Pages

Thursday, April 12, 2012

Mohammad al-Baradei asas parti Revolusi Mesir

KAHERAH: Pemenang anugerah Nobel, Mohammad Al Baradei, yang menjadi perintis utama revolusi menggulingkan Presiden Hosni Mubarak semalam mengumumkan rancangan untuk membentuk parti baru, sejajar dengan ketegangan politik yang kian memuncak di negara itu.
“Parti ini akan dinamakan Parti Revolusi dan bertujuan untuk menyatukan rakyat Mesir serta mewujudkan gabungan kuasa rakyat,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat bekas Ketua Agensi Nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu.

Hasrat itu disuarakan Mohammad tiga bulan selepas beliau menolak untuk bertanding merebut jawatan presiden.

Beliau berkata, tiada demokrasi sebenar di pihak tentera yang memerintah Mesir selepas penyingkiran Mubarak Februari tahun lalu. “Pembentukan parti ini kini baru di peringkat perbincangan,” katanya. - Agensi

No comments: