Pages

Tuesday, May 8, 2012

AS gagalkan rancangan al-Qaeda bom pesawat

Berita Harian Online | AS gagalkan rancangan al-Qaeda bom pesawat:
WASHINGTON: Amerika Syarikat mendakwa pihaknya berjaya menggagalkan satu rancangan oleh rangkaian Al-Qaeda di Yaman untuk meletupkan sebuah pesawat dengan menjumpai peralatan dan bahan letupan. 

“Peralatan dan bahan letupan itu akan digunakan pengebom berani mati dalam sebuah pesawat penerbangan," kata seorang pegawai antipengganas AS yang enggan namanya disiarkan.
Rancangan meletupan pesawat itu membabitkan rangkaian al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) berjaya dibanteras awal dan ia juga menunjukkan kesan kejayaan hasil kerjasama pihak berkuasa AS dengan rakan sekutunya dalam menangani pengganas antarabangsa.
Pegawai itu berkata, bom kecil berkenaan mirip dengan rancangan untuk meletupan sebuah pasawat AS ketika sambutan Krismas pada 2009. 

“Ini menunjukkan AQAP menggunakan kaedah dan taktik yang sama," katanya. - AFP

No comments: