Pages

Friday, December 9, 2011

Kongsi rumah bersama haiwan

Berita Harian Online | Kongsi rumah bersama haiwan:

 FATMA   terpaksa berkongsi rumah dengan binatang peliharaannya yang diletakkan di bahagian dapur  yang telah usang di Kampung Pulau Gajah.
FATMA terpaksa berkongsi rumah dengan binatang peliharaannya yang diletakkan di bahagian dapur yang telah usang di Kampung Pulau Gajah.
Pekerja kilang tak minta bantuan bimbang binatang peliharaan dicuri

KOTA BHARU: Sepasang suami isteri bersama dua anak mereka di Kampung Pulau Gajah, dekat Sabak terpaksa berkongsi rumah bersama 15 biri-biri, burung, ayam, arnab serta kucing selama lima tahun kerana bimbang haiwan dan unggas itu dicuri.
Keputusan nekad untuk tinggal bersama dengan haiwan itu dibuat oleh pekerja di kilang permaidani, Sulaiman Yusof, 45, bersama isterinya, Fatma Yahya, 47, dua anak, Mohamad Hafiz Azlan Sulaiman, 5, dan Mohd Aqif Aiman, 4.
Tinjauan mendapati pasangan terbabit terpaksa menghidu bau busuk najis haiwan berkenaan yang ditempatkan dalam rumah pusaka daif berusia lebih 30 tahun.

Fatma mendakwa tidak pernah memohon bantuan mana-mana agensi kerajaan, termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata, rumah pusaka peninggalan arwah ayah mentuanya itu kini hanya menanti masa menyembah bumi.

"Suami saya tinggal di rumah ini sebelum berkahwin dengan saya, dan kini kami terpaksa terus menghuni rumah ini kerana kemiskinan, keadaan semakin uzur malah dapur tidak dapat lagi digunakan kerana runtuh.

“Malah, kedua anak saya kini semakin membesar tidak dapat bergerak bebas dalam ruang yang sempit ini.
“Suami saya memang gemar membela kambing dan burung yang boleh dijual untuk menambah sumber pendapatan kami kerana gajinya hanya kira-kira RM400 saja sebulan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menghulurkan bantuan RM3,000 bagi meringankan beban ditanggung keluarga itu.

Sementara itu, Setiausaha MAIK, Che Hamat Che Muda, berkata beliau menyampaikan sumbangan itu sebagai mewakili Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra.

“Saya sudah melawat rumah keluarga Fatma dua hari lalu selepas menerima titah Tuanku Tengku Mahkota Kelantan apabila baginda mendapat tahu mengenai kemiskinan Fatma dan bersetuju memberikan bantuan daripada Baitulmal.

“Selain bantuan RM3,000, MAIK akan menjalankan siasatan mengenai status tanah rumah pasangan ini,” katanya.

No comments: