Watak animasi hasil lukisan sebenar

TOKYO - Siapa akan menyangka lukisan Mona Lisa, hasil karya agung Leonardo Da Vinci pada abad ke-15 ini dihasilkan semula dengan lakaran ribuan watak animasi kecil oleh seorang artis berbakat berumur 27 tahun.

Keita Sagaki berkebolehan untuk melakar lukisan sebenar hanya dengan ‘menconteng’ seperti yang biasa dilakukan oleh kanak-kanak.

Jika dilihat dari jauh, lukisan Sagaki itu kelihatan seperti ia dilakar dengan penuh ketelitian tetapi pada jarak dekat kita dapat melihat sebenarnya ia adalah hasil kerja contengan yang sangat menakjubkan.

Artis lulusan Universiti Fukushima tersebut menyatakan beliau menggabungkan lakaran abstrak watak animasi kegemaran kanak-kanak termasuk maskot Ronald McDonald untuk menghasilkan lukisan potret seakan karya sebenar seperti Mona Lisa.

“Saya hanya menggunakan pen mata tajam dan kadang kala berus halus dicelup air untuk menghasilkan ton warna kelabu. Setiap contengan meng­ambil masa selama beberapa bulan dan mungkin sehingga setahun untuk disiapkan,” menurutnya lagi.

Artis kreatif itu turut mendedahkan beliau mendapat inspirasi untuk menghasilkan contengan menyerupai lukisan sebenar tersebut daripada minatnya yang mendalam sejak dari kecil terhadap komik dan lukisan grafiti.