Pages

Friday, February 24, 2012

Nurul Zakiah disahkan selamat

NURUL ZAKIAH

KUALA LANGAT 23 Feb. – Seorang remaja, Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, yang dilaporkan lari dari rumah pada 14 Februari lalu disahkan selamat dan dipercayai masih berada di negeri ini.
Bapanya, Azman Saad berkata, berita kehilangan anak perempuannya itu yang disiarkan akhbar mendapat reaksi apabila Nurul Zakiah akhirnya menghubunginya malam tadi.
“Nurul Zakiah ada telefon saya pada pukul 8.30 malam tadi dan beritahu dia dalam keadaan selamat. Dia juga ada menghubungi adiknya memberitahu bahawa dia masih berada di Selangor.
“Namun, Nurul Zakiah tidak mahu memberitahu bila dia akan pulang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Utusan Malaysia melaporkan keluarga Nurul Zakiah merayu agar gadis itu pulang ke pangkuan keluarga setelah hilang sejak 14 Februari lalu selepas waktu sekolah dipercayai melarikan diri mengikut teman lelakinya dikenali sebagai Samer Khan yang berasal dari Pakistan.
Sementara itu, Nurul Zakiah memberitahu dalam laman sosial Facebooknya bahawa dia bukan dilarikan oleh teman lelakinya seorang warga Pakistan.
Sebaliknya, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting (SMKBB) itu menyatakan dia sebenarnya sengaja melarikan diri kerana ingin membawa haluan sendiri.
Nurul Zakiah memberitahu, dia dan Samer Khan `tiada jodoh’ dan masing-masing telah membawa haluan sendiri.
Namun, apa yang membimbangkan, dalam catatan Facebook itu pelajar tersebut menyatakan dia sanggup mencederakan diri sendiri atau orang ramai hanya akan menjumpai mayatnya jika lelaki itu diapa-apakan.
Berdasarkan entri dalam laman interaksi sosialnya itu, Nurul Zakiah yang membahasakan dirinya sebagai `Uteh' menyatakan dia berada dalam keadaan selamat dan ingin hidup berdikari, namun tidak memaklumkan lokasi dia berada sekarang.
“Kepada semua orang dan mana-mana balai polis dan anggota polis, saya lari sendiri. Saya nak hidup berdikari jangan libatkan orang lain, apa-apa yang terjadi atas diri dia (Samer Khan) kerana saya, saya tidak teragak mencederakan diri sendiri atau mungkin kamu semua hanya akan menemui mayat saya,” katanya dalam laman sosial menggunakan nama `Nurul Zakiah' dalam tempoh 20 jam lalu.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

No comments: