Pages

Wednesday, July 11, 2012

Sekatan paksa Teheran tutup telaga minyak

myMetro | Sekatan paksa Teheran tutup telaga minyak: "LONDON: Sekatan Barat memaksa Iran mengambil tindakan drastik, termasuk menutup telaga minyak, mengurangkan pengeluaran ke paras yang sama pada lebih 20 tahun lalu.

Ia sekali gus menyebabkan Teheran mengalami kekurangan pendapatan berbilion dolar.


“Kami kini dalam keadaan terpaksa mengurangkan pengeluaran supaya kami dapat melanjutkan aktiviti di lapangan minyak kami,” kata satu sumber industri itu yang enggan dikenali.

“Bagaimanapun, adalah satu kesilapan untuk menjangka keadaan itu akan memaksa kami tunduk. Iran tidak akan menyerah kalah,” katanya.


Jualan minyak Iran mula merosot sejak Mac lalu ekoran sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah tetapi negara itu hanya mengakui bulan lalu bahawa eksportnya merosot mendadak. - AFP"

'via Blog this'

No comments: