Pages

Thursday, July 19, 2012

Menteri Syria kena bom

Seorang penduduk menangis di depan jenazah Issa Injary yang didakwa dibunuh tentera setia kepada Presiden Bashar al-Assad di Jubar, semalam. Gambar kecil Rajha.Seorang penduduk menangis di depan jenazah Issa Injary yang didakwa dibunuh tentera setia kepada Presiden Bashar al-Assad di Jubar, semalam. Gambar kecil Rajha.
Serangan berlaku ketika menteri, pegawai bermesyuarat 

Beirut: Seorang penyerang menyerbu bangunan keselamatan kebangsaan di ibu negara Syria sebelum meletupkan bom yang mengorbankan Menteri Pertahanan Negara, Dawoud Rajha dan beberapa pegawai kanan kerajaan semalam. Rajha, 65, adalah pegawai kerajaan paling kanan yang terbunuh sejak perang saudara di Syria bagi menggulingkan Presiden Bashar Assad. Serangan berlaku ketika menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan sedang mengadakan mesyuarat. 
Ibu negara Syria digegarkan dengan pertempuran berterusan antara tentera kerajaan dan pemberontak sejak empat hari lalu, insiden yang dilihat cabaran besar kepada pemerintahan kerajaan. 

Rajha, bekas panglima tentera adalah pegawai paling kanan beragama Kristian di dalam kerajaan Assad. Beliau dilantik tahun lalu. 

Kematiannya meningkatkan kebimbangan 10 peratus penduduk minoriti Kristian yang berkata mereka terdedah kepada keganasan dan terperangkap di tengah pertempuran antara puak Islam di negara dengan 22 juta penduduk itu. 

Sementara itu, seorang panglima Syria dan beberapa anggota tentera dilaporkan berpaling tadah ke Turki, kata seorang diplomat Turki kepada AFP menjadikan bilangan jeneral dari rejim Bashar al-Assad yang belot kini sekurang-kurangnya 18 orang. 
Turki menempatkan berpuluh pegawai berpaling tada yang merentasi sempadan dan membentuk Tentera Pembebasan Syria menentang rejim Assad. 

Kejadian terbaru ini menjadikan bilangan panglima melarikan diri ke Turki seramai 18 orang sejak konflik di Syria tercetus Mac tahun lalu. 

Diplomat Turki yang enggan mendedahkan nama berkata hampir 42,700 pelarian Syria kini tinggal di kem berhampiran sempadan Syria. 

“Kami melihat peningkatan bilangan penduduk Syria tiba di Turki, termasuk tentera,” kata diplomat terbabit. - AFP

No comments: