Pages

Friday, February 24, 2012

Dua pekerja kilang dirempuh kereta


Beginilah keadaan Toyota Vios setelah terlibat dalam nahas ngeri di Sungai Lalang dekat Sungai Petani, semalam.


SUNGAI PETANI 23 Feb. - Dua pekerja kilang maut dalam satu kemalangan ngeri melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Alor Setar-Butterworth berhampiran stesen minyak Caltex Taman Permai Bestari, Sungai Lalang dekat sini malam tadi.
Tiga kenderaan yang terlibat dalam kejadian pukul 11 malam itu adalah masing-masing sebuah motosikal, kereta jenis Proton Iswara dan Toyota Vios.
Mangsa yang terkorban ialah penunggang motosikal, Said Akbar Said Farid, 20, dan pemboncengnya, Norfatihah Ismail, 18.
Nahas berlaku apabila pemandu kereta Toyota Vios itu hilang kawalan ketika memandu dipercayai dalam keadaan laju dari arah Gurun ke Sungai Petani.
Kereta tersebut kemudian merempuh motosikal dinaiki kedua-dua mangsa menyebabkan mereka terjatuh.
Sebuah Proton Iswara yang berada di belakang Toyota Vios tersebut gagal mengelak lalu mengheret Norfatihah sejauh kira-kira 200 meter.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, akibat rempuhan berkenaan, Said Akhbar cedera parah di kepala manakala Norfatihah cedera di perut meninggal dunia di tempat kejadian.
"Polis masih menyiasat bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan itu. Kita tidak menolak kemungkinan pemandu kereta Toyota itu memandu melebihi had laju ditetapkan," katanya.
Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk bedah siasat.
Sementara itu, abang Said Akbar, Mohd. Yassin, 24, berkata, adiknya itu keluar dari rumah mereka di Kampung Toh Pawang, Bedong untuk menghantar Norfatihah di Taman Bandar Baru Sungai Lalang.
"Kedua-dua mereka baru berkenalan dan bekerja di kilang yang sama di Taman Perindustrian Bukit Makmur," katanya.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:

'via Blog this'

No comments: