Pages

Thursday, September 16, 2010

83 terbunuh serangan AS





2010/09/16

Militan di sempadan Pakistan, Afghanistan jadi sasaran 

MIR ALI (Pakistan): Sekurang-kurangnya 83 orang maut dalam 15 serangan udara Amerika Syarikat di sempadan Pakistan, Afghanistan sejak awal September lalu hingga semalam.Ia adalah serangan terbanyak dari udara oleh kuasa besar itu sejak operasi dimulakan pada 204 di kawasan sempadan berkenaan, kata pegawai perisikan.
Serangan diperhebatkan itu menyasarkan satu kawasan pertanian berbukit yang dikuasai militan Haqqani yang memusuhi Amerika di Afghanistan. 

Dalam serangan terbaru, peluru berpandu Amerika membunuh 12 orang lagi di sebuah rumah di Dargah Mandi, 4 kilometer di barat bandar Miran Shah, utara Waziristan dan serangan kedua membunuh tiga lagi. 

Pegawai Amerika berkata, serangan udara berkenaan bertujuan mengehadkan operasi kumpulan Haqqani di sebelah sempadan Pakistan. 

Kebanyakan serangan tertumpu kepada Datta Khel, sebuah bandar dengan 40,000 penduduk yang terletak di sebuah kawasan utama di sempadan. 
Kawasan sempadan itu sudah lama menjadi tempat perlindungan militan dari seluruh dunia termasuk pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden dan pemimpin lain sejak tentera sejak tentera Amerika menawan Afghanistan pada 2001. 

Pegawai perisikan berkata, kebanyakan serangan udara terbaru menyasarkan anggota kumpulan pimpinan Jalaluddin dan Sirajuddin Haqqani, bekas panglima tentera anti-Soviet Union dan anaknya. 

Serangan udara di sempadan Afghanistan terhadap kumpulan itu diketuai Pemerintahan Khas Operasi yang semakin kerap dilancarkan berbanding sembilan tahun lalu. 

Kira-kira 4,000 serangan direkodkan pada bulan Mei dan Ogos dan menjadi tumpuan askar yang pulang dari Iraq. Serangan itu juga tertumpu kepada anggota kumpulan Haqqani. 

Sementara itu, pegawai Amerika tidak memberitahu apakah alasan mereka melancarkan serangan berterusan sekadar menjelaskan cuaca buruk pernah menghalang misi. 

Hingga kini, jumlah tertinggi serangan udara di Pakistan dalam tempoh sebulan ialah 11 pada Januari lalu. 

Pegawai Amerika juga tidak membuat pengakuan terbuka mengenai serangan peluru berpandu itu yang membunuh beberapa pegawai kanan Taliban dan al-Qaeda dengan pengkritik menyifatkannya punca pemberontakan kerana ada yang terbunuh adalah orang biasa. – AP

sakit kepala





LONDON - Seorang wanita dari sebuah kampung di barat daya England menyatakan dia mula bercakap dalam loghat Perancis selepas berulang kali diserang sakit kepala yang teruk.
Keadaan yang menimpa wanita itu dipercayai berlaku akibat sejenis sindrom ganjil yang menurut pakar-pakar saraf akan menyebabkan penduduk tempatan bertutur dalam loghat asing.
Wanita berkenaan, Kay Russell (gambar) berkata, suaranya menjadi semakin serak dan gaya pertuturannya berubah menyebabkan dia dipinggirkan orang ramai.
Wanita berusia 49 tahun itu memberitahu Perbadanan Penyiaran British (BBC) bahawa perubahan yang menimpa dirinya bukan sahaja pertuturannya berubah tetapi turut menjejaskan kehidupannya.
Kisah ganjil yang menimpa wanita tersebut akan disiarkan BBC pada minggu ini. - AP

Sos punca penyakit kronik



PENGGUNAAN sos secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit kronik kepada pengguna. - Gambar hiasan


GEORGE TOWN - Memasak tanpa menggunakan sos perasa untuk menyedapkan masakan seolah-olah tidak lengkap bagi manusia zaman ini.
Sos tiram, kicap manis atau masin, sos tomato dan sos cili, misalnya, bukan sahaja menambah perasa tetapi juga membangkitkan selera penggemarnya.
Namun begitu, percaya atau tidak penggunaan penambah rasa seperti sos ke dalam masakan harian didakwa menjadi punca kepada 146 penyakit kronik.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa, kandungan gula yang terlalu tinggi di dalam kandungan setiap botol sos itu bertindak sebagai 'pembunuh senyap'.
Kajian CAP pada tahun lalu mendapati sebotol sos cili dan tomato daripada pelbagai jenama mengandungi sebanyak 25.9 sudu teh hingga 37.1 sudu teh gula.
Pegawai Pendidikan Pengguna CAP, N.V. Subbarow berkata, penggunaan tanpa kawalan bahan-bahan itu dengan mudah boleh menyebabkan penyakit diabetes, obesiti dan mempercepatkan proses penuaan.

Ulang tahun pendaratan tentera Amerika di Incheon



Bot-bot amfibia Korea Selatan turut mengambil bahagian dalam melakonkan babak pertempuran semasa pendaratan tentera Amerika dan tentera sekutu dari sembilan negara lain di luar perairan Incheon, di barat Seoul, semalam. - REUTERS


INCHEON, Korea Selatan 15 Sept. - Kapal-kapal perang, pesawat pejuang serta anggota marin dari Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan Australia, hari ini melakonkan semula babak pertempuran dalam Perang Korea, yang telah mengubah arus perang tersebut, walaupun menerima bantahan dari Pyongyang.
Kira-kira 14,000 orang termasuk veteran perang dari sembilan negara yang terlibat dalam konflik 1950-1953 itu, menyertai upacara itu sebagai memeringati ulang tahun ke-60 pendaratan tentera di Incheon yang diketuai Jeneral AS Douglas MacArthur, kata Kementerian Pertahanan Korea Utara.
Pendaratan tersebut diikuti dua minggu kemudian dengan penawanan semula Seoul dari Korea Utara.
Sebanyak 12 buah kapal, 16 pesawat dan lebih 200 anggota marin dari tiga negara berkenaan mengambil bahagian dalam babak perang itu termasuk lakonan babak pendaratan, intipan secara menyelam dan penerbangan pintas.
Antara mereka yang menyaksikan upacara tersebut ialah 2,000 orang veteran perang dari Korea Selatan dan negara-negara lain yang menghantar tentera menyertai pasukan tentera Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pimpinan AS bagi mempertahankan Korea Selatan.
Korea Selatan telah melakonkan semula babak pertempuran itu sejak 2008.
Korea Utara, yang menawan Korea Selatan pada 25 Jun 1950, membantah upacara tersebut dan menyifatkan pendaratan asal sebagai ''satu jenayah yang dilakukan bagi menjatuhkan penduduk Korea''.
Suratkhabar parti pemerintah, Rodong Sinmun semalam melaporkan lakonan babak pendaratan itu merupakan satu provokasi terhadap Korea Utara dan menunjukkan cita-cita musuh-musuhnya untuk menawan.... masih tidak berubah walaupun peristiwa itu telah berlalu hampir setengah abad.'' - AFP

Bila pandangan mula pudar


Bayangkan melihat sebatang tiang yang tegak tetapi pada pandangan ia seperti kabur di tengah dan juga condong ke kiri atau ke kanan.
Begitu juga bila melihat sebuah kereta yang laju di jalan raya tetapi pada pandangan, kereta tersebut menyondong ke tepi seolah-olah tidak stabil dan pudar pada bahagian tengah.
Jika itu yang dialami, segerakan berjumpa pakar mata kerana ia petanda awal kepada gejala kemerosotan atau degenerasi makular berkaitan usia (Age-related Macular Degeneration - AMD)
Ia adalah sejenis penyakit mata yang boleh menjejaskan penglihatan pusat tajam yang diperlukan untuk aktiviti pandangan 'lurus ke depan' mata seperti membaca, memandu kereta, mengecam muka dan sebagainya yang memerlukan penelitian.
''Namun, jika dikenal pasti lebih awal, pesakit mempunyai peluang yang cerah untuk menghalang perkembangannya malah boleh mendapatkan semula penglihatan yang hilang melalui rawatan terkini," Kata Pensyarah Kanan Bahagian Ophtalmic Universiti Malaya, Dr. Ahmad Fauzi Mohd. Sharif.
Tegas beliau lagi, AMD adalah penyakit mata kronik dan menjadi salah satu punca utama kehilangan penglihatan yang serius di kalangan golongan dewasa yang berumur 50 tahun ke atas.
Penyakit ini berkait rapat dengan proses penuaan di mana secara perlahan-lahan ia merosakkan bahagian tengah penglihatan atau makular.
''Bahagian makular diperlukan untuk melihat objek secara jelas, selain bagi tujuan menjalankan aktiviti biasa seperti membaca atau memandu.
"Dalam kes-kes tertentu, proses perkembangan AMD berlaku terlalu perlahan sehingga penghidapnya langsung tidak merasai perubahan pada penglihatannya.
''Tambahan pula, AMD tidak menyebabkan rasa sakit. Sesetengah pesakit pula merasakan AMD berlaku terlalu pantas sehingga menjurus kepada kehilangan kedua-dua daya penglihatan," jelasnya lagi.
Dr. Ahmad Fauzi menerangkan, AMD boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu lembap atau kering.
Bagaimanapun AMD kering lebih banyak berlaku berbanding kes AMD lembap.
Bahkan daripada keseluruhan kes AMD, kira-kira 70 peratus adalah kes AMD kering berbanding 30 peratus AMD lembap.
AMD lembap terjadi apabila urat-urat darah abnormal di bahagian belakang retina mulai tumbuh di bawah makular.
Oleh kerana urat-urat darah ini masih baru dan 'mentah', kecenderungannya untuk pecah sehingga terkeluar cecair atau darah mudah berlaku.
''Darah dan cecair ini menaikkan makular daripada kedudukan normal di belakang mata. Jadi, kerosakan pada makular berlaku lebih pantas," katanya.
Oleh kerana kerosakan pada bahagian tengah penglihatan terjadi dengan pantas, maka AMD jenis ini juga dikenali sebagai AMD tahap awal - tidak seperti AMD jenis kering yang boleh berlaku secara berperingkat-peringkat.
''Begitupun simptom awal AMD lembap lebih mudah dikesan iaitu jika pesakit mendapati garisan lurus kelihatan seakan bengkang-bengkok," terang Dr. Ahmad Fauzi .
Sementara itu, AMD kering pula terjadi apabila sel yang sensitif pada cahaya di makular mati secara perlahan-lahan sehingga menyebabkan penglihatan bahagian tengah menjadi kabur. Lebih teruk, AMD kering boleh mengakibatkan penghidapnya melihat titik kabur pada tengah-tengah penglihatan.
Simptom yang dialami oleh pesakit yang mengalami AMD kering adalah penglihatan yang sedikit kabur.
''Penghidapnya mungkin sukar mengenali wajah orang lain dan memerlukan lebih banyak cahaya untuk melakukan aktiviti harian seperti membaca buku," katanya sambil memberitahu AMD kering lazimnya menjejaskan kedua-dua belah mata.
Kata Dr. Ahmad Fauzi lagi, AMD biasanya menyerang pesakit dalam keadaan senyap tanpa merasakan kesakitan pada mana-mana bahagian dan juga sebarang perubahan pada penglihatan.

Netanyahu, Abbas sambung rundingan


BAITULMAQDIS 15 Sept. - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyambung rundingan hari kedua di Baitulmaqdis hari ini, bagi menyelesaikan pertikaian berhubung penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin, yang boleh menggagalkan usaha ke arah perdamaian.
Sebelum itu, Netanyahu mengadakan pertemuan berasingan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton sebelum Abbas menyertai mereka petang ini bagi rundingan selama tiga hari yang turut dihadiri utusan AS ke Asia Barat, George Mitchell.
Dua pemimpin itu gagal mencapai kata sepakat, semalam di Mesir berhubung pembinaan penempatan haram Yahudi, namun Mitchell berkata, mereka berbincang pelbagai isu penting yang memisahkan kedua-dua pihak dan mereka juga yakin boleh mencapai penyelesaian dalam tempoh setahun.
Penangguhan sementara pembinaan penempatan haram yahudi oleh Israel selama 10 bulan di Tebing Barat akan berakhir pada 30 September ini dan Palestin berkata, pihaknya akan menarik diri daripada rundingan sekiranya pembinaan itu disambung semula.
Mitchell selepas pertemuan di resort peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah berkata, beliau percaya rundingan tersebut secara keseluruhannya berjalan ke arah yang betul.
Status Baitulmaqdis, nasib pelarian Palestin, sempadan negara Palestin baru dan pengurusan keselamatan merupakan isu penting yang perlu diselesaikan oleh kedua-dua pemimpin tersebut bagi menjamin satu perjanjian damai yang kekal.
Pusingan terbaru rundingan damai tersebut dilancarkan semula bulan lalu selepas tertangguh selama 20 bulan.
Media Israel melaporkan, Netanyahu mungkin akan ke Washington awal minggu depan dengan spekulasi menyatakan bahawa Presiden AS, Barack Obama mungkin terlibat dalam usaha menyelesaikan kebuntuan berhubung masalah penempatan haram Yahudi.
Netanyahu sebelum ini berkata, beliau tidak akan melanjutkan penangguhan pembinaan penempatan haram Yahudi tersebut, sebaliknya hanya akan mengehadkan skop pembinaan di sebahagian kawasan penempatan. - Reuters

5 terbunuh ketika India cari jalan tamatkan pergolakan


16/09/2010 2:48am

SRINAGAR 16 Sept. - Empat terbunuh dan 30 cedera apabila polis India melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di sebuah bandar berhampiran Kashmir.
Kejadian itu tercetus ketika pemimpin-pemimpin parti politik utama di India berdebat mengenai bagaimana untuk menamatkan bantahan puak pemisah selama berbulan-bulan di kawasan tersebut.
Seorang pegawai polis berkata, dalam pertempuran lain, seorang pembantah terbunuh dan dua lagi cedera ketika pasukan keselamatan kerajaan menggunakan senjata berpeluru hidup di Sopore, sebuah bandar di barat laut Srinagar.
Tentera kerajaan melepaskan tembakan apabila kumpulan pembantah bertindak menyerang mereka dengan batu ketika mereka dalam perjalanan pulang ke berek tentera, kata pegawai itu yang enggan identitinya didedahkan. - AP

Perancis haramkan burqa


PARIS 15 Sept. - Senat Perancis hari ini meluluskan rang undang-undang mengharamkan pemakaian burqa dan niqab di tempat awam di negara ini, tindakan yang dilihat sebagai simbol melindungi nilai-nilai Perancis.
Sebanyak 246 anggota Senat mengundi menyokong rang undang-undang tersebut berbanding hanya satu menentang, dan ia kini menunggu kelulusan daripada pemerhati Perlembagaan Perancis sebelum rang undang-undang pengharaman pemakaian burqa dan niqab itu menjadi satu undang-undang.
Penduduk Islam percaya, undang-undang berkenaan merupakan satu tamparan baru buat agama kedua terbesar di negara ini di mana rumah ibadah seperti masjid, dilihat sebagai sasaran kebencian.
Bagaimanapun, pihak yang menyokong rang undang-undang itu berkata, undang-undang itu akan memelihara nilai-nilai Perancis, termasuk asas sekularnya dan tanggapan persaudaraan yang bercanggah dengan golongan yang menutup muka mereka.
Dalam satu usaha untuk menghalang sebarang bantahan terhadap alasan undang-undang itu mungkin menyekat kebebasan beragama, pemimpin di kedua-dua Dewan Parlimen meminta satu badan khas iaitu Majlis Perlembagaan meluluskannya dalam tempoh sebulan.
Sebagai langkah keselamatan, perkataan 'wanita', 'Islam' dan 'niqab' tidak disebut pada mana-mana bahagian dalam rang undang-undang yang mengandungi tujuh artikel tersebut.
"Undang-undang ini adalah hasil perdebatan kompleks yang panjang," kata Presiden Senat, Gerard Larcher dan Ketua Perhimpunan Kebangsaan, Bernard Accoyer dalam satu kenyataan bersama ketika mengumumkan keputusan itu.
Perancis menjadi negara pertama di Eropah meluluskan undang-undang seumpama itu, walaupun negara-negara lain seperti Belgium sedang menimbangkan untuk melaksanakan undang-undang yang sama, selepas ia dilihat bercanggah dengan budaya tempatan.
Sementara itu, keputusan Perancis tersebut mendapat bantahan kuat daripada Majlis Ulama Indonesia atas alasan pemakaian burqa dan niqab di kalangan wanita Asia Barat adalah sebahagian budaya dan kepercayaan mereka.
"Sekiranya Parlimen Perancis mahu memperjuangkan hak asasi kemanusiaan, ia perlu membenarkan wanita memakai burqa dan niqab di tempat awam.
"Jika ia dibuat atas sebab-sebab keselamatan, persoalannya ialah setakat mana ancaman yang boleh ditimbulkan oleh wanita memakai burqa?," kata pengerusi majlis, Amidhan. - AP/AFP

Orang awam terbunuh dalam serangan tentera AS, Iraq


16/09/2010 2:52am

FALLUJAH Iraq 16 Sept. - 7 orang awam antara 18 yang mati ditembak ketika tentera Amerika Syarikat dan Iraq cuba menangkap seorang pemimpin tertinggi Al-Qaeda di sini, semalam.
Kejadian tersebut telah mencetuskan kemarahan awam di kawasan yang pernah menjadi pangkalan pemberontak itu.
Dua anggota tentera Iraq juga terbunuh dalam pertempuran di barat Baghdad, sementara satu serangan pengeboman jalanan di utara negara ini meragut sembilan nyawa askar lain yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah ketika bercuti.
Keganasan terbaru itu tercetus dua minggu selepas Washington secara rasmi mengisytiharkan penamatan operasi tentera di sini dan dengan ketiadaan kerajaan baru yang dibentuk sejak pilihan raya Mac lalu. - AFP

Wednesday, September 15, 2010

Pengusaha burung walet beli bangunan baru




2010/09/15

TELUK INTAN: Ramai kalangan pengusaha sarang burung layang-layang atau walit di daerah Hilir Perak sanggup menyewa atau membeli bangunan baru dengan harga mahal semata-mata untuk dijadikan premis bagi haiwan berkenaan membuat sarang. 

Hampir semua bangunan rumah kediaman atau premis rumah kedai yang baru dibina menjadi rebutan di kalangan penternak terbabit, berikutan harga sarang burung layang-layang sangat tinggi di pasaran antarabangsa.Pengerusi Persatuan Pedagang Sarang Burung Hilir Perak, Goh Ah Seng, berkata pasaran sarang burung Walit melonjak naik apabila Kerajaan Pusat menetapkan garis panduan perniagaan itu serta mengiktirafnya sebagai pelaburan yang berpotensi.
"Kawasan yang banyak burung Walit bersarang dianggap sebagai lokasi panas dan menjadi tumpuan utama pengusaha untuk menyewa atau membeli premis baru untuk dijadikan tempat pembiakan sarangnya. 

"Kebiasaannya premis dua hingga enam tingkat menjadi pilihan dengan kadar sewa mencecah antara RM10,000 hingga RM1 juta sebulan kerana lokasi itu menjadi tumpuan banyak sarang burung Walit," katanya kepada Berita Harian di sini, kelmarin. 

Beliau berkata, Perak antara kawasan perusahaan sarang burung Walit paling berpotensi kerana beribu-ribu burung spesies berkenaan dari Sumatera, Indonesia, berhijrah ke daerah Manjung dan Hilir Perak berikutan pembakaran hutan secara besar-besaran di negara berkenaan. 

Harga kambing korban RM872 seekor




2010/09/15

SINGAPURA: Harga kambing untuk ibadat korban di Singapura ditetapkan pada S$375 (RM872.12) bagi tempoh tiga tahun akan datang. 

Namun harga itu mungkin berubah mengikut keadaan pasaran. Sebuah syarikat berjaya mendapat tender membekalkan kambing korban ke Singapura untuk tiga tahun akan datang.Ketika dihubungi melalui e-mel, Pengurus Umum (Perkhidmatan Korporat) syarikat itu, Feisal J Marican, berkata walaupun harga sudah ditetapkan, kontrak yang ditandatangani syarikatnya mempunyai syarat tertentu.
Katanya, syarikatnya membenarkan harga yang ditetapkan dinaikkan atau diturunkan jika harga pasaran turun atau naik lebih daripada lima peratus. 

“'Ini memberikan keyakinan dan kemantapan dari segi harga kepada orang ramai.” 

Ketika ditanya mengapa harga kambing lebih tinggi daripada tahun sebelumnya, dia berkata, ia disebabkan beberapa faktor ekonomi, seperti nilai mata wang, bekalan haiwan korban dan kos penerbangan serta logistik. 

Beliau memberitahu Berita Harian Singapura bahawa syarikatnya akan membawa masuk sekurang-kurangnya 5,500 ekor kambing dari Australia. 
Feisal berkata syarikatnya yakin dapat menerima tempahan antara 5,500 dengan 6,000 kambing pada musim korban ini. – Agensi 

‘Bayi pesawat’ mungkin diserah keluarga angkat




2010/09/15

George Francis
George Francis
MANILA: Bayi lelaki yang dilahirkan di dalam pesawat dari Asia Barat ke Filipina dan ditemui di dalam beg sampah akan diserahkan kepada keluarga angkat, jika ibunya tidak ditemui atau diisytiharkan tidak berupaya menjaganya. 

Bayi yang diberi nama George Francis mengambil sempena kod penerbangan Teluk, Gulf Air, berada dalam keadaan sihat dan dipantau rapi jururawat serta pekerja sosial, ketika pihak berkuasa meneruskan usaha mencari ibunya.Setiausaha Kebajikan Sosial, Corazon Soliman berkata pegawainya mengenal pasti seorang penumpang yang duduk di kerusi pesawat dengan kesan darah tetapi perlu mengesahkan sama ada dia adalah ibu kandung George Francis.
“Bayi itu berada dalam keadaan sihat. Dia banyak minum susu, tetapi kami masih memantau kesihatannya berikutan benjolan di kepalanya. Bagaimanapun berdasarkan laporan setakat ini, keadaannya baik,” katanya. 

Bayi seberat tiga kilogram itu ditemui Ahad lalu ketika pegawai keselamatan melihat sesuatu bergerak di dalam beg sampah yang dibawa dari pesawat. – AP 

Imelda diarah kembalikan wang




2010/09/15

 IMELDA  meraikan  hari lahir  ke-93 mendiang suaminya di bandar Batac, di wilayah Ilocos Norte, Filipina,    pada 11 September lalu.
IMELDA meraikan hari lahir ke-93 mendiang suaminya di bandar Batac, di wilayah Ilocos Norte, Filipina, pada 11 September lalu.
Dana negara bernilai berbilion dolar didakwa dicuri Presiden Marcos 

MANILA: Sebuah mahkamah khas antirasuah semalam mengesahkan bekas wanita pertama Filipina, Imelda Marcos diarah mengembalikan hampir AS$230,000 (RM736,000) yang dicuri mendiang suaminya, Ferdinand Marcos daripada pihak berkuasa dana makanan.Peguam Imelda, Robert Sison bagaimanapun berkata, anak guamnya berusia 81 tahun itu membantah arahan yang dikeluarkan minggu lalu dan merancang mengemukakan rayuan.
“Kes itu difailkan ketika keluarga Marcos berada di luar negara dan beliau tidak berpeluang mengemukakan rayuan seperti sepatutnya,” kata Sison. 

Mahkamah di Sandiganbayan berkata, pihaknya mendapati Imelda mengarahkan ketua Pihak Berkuasa Makanan Kebangsaan memindahkan dana ke dalam akaun bank pemimpin itu pada 1983. Agensi berkenaan bertanggungjawab dalam pengimportan beras di Filipina. 

Kes terbabit adalah antara berpuluh dakwaan sivil dihadapi keluarga Marcos, 24 tahun selepas diktator itu digulingkan, mengakhiri pemerintahan dua dekad, menyebabkan beliau terpaksa hidup dalam buangan. Marcos meninggal dunia pada 1989. 

Oleh kerana Imelda adalah wakil sah harta Marcos, mahkamah mengarahkannya memulangkan 10 juta peso selain membayar faedah dan kos perundangan. Seorang kerani mahkamah berkata keputusan dibuat pada 9 September tetapi hanya diumumkan kepada umum minggu ini. 

Marcos dituduh mencuri berbilion dolar dana negara yang dilapor masih disembunyikan di dalam akaun bank di luar negara. 

Imelda kembali ke Manila pada 1991. Selepas gagal dalam cubaan untuk menjadi presiden pada 1992, beliau menang kerusi parlimen Mei lalu. – AFP 

Pencuri berjaya ditangkap kerana tertinggal Handphone


Seorang pencuri tertangkap setelah handphonenya yang berisi gambar dirinya tertinggal di rumah mangsa pencuriannya. Malahan dia turut   mengirimkan pesan ringkas ke polis yang meminta handphonenya itu dikembalikan.


Handphone Anthony Gawthrop (24 tahun) jatuh di sebuah rumah di Cambridge,England tempat ia mencuri sebuah laptop. Gawthrop, yang sudah tiga kali dihukum kerana mencuri, dikenal pasti oleh polis melalui gambar-gambar dirinya yang tersimpan di handphone tersebut.


Dia kemudian mengatakan bahawa handphone itu telah dicuri satu setengah jam sebelum kejadian mencuri itu dan menghubungi pihak polis untuk memberikan alibi palsu. Namun ia terpaksa mengaku bersalah di Mahkamah Cambridge setelah hakim mendengar bukti.


Polis berjaya mengesan dan menangkapnya melalui pesanan ringkasnya itu

Tempoh masa perjalanan atas Sirat Mustaqim


http://www.rf3-up.com/uploads/up1/Haamsat-Net-1e170da75e.jpg
Petikan daripada Kitab Mahkamah di Padang Mahsyar m/s: 146
Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim  adalah berbagai diantaranya ialah :
  1. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
  2. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
  3. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
  4. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
  5. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
  6. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
  7. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
  8. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
  9. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
  10. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.
http://www5.0zz0.com/2009/10/26/21/327558517.jpg
Diantara tips untuk melepasi Titian Sirat Mustaqim
Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud
“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”
Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”
Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,
Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”
Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)
Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.
Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.
Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.
Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”
Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat :)
Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :
~Banyakkan bersedekah
~Melazimkan diri hadir ke masjid
Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :

Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”
*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.
sumber asal : artikel Umar M Noor, Majalah Solusi Isu-18

3 Ulamak terkenal di amerika dianggap pengganas


http://www.voa-islam.com/timthumb.php?src=/photos2/version4_Legitimate-Demands-2-Ba.jpg&h=235&w=355&zc=1
Tiga Ualamak yang telah menabur jasa kepada masyarakat Islam amerika dianggap pengganas oleh Kerajaan amerika, mereka adalah:
1-Anwar Awlaqi Ulamak Yaman kelahiran Amerika.
2-Adnan Al-Shukri Jumaa, kelahiran Arab Saudi dan dibesarkan di Brooklyn – Florida.
3-David Hedley – Penduduk Chicago.
Nota :
Betapa hebatnya fitnah terhadap Islam, sehingga pemimpin dunia yang merasakan dirinya Islam turut mengutuk mereka yang telah menabur jasa kepada Islam dan masyarakat Islam dunia apabila pemimpin Islam (luaran) tidak lagi bebas melakukan maksiat dalam masyarakat, sehingga sanggup melebalkan  ulamak Islam sebagai pengganas sedangkan pada hakikatnya pemimpin Islam buatan amerika (luaran) lah yang ganas kerana telah menanggung bersama dosa pembunuhan umat Islam seluruh dunia.
Bacalah petikan dibawah (Edisi Indonesia).
WASHINGTON (voa-islam.com): Pusat Amerika yang bekerja dalam pendekatan kebijakan antara dua partai Demokrat dan Republik memperingatkan adanyaAmerikanisasi kepemimpinan Al-Qaeda, menekankan bahwa badan keamanan internal tidak siap menghadapi ancaman yang muncul tersebut.
Sebuah studi yang terdiri dari 43 halaman yang diterbitkan oleh pusat kelompok persiapan diri bagi perlindungan keamanan nasional (National Security Barbardens Group), yang diajukan mantan ketua Komisi 11/9 yang mempelajari serangan 2001 di New York dan Washington.
Laporan tersebut menyatakan bahwa “ancaman yang dihadapi Amerika Serikat berbeda dengan kondisi sembilan tahun yang lalu, bisa dikatakan bahwa Amerika Serikat sedikit berbeda dengan Eropa terkait dengan masalah “terorisme” internal yang mencakup para imigran dan kaum muslimin dari penduduk asli  ditambah mereka yang telah masuk Islam”.
Selanjutnya dikatakan bahwa “Al-Qaeda” dan cabang-cabangnya di Pakistan, Somalia dan Yaman telah membentuk batas minimal  dalam skala dasar prioritas dalam perekrutan di Amerika Serikat.
Simpati warga kaya Amerika dan pekerja keras dengan “terorisme”:
Diisyaratkan juga kepada adanya keyakinan sekurang-kurangnya 43 warga negara Amerika Serikat atau penduduk mukim terhadap ideologi “keras” dan kasus-kasus terkemuka terkait dengan beberapa orang yang telah direkrut dan bepergian ke luar negeri untuk pelatihan.
Laporan ini menambahkan: “Selama satu tahun terakhir saja Amerika Serikat telah menyaksikan adanya simpati warga kaya As dari pinggiran kota dan anak-anak imigran pekerja keras terhadap “terorisme” yang nampaknya belum dianggap sebagai tanda jelas bagi “terorisme” di sana, dan warga Amerika secara meningkat telah menjadi bagian dari kepemimpinan dalam Al-Qaeda “dan sekutu mereka” .
Laporan itu menunjukkan adanya beberapa kasus: seperti ulama Yaman kelahiran Amerika Anwar Awlaqi, yang merupakan salah satu tokoh terkemuka dalam “Al Qaeda di Semenanjung Arab”, dan Adnan Al-Shukri Jumaa, kelahiran Arab Saudi dan dibesarkan di Brooklyn – Florida, dianggap sebagai tokoh besar dalam operasi luar negeri “Al Qaeda”, dan David Hedley, penduduk Chicago, yang memainkan peran dalam mempelajari target serangan Mumbai tahun 2008 atas nama kelompok “Lashkar Taiba” yang “berbasis Pakistan, berdasarkan penelitian ini.
Laporan itu mengatakan: “Tidak ada pendahuluan dikutip mengenai peran penting operasional yang dimainkan warga Amerika saat ini dalam Al-Qaeda dan kelompok-kelompok yang berafiliasi dengannya”.
Dan bagian besar dari laporan tersebut memfokuskan kepada ketakutan yang diisyaratkan para pejabat intelijen AS sejak bertahun-tahun lamanya termasuk munculnya Awlaqi dan orang-orang Amerika lainnya yang telah direkrut.
(ar/islammemo)

Skandal seks paderi menyebabkan 5 juta penganut kristian meninggalkan agama kristian


http://www.voa-islam.com/timthumb.php?src=/photos2/version4_church09182004B_340_309.jpg&h=235&w=355&zc=1
BRUSSELS (voa-islam.com): Komisi Penyelidikan Independen di Belgia mengkonfirmasikan terjadinya ratusan kasus pelecehan seksual dalam Gereja Katolik lebih dari tiga dekade pada paruh kedua abad kedua puluh.
Komite penyelidikan di kota Louvain yang terletak di sebelah timur ibukota Brussels hari ini dalam laporan terakhir menegaskan telah terjadi sedikitnya 475 kasus pelecehan seksual terhadap anak-anak dalam Gereja Katolik di Belgia pada periode antara tahun enam puluhan hingga delapan puluhan abad kedua puluh.
Menurut kantor berita Jerman bahwa laporan tersebut berdasarkan penyelidikan kepada para korban dan bukti gambar pelanggaran seksual, dan itu setelah Konferensi Keuskupan Belgia telah mengizinkan Komite untuk melihat besarnya pelecehan seksual.
Perlu dicatat bahwa Roger Vangylwi, uskup dari kota Broja telah mengajukan pengunduran dirinya April lalu setelah mengaku bersalah melakukan pelecehan terhadap keponakannya sendiri berulang kali.
5 juta warga Jerman berencana meninggalkan Gereja.
Sebuah jajak pendapat telah mengungkapkan bahwa hampir seperempat dari penganut Kristen Katolik di Jerman berpikir akan keluar dari gereja, setelah terbongkarnya skandal pelecehan seksual terhadap anak di dalam gereja, dan pakatan untuk menutupinya .
Jajak pendapat yang diadakan oleh surat kabar Jernman “Bild” yang tersebar luas bekerja sama dengan Institut “Forsa” untuk mengukur indikator pendapat dan disiarkan melalui situs resminya Jumat lalu bahwa 23% dari umat Katolik Jerman berpikir untuk keluar dari gereja, termasuk 19% nya menyebut diri mereka “sangat religius”.
Ini berarti bahwa Gereja Katolik bisa kehilangan sekitar 5 juta pengikut dari total populasi di Jerman sekitar 25 juta orang.
Krisis terburuk yang dihadapi gereja yang telah mengguncang citranya di depan para pengikutnya, setelah terungkap adanya skandal pelecehan seksual terhadap anak di dalam Gereja di Jerman dan negara-negara Eropa lainnya, dimana skandal tersebut telah menyeret nama Benediktus XVI Paus Vatikan yang menyembunyikan skandal selama beberapa tahun.
(ar/islammemo)

55 Ribu U.Islam Moscow Menunaikan Solat Hari Raya Aidil Fitri


http://www.voa-islam.com/timthumb.php?src=/photos2/muslimRusiaSholat.jpg&h=235&w=355&zc=1
MOSKOW (voa-islam.com): 55.000 Muslim berkumpul di pusat Moskow di sekitar masjid Katedral untuk merayakan hari terbesar bagi umat Islam-Idul Fitri, di rusia Idul Fitri dikenal sebagai bayram Uraza.
Begitu banyak yang ingin bergabung dalam sholat di pagi hari itu, masjid pun tidak muat, hingga jamaah meluber ke sekitar jalan-jalan.
Khotbah Ied disampaikan oleh Mufti Rusia selama beberapa jam, suara khotib diperbolehkan dikeraskan dengan pengeras suara sehingga jamaah yang berada diluar dapat mendengar khotbah.
Dalam khotbahnya, pemimpin spiritual Muslim Rusia itu menyebutkan beberapa kesulitan yang dihadapi Muslim belakangan ini dalam dunia global, bentrokan di Kyrgyztan, banjir mematikan di Pakistan dan cuaca panas yang melanda Rusia beberapa waktu lalu.
Khotib mengatakan, bahwa asap yang melanda Rusia, didalam Al Qur’an dianggap sebagai hukuman Allah kepada manusia atas dosa-dosa mereka dan mengingatkan bahwa hawa panas dan kebakaran yang melanda Rusia itu berangsur turun pada hari-hari pertama bulan Agustus atau disaat bulan suci Ramadhan dimulai.
Idul Fitri atau bayram Uraza, seperti yang biasa disebut di Rusia, menandai berakhirnya puasa sebulan penuh, ketika selama 30 hari semua umat Islam tidak diperkenankan makan dan minum  selama matahari bersinar. (za/RT/com)

5 Jenis amal Soleh yang diperlukan semasa di dalam kubur


http://www.dubaieyes.net/gallery/data/media/60/am-hm-z-4-6-3.jpg
Sesungguhnya kubur memanggil anda 5 kali sehari:
  1. Wahai manusia! kami adalah rumah terpencil, maka bacalah Al-Quran agar kamu ditemaninya nanti.
  2. Wahai manusia! kami adalah rumah yang gelap, maka tunaikan solat lima waktu kerana ianya akan menjadi obor kepada kamu didalam kubur nanti.
  3. wahai manusia ! kami adalah rumah daripada tanah, maka lakukan amal soleh untuk kamu jadikan hamparan di dalamnya kelak.
  4. Wahai manusia ! kami adalah rumah ular-ular yang besar, maka carilah penawar untuk mengubati bisa-bisa ular tersebut dengan Bacaan ” Bismillah Hirrahman Nirrahim ” dan  air mata yang menangis kerana takutkan Allah SWT.
  5. Wahai manusia ! kami adalah rumah tempat pertanyaan Malaikat Mungkar dan Nangkir, maka perbanyakkanlah bacaan ” La Ilaha Illallah ” agar dapat membantu kamu menjawab pertanyaan mereka.
Kitab Ingat akan maut m/s: 64

Lelaki bunuh 3 amah ditangkap

JEDDAH: Seorang lelaki yang dipercayai membunuh tiga pembantu rumahnya sepanjang tiga tahun lalu ditangkap oleh polis di daerah Yanbu semalam.
Menurut polis, lelaki itu mengaku melakukan pembunuhan itu ketika disoal siasat. Dia juga didakwa merancang membunuh pembnantu rumahnya yang keempat. Polis masih belum mendedahkan identiti suspek atau kerakyatan mangsa. Suspek turut didakwa mencacatkan anaknya sendiri sebagai cara untuk memaksa mereka menjadi pengemis.
Mayat mangsa pertamanya ditemui di pada 2007, kedua beberapa bulan kemudian pada tahun yang sama sementara yang ketiga pada tahun lalu.

Sehubungan itu, polis membebaskan seorang lelaki yang sebelum ini ditahan kerana disyaki terbabit dalam pembunuhan itu. - Agensi

Kad undi palsu ditemui

KABUL: Beribu-ribu kad pendaftaran mengundi palsu ditemui di seluruh Afghanistan, mencetuskan kebimbangan di kalangan pegawai dan pemerhati.
Suruhanjaya Aduan Pilihan Raya (ECC) yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Yayasan Pilihan Raya Bebas dan Adil Afghanistan (FEFA) berkata semalam, salinan palsu kad pendaftaran, dokumen yang perlu ditunjukkan sebelum pengundi dibenarkan mengundi ditemui di Herat di Barat Afghanistan, Kunduz dan Baghland di utara dan Nuristan dan Paktia di timur negara itu.
Bagaimanapun, kedua-dua pertubuhan itu tidak dapat menyatakan jumlah dokumen palsu yang ditemui atau dalang yang menyebarkannya.

Afghanistan akan mengadakan pilihan raya Parlimen Sabtu ini yang dilihat sebagai kunci utama kepada kestablilan di negara itu.

Jurucakap FEFA, Jandad Spinghar berkata, kad pendaftaran palsu seumpama itu pernah digunakan pada tiga pilihan raya lalu.

“Kami sudah melihat sampel kad palsu itu yang ditemui pemerhati kami.

“Jika kerajaan bertindak mengekang penyebarannya, tahap penipuan mungkin boleh dikurangkan jika tidak dihapuskan sama sekali,” katanya. - AFP

Seorang lagi diplomat Iran berpaling tadah

HELSINKI: Seorang lagi diplomat Iran dilaporkan berpaling tadah kerana kecewa dengan tindakan kerajaan selepas pilihan raya negara itu.
Sebuah kumpulan pembangkang berkata, diplomat terbaru yang bertindak demikian bertugas di kedutaan negara itu di Belgium.
Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas pegawai kanan kedua kedutaan Iran di Helsinki berkata beliau akan memohon suaka politik di Finland.

Perkembangan itu memalukan Iran yang bertindak keras terhadap rakyatnya selepas pilihan raya presiden tahun lalu yang diikuti oleh tunjuk perasaan besar-besaran dan tuduhan bahawa Presiden Mahmoud Ahmadinejad melakukan penipuan untuk menang.

Pihak berkuasa Iran didakwa masih menjalankan operasi menahan beberapa orang yang didakwa terbabit dalam tunjuk perasaan itu.

Kumpulan pembangkang yang berpusat di Eropah dan dikenali sebagai Gelombang Hijau berkata, Farzad Farhangian, atace akhbar di Kedutaan Iran di Brussels meninggalkan kedutaan itu dan berlepas ke Oslo. - AP

Sekatan bukan jenaka: Akbar

TEHERAN: Bekas Presiden Iran, Akbar Hashemi Rafsanjani (gambar) semalam mendesak pegawai negara itu supaya tidak menganggap sekatan antarabangsa terhadap negara itu sebagai jenaka.
Katanya, republik Islam itu berdepan dengan ‘serangan’ paling buruk dalam sejaranya daripada masyarakat antarabangsa.
“Sejak revolusi, kita tidak pernah berdepan dengan begitu banyak sekatan terhadap Iran dan saya menggesa pegawai Iran supaya menangani sekatan ini secara serius. Ia bukan jenaka,” kata Akbar ketika berucap di Dewan Ulama yang bertanggungjawab menyelia tugas pemimpin tertinggi negara itu.

Ulama berpengaruh itu yang mengetuai dewan berkenaan dan kini dilihat sebagai penyokong pembangkang berkata, Iran belum pernah berada dalam situasi seperti ketika ini sejak revolusi Islam pada 1979.

“Sepanjang 30 tahun lalu kita berdepan dengan peperangan dan ancaman ketenteraan tetapi tidak pernah kita melihat satu rancangan tersusun untuk menyerang kita seperti yang wujud sekarang,” katanya.

“Belum pernah begitu banyak ketetapan diluluskan oleh institusi antarabangsa dan kerajaan asing terhadap Iran,” katanya.

Pada 9 Jun lalu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenakan sekatan keempatnya terhadap Iran kerana program nuklearnya.

Ia disusli dengan sekatan oleh Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Australia, Kanada, Jepun dan Korea Selatan. - AFP

20 tahun sorok mayat 3 anak

LONDON: Seorang wanita semalam mengaku menyembunyikan mayat tiga bayi yang dilahirkannya selama 20 tahun dalam almari pakaian.
Bernadette Quirk, 55, (gambar) melahirkan empat bayi di kediamannya dalam tempoh 10 tahun.

Dia mendakwa mengalami keguguran semua kandungannya dan tidak memberitahu pihak berkuasa.

Dia sebaliknya hanya membungkus mereka dengan surat khabar dan beg plastik.

Bernadette menyimpan tiga mayat bayi itu dalam tong plastik dalam almarinya sementara yang keempat ditanam secara rahsia di tanah perkuburan tempatan.

Wanita itu yang berasal dari St Helens, Merseyside mengaku bersalah terhadap empat tuduhan menyembunyikan kelahiran ketika dihadapkan ke Mahkamah Liverpool dan berdepan dengan hukuman penjara jika sabit kesalahan.

Isteri minta hadiah hari raya dicerai

HAFR AL-BATIN (Arab Saudi): “Kamu mahu hadiah hari raya? Saya akan beri kamu hadiah!”
Itu kata-kata yang diluahkan seorang lelaki di Hafr Al-Batin, timur Arab Saudi.

Menurut laporan akhbar Al-Yaum, lelaki itu menceraikan isterinya selepas wanita itu meminta wang dan hadiah hari raya.

Seorang kaunselor perkahwinan berkata, perceraian ketika menyambut Aidilfitri sering berlaku kerana tuntutan berlebihan si isteri atau kerana suami enggan keluarkan belanja menyambut perayaan itu. - Agensi

Tuesday, September 14, 2010

Tentera Zionis bunuh lelaki 91 tahun, cucu

GAZA; Tiga warga Palestin termasuk seorang lelaki berusia 91 tahun dan cucunya berumur 20 tahun tahun mati ditembak tentera rejim Israel di Beit Hanoun, semalam.
“Ibrahim Abdullah Abu saeed dan cucunya, Walid Abu Audeh 20 mati akibat bedilan meriam kereta kebal Israel,” kata jurucakap perkhidmatan perubatan tempatan, Adham Abu Salima.

Seorang lagi cucu Ibrahim, Hossan Khaled, cedera, katanya.

Jurucakap tentera rejim Zionis mengesahkan serangan itu.

Dia mendakwa serangan itu disasarkan pada sekumpulan rakyat Palestin yang kononnya bersiap sedia melepaskan tembakan bom roket terhadap wilayah Israel. - AFP