Pages

Monday, December 5, 2011

Polis pertahan tindakan tembak warga Nigeria

KUALA LUMPUR: Polis mempertahankan tindakan anggotanya menembak mati seorang penyeludup dadah warga Nigeria di Hospital Kuala Lumpur (HKL), malam kelmarin, selepas suspek mengamuk dan cuba menyerang polis mengiringinya ketika pemeriksaan X-ray.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh (atas), berkata pihaknya tidak mempunyai pilihan kecuali melepaskan tembakan selepas suspek berusia 32 tahun memecahkan garinya dan enggan mengikut arahan supaya menyerah diri selain cuba menyerang polis dan jururawat menggunakan besi katil.
“Kita tiada pilihan dan tindakan itu mengikut Standard Prosedur Operasi (SOP) ditetapkan. Dalam menghadapi keadaan itu, kita harus memikirkan cara terbaik bagi mengelak situasi lebih teruk, selain keselamatan jururawat dan pesakit lain yang menjalani rawatan di HKL,” katanya selepas menghadiri Karnival Jom Heboh TV3 di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, semalam.
Dalam kejadian jam 9.45 malam kelmarin, lelaki warga Nigeria itu ditembak mati selepas mengamuk dan menyerang polis yang mengiringinya ketika dibawa untuk pemeriksaan X-ray di Wad 18, HKL bagi memeriksa ketulan dipercayai dadah ditelannya.

Bagaimanapun, Mohmad berkata, siasatan lanjut masih dilanjutkan.

Katanya, suspek itu ditahan jam 11 malam di sebuah hotel di ibu negara, Jumaat lalu kerana kesalahan dadah dan ditahan reman mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya sehingga Rabu ini.
Berita Harian Online | Polis pertahan tindakan tembak warga Nigeria:

'via Blog this'

No comments: