Pages

Friday, February 24, 2012

2 beranak terselamat kereta rempuh rumah


Sebuah kereta Toyota Camry terbalik selepas terbabas dan merempuh sebuah rumah kedai di Taman Tiroi, Labu, kelmarin.


SEREMBAN 23 Feb. - Dua beranak yang sedang menunaikan solat Isyak berjemaah terselamat apabila sebuah kereta jenis Toyota Camry tiba-tiba terbabas dan merempuh rumah mereka di Taman Tiroi Labu di Jalan Seremban-Labu, Nilai malam tadi.
Kejadian berlaku 8.45 malam ketika penghuni rumah itu, Ahmad Yusof, 48, dan anak perempuannya Khairul Baiyinah, 11, menunaikan solat dalam sebuah bilik di rumah itu.
Menurut Ahmad, dia tiba-tiba terdengar bunyi brek kenderaan yang kuat sebelum berlaku dentuman pada dinding bersebelahan biliknya.
"Anak saya menjerit ketakutan dan memeluk saya. Saya kemudian keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku. Saya dapati sebuah kereta Toyota Camry sudah terbalik dan orang ramai sedang menolong mengeluarkan pemandunya yang cedera," katanya ketika ditemui di rumahnya malam tadi.
Ahmad yang telah mendiami rumah berkenaan sejak 25 tahun lalu mendakwa kerugian hampir RM10,000 akibat dua buah motosikal, dinding rumah dan perkakas dalam rumahnya rosak teruk.
"Ini kali pertama rumah saya dirempuh kenderaan terbabas. Saya bersyukur saya dan anak selamat," katanya.
Malaysia Online - Dalam Negeri:

'via Blog this'

No comments: