Pages

Friday, February 24, 2012

Iran sedia dedah penyerang Thai

TEHRAN: Kerajaan Iran bersedia membantu Thailand mengenal pasti identiti sebenar pihak bertanggungjawab melakukan letupan bom pada ‘hari kekasih’ di Bangkok.

Jurucakap Kementerian Luar, Ramin Mehmanparast, berkata Iran akan memperkenalkan penyerang terbabit kepada masyarakat antarabangsa sebagai tanda mengukuhkan keyakinan, lapor Agensi Berita Iran (IRNA) kelmarin.
Pada masa sama, beliau menafikan Iran terbabit melakukan serangan itu dan berkata tuduhan itu palsu serta sebahagian senario pegawai Amerika dan Israel.
Rejim Zionis menuduh Iran merancang serangan kerana ia merasakan tekanan oleh kebangkitan pergerakan Islam di negara Asia Barat. – Agensi

Berita Harian Online | Iran sedia dedah penyerang Thai:

'via Blog this'

No comments: