Pages

Friday, February 24, 2012

myMetro | Peluru berpandu Iran boleh jejaki AS: Israel

TEL AVIV: Menteri Kewangan Israel, Yuval Steinitz semalam mendakwa peluru berpandu antara benua yang dirancang dihasilkan oleh Iran menjelang 2015, mampu menjejaki Amerika Syarikat.

“Mereka melaburkan berbilion-bilion dolar untuk menghasilkan peluru berpandu antara benua itu.


“Kami menganggarkan dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi, Iran akan mempunyai peluru berpandu balistik antara benua yang pertama yang boleh menjejaki pantai timur Amerika Syarikat,” kata Steinitz kepada CNBC.

Steinitz yang juga bekas Pengerusi Jawatan Kuasa Hal Ehwal Luar dan Pertahanan Parlimen Israel mendakwa matlamat Iran ialah mengancam secara langsung Eropah dan Amerika Syarikat dengan peluru berpandu nuklear itu. - Agensi


myMetro | Peluru berpandu Iran boleh jejaki AS: Israel:

'via Blog this'

No comments: