Pages

Monday, December 5, 2011

Isteri, anak gadis ghaib

NAJRAN: Seorang isteri dan anak perempuannya yang berusia belasan tahun hilang secara misteri dari kediaman mereka di sini sejak kira-kira dua minggu lalu.

Suami wanita berkenaan, Jaber bin Yazeed bagaimanapun tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat yang menyebabkan dua anggota keluarganya itu hilang tiba-tiba.


Dia sebaliknya mengesyaki kehilangan itu berpunca daripada perbuatan sihir seorang bekas pembantu rumahnya, wanita warga Habsyah.

Menurut Jaber, pembantu rumah berkenaan menggunakan sihir hingga menyebabkan isteri dan anaknya meninggalkan rumah itu.


Jurucakap polis, Lt Abdullah Al-Ashwi berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan bahawa wanita dan anaknya diculik dan kini berada di Habsyah.


“Polis masih menjalankan siasatan,” katanya.

myMetro | Isteri, anak gadis ghaib:

'via Blog this'

No comments: