyelamatkan diri. Rakan yang menjalankan kerja mengimpal hanya terseliuh kaki akibat terjatuh dari tangki setinggi tiga meter itu.
“Manakala Mohd Fahmi dikejarkan ke Hospital Kulim dengan ambulans kerana cedera di badan, namun kami sedih arwah tidak dapat diselamatkan kerana mati di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kulim, di sini.

Sementara itu, anak mangsa, Mohd Shafiq, 20, berkata bapanya tidak menunjukkan perlakuan pelik, sebaliknya bersikap seperti biasa ketika keluar dari rumah di Taman Angsana, di sini, untuk ke tempat kerja.
Menurutnya, dia hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan rakan bapanya lalu bergegas ke tempat kejadian.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sepasukan anggota polis dihantar ke tempat kejadian selepas menerima maklumat sebelum menemui mayat seorang lelaki di tangga berhampiran tangki yang dalam pembaikan.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, empat pekerja melakukan kerja pemasangan paip di tangki minyak tar di kawasan kuari itu.

“Mangsa bersama rakan tercedera berada di atas sebuah tangki dipercayai membantu memegang sebatang paip yang dikimpal seorang lagi rakan mereka,” katanya.myMetroTangki meletup

Lelaki Jepun ikat perut

Isteri berjimat belanja isi rumah kerana tekanan deflasi

TOKYO: Lelaki Jepun menyaksikan kadar elaun mereka berkurangan sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga dekad lalu ketika isteri mereka semakin berusaha berjimat dari segi perbelanjaan isi rumah disebabkan keadaan ekonomi yang terperangkap dalam deflasi.
Dikenali di Jepun sebagai golongan lelaki bergaji, mereka menerima 36,500 yen (RM1,374.09) sebulan untuk wang saku, berjumlah AS$15 (RM45.74) sehari dan itu adalah jumlah terkecil sejak 1982, menurut tinjauan Shinsei Financial Co yang disiarkan baru-baru ini.
Bagi wanita Jepun yang sudah berumah tangga dan berkeluarga, adalah sesuatu yang biasa bagi mereka untuk menguruskan pendapatan suami.

Tidak hairanlah, pertumbuhan ekonomi Jepun kurang satu peratus setiap tahun sejak 10 tahun lalu menjerut kadar bayaran, memaksa suri rumah mengurangkan wang saku suami dan memburukkan lagi deflasi yang melingkari ekonomi selama lebih sedekad.

Kadar gaji semakin berkurangan sejak gempa dan tsunami 11 Mac lalu hingga menjejaskan sentimen isi rumah menghampiri paras terendah sejak dua tahun lalu, menjadikan ekonomi dipacu pengguna kurang mendapat dorongan.

“Keadaan ini menjadikan saya sedih sedikit,” kata Hiroshi Miyazaki, ketua unit ekonomi di Shinkin Asset Management Co di sini. “Ini disebabkan tempoh deflasi yang agak lama. Malangnya, keadaan ini akan berterusan.”
Elaun pekerja mencapai kemuncaknya pada 1990, iaitu detik aset dan hartanah negara Matahari Terbit itu melambung dengan lelaki menerima wang saku bulanan 76,000 yen (RM2,847.83), lebih dua kali ganda berbanding yang mereka terima sekarang, menurut tinjauan.

Dalam laporan terbaru itu, responden berkata, mereka paling banyak berbelanja wang saku itu untuk makan tengah hari, menghabiskan secara purata 490 yen (RM18.36). Ia bersamaan harga burger keju dengan kentang goreng kecil dan minuman ringan di McDonald’s.

“Rakyat semakin sederhana dalam sikap mereka membelanjakan wang,” kata Shinsei dalam laporan. Ia sudah menjalankan tinjauan itu sejak 1979, membabitkan maklum balas kira-kira 1,000 lelaki berusia 20 hingga 50-an.

Untuk menyimpan wang, pekerja berkata, mereka membawa bekal sendiri ke tempat kerja dan kurang makan di luar. Lelaki keluar makan 2.9 kali sebulan selepas kerja dan membelanjakan purata 3,540 yen (RM132.63) setiap kali, menurut tinjauan.

Ia jauh lebih rendah berbanding 2009 apabila kadarnya mencapai lebih 6,000 yen (RM224.76).

Rangkaian perniagaan kedai minuman dan pub, Watami Co, antara perniagaan terjejas akibat cubaan pengguna untuk kurang berbelanja. Jualan syarikat sama menurun 6.4 peratus Mei lalu berbanding tahun sebelumnya, menandakan penurunan bulan kelima berturut-turut. – Agensi
Berita Harian Online | Lelaki Jepun ikat perut

Kapal solar Firaun ditemui

PEKERJA Mesir mengeluarkan satu bongkah batu daripada kawasan yang dipercayai tempat kapal solar Raja Khufu ditanam.
Bawa Raja Khufu ke 'alam abadi' 

KAHERAH: Satu pasukan ahli arkeologi Mesir dan Jepun menemui kapal solar Firaun Khufu baru-baru ini yang terletak berhampiran piramid agung Giza.

Projek pemuliharaan yang dilakukan ialah untuk mengangkat 41 blok batu dengan purata berat 16 tan setiap satu dan memindahkan kapal ditanam 4,500 tahun lalu di dalam lubang bawah tanah.
Projek itu menjadi tumpuan penyelidikan Kementerian Dalam Negeri Bagi Antikuiti, delegasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Institut Kapal Solar Jepun. Mereka sudah memulakan kerja kajian sejak 2007. 

Menteri Negeri Bagi Antikuiti Mesir, Zahi Hawass hadir pada upacara pemindahan itu dan memberitahu wartawan, kerja pemuliharaan ‘kapal solar paling tua di dunia’ akan mengambil masa kira-kira empat tahun sebelum ia boleh dipamerkan kepada pelawat. 

Raja Khufu antara Firaun terkenal dalam dinasti keempat dan pemerintah yang membina Piramid Khufu. Orang Mesir purba percaya kapal itu dibina untuk membawa beliau kepada kehidupan abadi. 

Pemindahan blok batu yang membawa kepada penemuan kapal Firaun Khufu dibuat di dalam sebuah bangsal besar yang dibina untuk melindungi kapal itu. Blok batu pertama diangkat Rabu lalu sebagai ujian sebelum tempatnya digantikan dengan blok kayu. 
Kapal solar kedua Firaun Khufu dikesan pada 1987 di dalam sebuah lubang besar, di sebelah barat kapal solar pertama. Kedua-dua kapal itu terletak di bahagian selatan Piramid Khufu di Giza. 

Kapal solar pertama ditemui pada 1954 dan mula dipamerkan pada 1982, berhampiran piramid selepas kerja baik pulih yang mengambil masa 13 tahun. 
Selepas kerja baik pulih selesai, kapal kedua akan ditempatkan berhampiran pagar piramid, manakala kapal pertama akan dipindahkan di Muzium Besar Mesir yang sedang dalam pembinaan. 

Kedua-dua kapal dibuat daripada kayu cedar Lubnan dan kayu akasia Mesir. 
Hawass berkata, keadaan kapal terbaru ini lebih baik daripada yang dijangka. 

“Pada mulanya saya berasa bimbang melihat kayu kapal itu. Bagaimanapun, saya yakin kita dapat melihat sebuah lagi kapal Firaun dalam tempoh empat tahun, apabila ia dibaik pulih,” katanya. – Agensi 
Berita Harian Online | Kapal solar Firaun ditemui

Pendingin hawa kem tentera AS RM61.25 bilion



SUASANA selesa di markas tentera udara Amerika di Kandahar, Afghanistan.
SUASANA selesa di markas tentera udara Amerika di Kandahar, Afghanistan.



Bajet lebih besar daripada operasi NASA

WASHINGTON: Percayakah anda bahawa tentera Amerika membelanjakan AS$20.2 bilion (RM61.25 bilion) setahun untuk membiayai pendingin hawa di Iraq dan Afghanistan?
Jumlah ini melebihi bajet yang diperuntukkan kepada Agensi Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), malah melebihi jumlah yang terpaksa dibayar syarikat minyak British Petroleum (BP) sebagai bayaran pampasan berikutan kemusnahan akibat tumpahan minyak di Teluk Mexico. Ini juga jumlah yang dijanji oleh kumpulan G-8 bagi memulihkan demokrasi di Mesir dan Tunisia.
“Jika anda menimbangkan kos untuk menghantar bahan api ke sebuah negara paling terpencil di dunia, termasuk kerja kawalan, arahan dan sistem sokongan dan apabila anda perlu menyediakan semua kemudahan asas, tidak menghairankan jika jumlahnya boleh mencapai AS$20 bilion (RM60.25 bilion),” kata jeneral bersara Steven Anderson yang berkhidmat sebagai pakar logistik kepada panglima perang Amerika di Iraq, Jeneral David Patreaus.

Beliau berkata, untuk menjana sebuah pendingin hawa di kawasan terpencil di Afghanistan, satu gelen bahan api perlu dibawa masuk ke Karachi, Pakistan, sebelum dihantar dengan lori sejauh 1,280 kilometer selama 18 hari dengan keadaan jalan yang amat teruk.

Keadaan ini masih tidak risiko yang terpaksa ditanggung bagi setiap kilometer perjalanan. Anderson berkata, lebih 1,000 orang askar kehilangan nyawa ketika menyertai konvoi membawa bahan api yang sering menjadi sasaran serangan kumpulan pemisah.

Sebuah khemah tentera dengan pendingin hawa yang didirikan di bawah suhu 125 darjah memerlukan banyak bahan api. Beliau berkata, dengan menjadikan struktur penghantaran bekalan lebih cekap, tentera boleh menyelamatkan nyawa dan menjimat wang.
Namun jumlah AS$20.2 bilion terus menimbulkan persoalan mengenai perang yang berterusan di Afghanistan.

Berapa banyakkah wang yang dapat dijimatkan selepas Presiden Barack Obama mengumumkan seramai 30,000 askar Amerika akan dihantar pulang? Kerajaan Amerika membelanjakan AS$1 juta bagi setiap seorang askar (RM3.03 juta), tetapi pengunduran mereka tidak mengurangkan bajet seperti yang dijangkakan.

“Apa yang pernah dicatatkan dalam sejarah ialah anda tidak akan dapat melihat pengurangan perbelanjaan berdasarkan jumlah tentera yang diundurkan dan fakta ini adalah benar di Afghanistan yang mempunyai persekitaran sukar,” kata penganalisis kanan Project Priorities National, Chris Hellman.

Ini bermakna kebanyakan perbelanjaan peperangan bukan disebabkan oleh askar itu sendiri, sebaliknya infrastruktur yang menyokong mereka. Sesetengah infrastruktur itu akan kekal, walaupun tentera sudah tiada.

“Kita sedang membina asas yang besar. Kita melihat keadaan ini di Iraq. Kita membina infrastruktur di negara itu, tetapi kita tidak mendapat satu sen pun sebagai pulangan,” katanya.

Perbelanjaan untuk melatih pasukan keselamatan Afghanistan juga besar. Pentadbiran Obama sudah memohon peruntukan hampir AS$13 bilion (RM39.42 bilion) untuk melatih dan menyediakan kelengkapan pasukan keselamatan tahun fiskal akan datang.

“Lebih penting lagi, Presiden Afghanistan, Hamid Karzai sudah memberi isyarat beberapa tahun lalu, bahawa negara itu tidak mampu menyokong tenteranya sendiri dalam tempoh 15 hingga 10 tahun akan datang,” katanya. – Agensi Berita Harian Online | Pendingin hawa kem tentera AS RM61.25 bilion

Menteri pertahan potong rambut



KERATAN Kosmo! 25 Jun 2011.


KUALA NERANG - Seminggu selepas memohon maaf, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung semalam mempertahankan tindakan kakitangan Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat memotong rambut seorang pelatih wanita hingga botak di Terengganu pada 2 Mei lepas. Alasan beliau ialah tindakan itu mengikut peraturan jabatan yang menetapkan rambut pelatih akan dipotong sehingga enam milimiter (mm) dari kulit kepala.

"Saya dah dapat laporan siasatan berhubung kes pelatih wanita dibotakkan kepala mereka itu, dan itu memang syarat yang telah ditetapkan semasa latihan, semua harus dipotong sehingga 6 mm," katanya kepada pemberita di sini semalam. Kosmo! baru-baru melaporkan bekas pelatih itu, Hizyaty Othman, 28, dari Taman Berjaya, Alor Setar kecewa dengan tindakan akademi berkenaan yang membotakkan kepalanya serta 18 pelatih perempuan lain ketika mereka mendaftar diri untuk menjalani latihan di kem itu 2 Mei lepas.

Dia mendakwa tindakan itu tidak seperti apa yang dinyatakan dalam peraturan kursus yang diterima mereka sebelum melaporkan diri di akademi itu. Chee Heung pada sidang akhbarnya minggu lalu bagaimanapun meminta maaf kepada mangsa dan keluarganya tetapi permohonan maaf itu ditolak atas alasan ia tidak dilakukan secara bersemuka.

Kosmo! Online - Negara

Australia yang kurung pelarian, bukan Malaysia





MELBOURNE - Bekas ketua jabatan imigresen kerajaan pimpinan Malcolm Fraser berkata, tuduhan kononnya Malaysia memberi layanan buruk kepada orang pelarian adalah bersifat rasis dan hipokrit kerana sebenarnya Australialah yang mengurung orang pelarian. Berucap pada satu forum di Sydney baru-baru ini, John Menadue (gambar kecil) berkata, pengalamannya dalam mengendalikan masalah kebanjiran pelarian Vietnam pada 1980-an menyebabkan beliau 'keberatan' untuk mempercayai bahawa pertukaran pengambilan orang pelarian antara Australia dan Malaysia merupakan suatu cara untuk memecah kebuntuan dalam perbahasan hangat berhubung isu orang pelarian masa kini.

Beliau berkata, kerjasama yang diberi oleh Malaysia amat bermanfaat dalam usaha menempatkan semula beratus ribu pelarian Vietnam suatu ketika dulu. "Walaupun adakalanya keadaan tidak begitu menggembirakan, tapi penahanan dan layanan yang kita beri kepada kanak-kanak juga khususnya, tidaklah begitu menggembirakan. "Wujud unsur perkauman dalam cara kita mengkritik Malaysia dan cara negara itu mengendalikan orang pelarian. "Tapi, mereka tidak mengurung orang pelarian di pusat tahanan, sebaliknya, kitalah yang berbuat begitu,'' kata Menadue yang dipetik akhbarSydney Morning Herald.

Beliau mengkritik Perdana Menteri, Julia Gillard, dan Ketua Pembangkang, Tony Abbott kerana ketidakcekapan mereka menangani isu pencari suaka. Sementara itu, bekas Penolong Setiausaha kedua Imigresen Arja Keski-Nummi, yang meletak jawatan tahun lepas, memberitahu forum itu: "Malaysia lebih maju daripada segi pengurusan orang pelarian berbanding Australia kerana Australia mengenakan tahanan secara mandatori." - Bernama

Kosmo! Online - Negara

Mengamuk di rumah bekas kekasih




MELAKA - Angkara gagal menagih cinta lama, seorang lelaki tiba-tiba naik berang sebelum bertindak mencederakan bekas kekasihnya dan menikam ibu wanita itu sehingga mati dalam kejadian yang menggemparkan penduduk Kampung Baru Ayer Salak, Bukit Rambai, dekat sini malam kelmarin.

Wanita itu, Lim Mui Tang, 32, cedera parah ditikam di perut dan kini dirawat di Hospital Melaka tetapi ibunya, Ah Ngo, 75, meninggal dunia dipercayai akibat ditikam beberapa kali di rusuk kiri dan beberapa kesan kelar di leher dalam serangan tersebut.

Anak lelaki Mui Tang yang berusia dua tahun hasil perkahwinannya empat tahun lalu bagaimanapun terselamat kerana tidur dalam bilik. Suspek yang sebaya dengan Mui Tang datang ke rumah bekas kekasihnya itu pada pukul 7 malam dan berbual dengan mangsa selama kira-kira empat jam di dapur, dipercayai dengan niat untuk menagih cinta lama. Pada waktu itu, suami Mui Tang tidak berada di rumah kerana bekerja di luar negara.

Suspek dipercayai naik berang apabila Mui Tang menolak cintanya dan menyuruh dia pulang memandangkan hari sudah lewat dengan jam menunjukkan pukul 11.40 malam.

Kosmo! Online - Negara

Serangga guna kemaluan keluarkan bunyi bising

SERANGGA water boatman tinggal di kawasan air tawar di Eropah.


LONDON - Sejenis serangga kecil dinamakan haiwan paling bising di dunia kerana bunyi yang dibuat dengan menggunakan kemaluan haiwan itu, lapor sebuah akhbar semalam. Beberapa saintis merekodkan serangga sepanjang 2 milimeter atau sebesar seekor kutu itu yang dikenali sebagai water boatman, mengeluarkan bunyi sekuat 99.2 desibel. Bunyi itu menyamai bunyi yang didengari apabila seseorang berada di barisan hadapan persembahan orkestra.

Ia membuat bunyi bising itu dengan menggeselkan kemaluan pada perutnya untuk menarik perhatian serangga betina. Water boatman atau nama saintifiknya, Microneta scholtzi tinggal di kawasan air tawar di serata Eropah. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia