BERLIN – JERMAN. Seorang warga emas berusia 94 tahun dihadapkan ke mahkamah di Jerman baru-baru ini atas pelbagai tuduhan membabitkan 3,681 dakwaan bersubahat membunuh tahanan semasa suspek berkhidmat di sebuah kem Nazi.

 Jurucakap pendakwa di Bandar Schewerin, Stefan Urbanek berkata, suspek yang tidak dinamakan itu merupakan bekas sarjan yang berkhidmat sebagai pegawai perubatan di sebuah kem hospital yang dikendalikan oleh unit separa tentera di Auschwitz.

 “Semasa bertugas di kem itu, suspek didakwa membantu membunuh tahanan kem melibatkan 1944 tahanan.

 “Suspek merupakan salah seorang daripada 30 bekas kakitangan di Auschwitz yang didakwa dan digesa untuk diambil tindakan oleh pendakwa negeri di bawah undang-undang Jerman baharu,” katanya seperti yang dipetik menerusi portal The Independent, semalam.

Bagaimanapun, berkata kepada sebuah akhbar baru-baru ini,  Peguam suspek, Peter-Michael Diestel menegaskan bahawa pihak pendakwaraya tidak mempunyai bukti yang konkrit dalam memperkukuhkan tuduhan ke atas kliennya.

Awal bulan Februari, seorang bekas pengawal kem Nazi dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai tuduhan membabitkan 300,000 dakwaan bersubahat membunuh.

Bekas pengawal kem Nazi itu akan menyambung perbicaraannya di mahkamah April ini.