Pages

Tuesday, May 8, 2012

Pinggan tulang babi haram

Berita Harian Online | Pinggan tulang babi haram:
pix_gal0

Majlis Fatwa turut larang guna rangka haiwan tidak disembelih 

SEPANG: Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan Bone China atau pinggan mangkuk, termasuk cawan dan piring yang mengandungi campuran tulang babi atau tulang haiwan yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam adalah haram.
Bagaimanapun, peralatan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang haiwan yang boleh dimakan dan disembelih secara Islam halal digunakan.
Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin, berkata walaupun Bone China diperbuat daripada tulang babi yang dibakar sehingga menjadi debu, ia tetap haram digunakan umat Islam. 

“Kita dimaklumkan bahawa dalam setahun, tujuh juta babi disembelih di seluruh dunia untuk tujuan ini dengan empat juta di China, walaupun sudah menjadi debu dan diproses menjadi pinggan mangkuk, ia haram pada pandangan syarak. 

“Begitu juga jika ia diperbuat daripada tulang binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam, maka ia juga tidak boleh digunakan. 

“Namun, halal digunakan jika diperbuat daripada binatang yang halal seperti (tulang) lembu dengan syarat disembelih secara Islam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah ke-99 jawatankuasa majlis itu di sini, kelmarin. 
Bone China adalah istilah komersial digunakan pembuat perkakasan pinggan mangkuk yang mengandungi tulang haiwan. 

Bagaimanapun, beliau berkata, pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang haiwan itu adalah mahal sehingga boleh mencecah RM3,000 sebiji. 

Sebelum ini, ada dakwaan banyak pinggan mangkuk dan perkakasan makanan seperti cawan dan piring seramik yang dijual di merata tempat mengandungi campuran tulang haiwan, termasuk babi. 

Campuran tulang haiwan yang diproses menjadi debu itu digunakan supaya pinggan mangkuk menjadi lebih cantik dan berkilat.

No comments: