Pages

Tuesday, November 29, 2011

17 maut, anggota Parlimen cedera serangan di Iraq

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 17 terbunuh manakala lebih 50 lagi cedera termasuk seorang Ahli Parlimen Iraq dalam serangan di sekitar Baghdad, semalam.

Salah satu serangan paling berdarah membabitkan pengebom kereta berani mati di pintu masuk Penjara Hout di Taji, di utara Banghdad yang ketika itu serang sesak dengan orang ramai.
Serangan bom kereta itu berlaku kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan ketika anggota keluar sedang berkumpul untuk melawat banduan.
Pegawai Kementerian Dalam Negeri berkata, 13 orang maut dan 28 lagi cedera dalam letupan bom itu, tetapi Kementerian Pertahanan pula berkata angka kematian ialah 12 orang manakala 26 lagi cedera.

Jurucakap Kementerian Keadilan, Haidar al-Saadi berkata, enam yang terbunuh di Taji ialah anggota polis yang sedang dalam perjalanan untuk bertugas di penjara berkenaan.

Beberapa jam kemudian, seorang Ahli Parlimen Iraq, Muayid al-Tayyeb dan dua yang lain, dilaporkan cedera dalam serang mortar berdekatan bangunan Parlimen. - AFP
Berita Harian Online | 17 maut, anggota Parlimen cedera serangan di Iraq:

'via Blog this'

No comments: