Pasukan polis Afghanistan berkawal di lokasi serangan berani mati di wilayah Kandahar, kelmarin. Kesemua tiga penyerang dibunuh oleh anggota polis manakala lima orang awam termasuk tiga wanita cedera dalam serangan itu. - REUTERS
Sekumpulan lelaki bersenjata melancarkan serangan di tiga lokasi di Kandahar, serta berbalas-balas tembakan dengan pasukan keselamatan selama dua jam.
"Seramai 14 lelaki bersenjata terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan," kata Gabenor Kandahar, Toryalai Weesa.
Serangan pertama berlaku apabila tiga pengebom berani mati meletupkan sebutir bom di atas motosikal menyebabkan dua kanak- kanak maut.
Selang beberapa minit, serangan berlaku di ibu pejabat polis Kandahar dan sebuah bank swasta.
Kejadian itu menyebabkan tiga anggota polis terbunuh, manakala 24 yang lain cedera termasuk 18 anggota polis.
Dua letupan menyusul di pintu masuk ibu pejabat polis selepas berlaku kejadian berbalas-balas tembakan.
Kumpulan militan Taliban mengaku bertanggungjawab melancarkan kesemua serangan tersebut.
Di wilayah Helmand, tiga penduduk dan dua anggota polis maut, manakala 15 lagi cedera dalam satu letupan bom pada malam kelmarin, kata jurucakap Gabenor, Dawood Ahmadi. - DPA
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment