Pages

Monday, December 5, 2011

Thaksin tak diampun

BANGKOK: Beribu-ribu pesalah diberi pengampunan diraja sempena sambutan hari keputeraan Raja Bhumibol Adulyadej minggu ini tetapi ia tidak akan diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Thaksin Sinawatra.

Media bulan lalu melaporkan, Kabinet meluluskan draf pengampunan yang membolehkan Thaksin pulang ke Thailand tanpa perlu menjalani hukuman penjara tetapi ia menyebabkan kemarahan parti pembangkang.

Kerajaan kemudian menarik balik kelulusan itu.

Ketika kira-kira 22,000 pesalah akan mendapat faedah daripada pengampunan yang bermula semalam, sehari sebelum hari keputeraan Bhumibol ke 84, tetapi tidak Thaksin, menurut Ketua Jabatan, Suchart Wongananchai.


“Dia (Thaksin) tidak layak,” katanya.


Seperti tahun lalu, pengampunan diraja itu akan diberikan kepada mereka yang menjalani hukuman penjara, kata Suchart.

Thaksin digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006 dan hidup dalam buangan di luar negara kerana mengelak hukuman penjara dua tahun atas tuduhan rasuah.

Adiknya, Yingluck, kini menjadi Perdana Menteri Thailand selepas mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya tahun ini.

Kerajaannya berkata Jumaat lalu, Thailand akan mengeluarkan pasport untuk Thaksin sedikit masa lagi, menyebabkan kemarahan penentangnya.

Pasportnya dibatalkan oleh kerajaan sebelum ini tetapi bekas Perdana Menteri Thai itu menerima kerakyatan Montenegro tahun lalu, membolehkannya bergerak di peringkat antarabangsa. - Reuters

myMetro | Thaksin tak diampun:

'via Blog this'

No comments: