Pages

Thursday, July 19, 2012

Pakistan haram telefon bimbit dalam mesyuarat

Islamabad: Kerajaan Pakistan mengambil langkah melarang penggunaan telefon bimbit ketika mesyuarat rasmi berikutan bimbangkan kebocoran maklumat rahsia. 

Lembaga Keselamatan Teknologi Maklumat dan Telekom Kebangsaan memberi amaran telefon bimbit boleh digunakan untuk tujuan meragukan jika tidak dikendalikan dengan berhati-hati oleh pegawai kanan, lapor Dawn. Lembaga berkenaan memberi amaran perisian terkini seperti penyimpanan data, bual SMS dan suara, e-perniagaan berserta pengurusan bank, aplikasi jalur lebar lebih pantas dan aplikasi internet global boleh disalah gunakan. 
“Menghubungi seseorang melalui telefon bimbit boleh menjadi senjata berganda, dengan peralatan komunikasi yang semakin canggih, ia boleh digunakan sama ada untuk tujuan positif atau negatif,” kata Dawn. 

Telefon bimbit boleh akibatkan kebocoran keselamatan 

Malah lembaga berkenaan memberi amaran kebanyakan telefon bimbit kini dilengkapi dengan kemudahan kamera yang boleh digunakan untuk merakamkan dokumen sensitif atau data malah boleh menyebabkan kebocoran keselamatan yang serius. 

90 peratus penduduk Pakistan tinggal di kawasan yang mempunyai liputan telefon bimbit dan lebih separuh daripada penduduk Pakistan mempunyai kemudahan itu. Dengan sejumlah 108 juta pelanggan telefon bimbit pada April 2011, Pakistan mempunyai kadar pengguna telefon bimbit tertinggi di rantau Asia Selatan. - Agensi

No comments: