Pages

Friday, December 9, 2011

Rasuah di Indonesia bertambah tenat

Berita Harian Online | Rasuah di Indonesia bertambah tenat:
pix_gal0
Ketua Mahkamah Perlembagaan akui kehabisan idea, mahu pesalah dimalukan

JAKARTA: Ketua Mahkamah Perlembagaan Indonesia, Mahfud MD akhirnya membuat pengakuan bahawa beliau sudah kehabisan idea untuk menyelamatkan Indonesia daripada perbuatan rasuah.
Mahfud, yang berang dengan penggubal undang-undang dan pegawai kerajaan dalam ulasannya, mengutuk rasuah, dengan menyatakan pesalah rasuah perlu dimalukan dengan dikurung dalam zoo khas.
Katanya, beliau tidak tahu apa yang perlu lagi dikatakan mengenai rasuah dan masalah birokrasi yang melanda kerajaan Indonesia.

Beliau juga menyelar bekas aktivis atau ahli akademik yang turut terbabit dalam rasuah selepas mendapat kuasa.

“Orang yang sering bercakap mengenai rasuah, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan yang pernah membantah rasuah apabila menjadi pemimpin, berakhir dipenjarakan kerana rasuah,” katanya.

Ketika bercakap di Universiti Indonesia, pemimpin yang dihormati itu berkata kesan penyelewengan birokrasi Indonesia turut menjejaskan iklim perniagaan. “Kenapa ramai ahli perniagaan memberi rasuah? Jawabannya ialah kerana birokrat mahukan suapan,” katanya.

Beliau berkata walaupun pemimpin silih berganti, keadaan birokrasi di Indonesia terlalu kotor dan masih tidak berubah.

“Marilah berhentikan daripada mengemukakan teori. Lebih baik bertindak terus, jika seseorang menyalahgunakan kuasa birokrasi, saya akan hapuskan mereka,” katanya. – Agensi

No comments: