Pages

Wednesday, September 15, 2010

Seorang lagi diplomat Iran berpaling tadah

HELSINKI: Seorang lagi diplomat Iran dilaporkan berpaling tadah kerana kecewa dengan tindakan kerajaan selepas pilihan raya negara itu.
Sebuah kumpulan pembangkang berkata, diplomat terbaru yang bertindak demikian bertugas di kedutaan negara itu di Belgium.
Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas pegawai kanan kedua kedutaan Iran di Helsinki berkata beliau akan memohon suaka politik di Finland.

Perkembangan itu memalukan Iran yang bertindak keras terhadap rakyatnya selepas pilihan raya presiden tahun lalu yang diikuti oleh tunjuk perasaan besar-besaran dan tuduhan bahawa Presiden Mahmoud Ahmadinejad melakukan penipuan untuk menang.

Pihak berkuasa Iran didakwa masih menjalankan operasi menahan beberapa orang yang didakwa terbabit dalam tunjuk perasaan itu.

Kumpulan pembangkang yang berpusat di Eropah dan dikenali sebagai Gelombang Hijau berkata, Farzad Farhangian, atace akhbar di Kedutaan Iran di Brussels meninggalkan kedutaan itu dan berlepas ke Oslo. - AP

No comments: