Pages

Friday, December 21, 2012

Israel berkeras bina penempatan haram

Israel berkeras bina penempatan haramNetanyahu (gambar kecil) berkeras mahu menambah unit penempatan haram Yahudi di bumi Palestin.
BAITULMAQDIS - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkeras mahu menambah bilangan penempatan haram Yahudi walaupun pelan membina 6,000 unit kediaman dalam kawasan Palestin dikritik negara Barat, semalam.

Selain tambahan hampir 2,000 unit rumah awal bulan ini, media Israel melaporkan lebih 3,000 unit rumah Yahudi sedang dalam pembinaan di Baitulmaqdis dan Tebing
Barat.

Menurut kumpulan pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan, wilayah timur Baitulmaqdis jatuh ke tangan rejim Israel dalam peperangan pada 1967.

Keputusan membina ribuan penempatan haram itu diumumkan Netanyahu sebaik sahaja Palestin menerima pengiktirafan sebagai sebuah negara oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan lalu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan ahli Majlis Keselamatannya, turut mengkritik pelan terbaru Israel.

Menurut Ki-moon, kerajaan rejim bertindak menambah penempatan haram mereka sekali gus menjadi ancaman kepada pembangunan Palestin. - Reuters

No comments: