Pages

Tuesday, February 14, 2012

Parlimen Greece lulus pelan penjimatan

Penunjuk perasaan melemparkan objek ke arah polis antirusuhan semasa satu protes ganas di tengah
 Athens,kelmarin ketika Parlimen Greece meluluskan langkah penjimatan bagi mengelak negara
 ini daripada muflis. - REUTERS

ATHENS 13 Feb. - Parlimen Greece hari ini meluluskan langkah penjimatan tidak popular bagi menyelamat pakej bantuan kedua Kesatuan Eropah (EU) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) serta mengelak negara ini daripada muflis.
Dalam masa yang sama, perusuh yang memakai topeng hitam bertempur dengan pasukan polis di luar bangunan Parlimen dan bertindak membakar beberapa buah bangunan termasuk panggung wayang, kafe, kedai dan bank di tengah bandar ini.
Saluran televisyen melaporkan, keganasan merebak hingga ke pulau pelancongan Corfu dan Crete di utara bandar Thessaloniki dan beberapa bandar di tengah Greece.
Polis berkata, sebanyak 150 premis dipecah masuk, sementara 34 bangunan lagi turut dibakar.
Langkah penjimatan tersebut mengandungi pakej potongan gaji, faedah dan bayaran persaraan melibatkan nilai AS$172 bilion (RM533.2 bilion).
Seramai 199 daripada 300 anggota Parlimen menyokong langkah tersebut, namun 43 timbalan dari dua parti kerajaan pimpinan Perdana Menteri Lucas Papademos, iaitu sosialis dan konservatif, membalas dendam dengan tidak menyokongnya.
Tindakan itu menyebabkan mereka disingkirkan dari parti serta-merta.
Pegangan saham Greece di Asia dan Euro naik sederhana hari ini, dibantu langkah jimat cermat yang diluluskan Parlimen Greece, yang meletakkan negara satu langkah lebih dekat kepada menyelamat dana pinjaman dan mengelak kegagalan membayar hutang.
Pemberontakan dan keganasan jalanan membayangkan masalah yang dihadapi kerajaan Greece dalam usaha melaksanakan beberapa langkah penjimatan termasuk pemotongan pendapatan sebanyak 22 peratus yang mengundang kritikan kerana dikatakan menyebabkan ekonomi negara menjunam.
Papademos yang juga seorang teknokrat, diharap mampu menangani krisis terburuk yang berlaku di Greece sejak 2008, apabila keganasan meruncing selama beberapa minggu selepas polis menembak seorang budak sekolah berusia 15 tahun. - REUTERS


Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: