Pages

Wednesday, July 11, 2012

Iran sokong misi Annan

myMetro | Iran sokong misi Annan:

TEHERAN: Iran semalam mengulangi sokongan penuh terhadap usaha damai duta antarabangsa, Kofi Annan yang bertujuan menamatkan krisis Syria.
Menteri Luar, Ali Akbar Salehi (gambar) berkata, rancangan itu perlu dilaksanakan sepenuhnya untuk mengembalikan kestabilan di negara berkenaan.

“Kami berharap Annan akan meneruskan usahanya untuk mengembalikan kestabilan dan keamanan di Syria dan rantau itu,” kata Ali pada sidang akhbar bersama dengan duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Liga Arab itu.
Annan tiba di Teheran selepas berunding dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad semalam dan menghadiri mesyuarat ‘Sahabat Syria’ di Geneva bulan lalu. Iran, sekutu paling rapat Syria tidak dijemput menghadirinya kerana bantahan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Teheran menyifatkan perbincangan itu gagal.

Rundingan di Switzerland itu bersetuju supaya diadakan peralihan kuasa di Syria tetapi tidak secara khusus mendesak Bashar meletak jawatan meskipun Barat dan penentang beliau dengan jelas berkata mereka tidak melihat sebarang peranan yang boleh dimainkan Bashar dalam kerajaan perpaduan.
Barat dan penentang Bashar menuduh Teheran menyokong rejim itu secara ketenteraan. Teheran bagaimanapun menafikannya.

“Iran boleh memainkan peranan positif. Saya akan terus bekerjasama dengan pemimpin Iran untuk menyelesaikan krisis itu yang dikatakan sudah meragut 17,000 nyawa, ” kata Annan. Ali pula menegaskan Iran adalah sebahagian daripada penyelesaian di Syria dan menyelar negara Arab dan Barat tanpa menyebut nama, kerana memencilkan Iran dalam rancangan damai itu. - AFP

'via Blog this'

No comments: