Pages

Thursday, April 12, 2012

Lima mati akibat sakit jantung selepas gegaran gempa bumi

BANDA ACEH: Lima orang dilaporkan mengalami sakit jantung dan meninggal dunia selepas dua gempa bumi menggegarkan kepulauan itu sehingga amaran tsunami dikeluarkan.

Tiada kematian lain dilaporkan akibat kejadian itu tetapi beberapa orang mengalami kecederaan ketika cuba menyelamatkan diri ke tempat tinggi.
Gempa bumi itu mengingatkan kembali memori tsunami di Lautan Hindi pada 2004 yang meragut 230,000 nyawa di hampir 12 negara tetapi kerosakan daripada gempa 8.6 dan 8.2 semalam adalah minimum.
Selain kerosakan di dinding rumah wilayah Aceh dan struktur jambatan, penduduk berkata, mereka berasa tiada apa yang berlaku. 

Gempa bumi berkenaan menyebabkan banyak negara sehingga ke Afrika memantau keadaan tsunami tetapi tiada ombak besar melanda. - AP 

No comments: