PBB kecam video palsu Israel
Seorang penduduk Palestin tidak dapat menahan kesedihan berikutan saudaranya terkorban akibat kekejaman rejim Zionis pada 18 November lalu. - Foto: AP
PBB kecam video palsu Israel
Seorang bapa cuba untuk menyelamatkan anaknya selepas Israel membedil Bandar Gaza. - Foto: Reuters
PBB kecam video palsu Israel
Beberapa penduduk Palestin mencari barang mereka yang terselamat di sebalik runtuhan bangunan yang musnah selepas dibedil rejim Zionis. - Foto: Reuters
PBB kecam video palsu Israel
Israel menyerang sekolah milik UNRWA semasa perang Gaza pada 2008. Rejim itu menuduh sekolah dan hospital di Gaza digunakan pejuang Palestin untuk melancarkan peluru berpandu.
GAZA - Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) untuk pelarian Palestin mengkritik dan menyelar penipuan Israel yang dibuat melalui media sosial bahawa pertubuhan itu membenarkan sekolah miliknya di Genting Gaza digunakan oleh pejuang Palestin untuk melancarkan roket ke arah Israel.

“UNRWA menafikan dakwaan yang dibuat secara online oleh jurucakap tentera Israel (IDF) bahawa pejuang Palestin menggunakan sekolah atau kemudahan lain milik UNRWA di Gaza untuk melancarkan peluru berpandu ke Israel,” menurut agensi itu dalam kenyataan akhbar, Selasa lalu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Israel memuat naik video propaganda mereka di laman web YouTube, menunjukkan animasi bagaimana sebuah sekolah milik PBB digunakan untuk melancarkan peluru berpandu.

Menurut UNRWA, IDF menggunakan akaun Twitter rasmi mereka, @ IDFSpokesperson untuk mengirim pautan kepada sebuah video yang dimuat naik di akaun rasmi YouTube milik tentera Israel.

Video itu menunjukkan pejuang Palestin menembak peluru berpandu dari sebuah sekolah yang ditanda secara jelas menggunakan simbol UNRWA.

“UNRWA memandang berat penghasilan serta penggunaan animasi itu yang mendakwa UNRWA membenarkan premis milik kami digunakan untuk aktiviti peperangan dalam konflik terbaru ini.

Kami juga mengecam penggunaan logo kami tanpa kebenaran,” menurut pertubuhan itu. Israel telah lama menuduh bahawa sekolah dan hospital di Gaza digunakan sebagai pusat tentera Hamas namun tidak dapat memberika sebarang bukti kukuh.

Tuduhan itu dibuat sebagai justifikasi tindakan tentera rejim itu yang kerap menyerang hospital dan sekolah di Gaza, iaitu pencabulan serius undang-undang antarabangsa semasa konflik.

UNRWA sebelum itu melaporkan sekolah rendah Shejaya miliknya rosak teruk akibat serangan bertubi-tubi tentera Israel.